Showing posts with label kuliyyah. Show all posts
Showing posts with label kuliyyah. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

percaya

Kita merancang, Allah yang menentukan...

Selalu kite merancang sesuatu perkara, dari awal hingga akhir, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya... Tapi...

Kadang-kadang kite dah terbayang-bayang perkara yang kite rancang dengan happy nye... Tapi...

Apa yang kite rancang kadang-kadang tak jadi. Mungkin kite merasa lelah menyediakan segalanya tapi ternyata telah tertulis di Lauh Mahfuz bahawa perkara itu tak jadi...

Hm... kite kadang-kadang tertanya. 'Inikah yang terbaik?' 'Apakah hikmah di sebalik perkara yang berlaku ni?' 

Tak tercapai dek akal kan? :)

Kadang-kadang kite tertanya dalam diri, 'Penatkah menghadapi ujian Allah?' 'Penatkah mengharapkan Allah sebagai tempat bergantung?' 'Penatkah merayu pada Allah?' 'Tidakkah kite merasa bahawa Allah-lah selayak-layaknya penentu takdir baik dan buruk?'

Kembalilah pada Allah tatkala kite merasa lemah. Sujudlah padaNya sebagai tanda penghambaan dan pengharapan. 

Sungguhpun manusia membuang kite, Allah tak pernah membuang kite. Percayalah pada Allah lebih daripada segalanya...

T.T <-- kite

Friday, March 4, 2011

Walimatul urus seterusnya :)

Dengan namaMu kami menjalani kehidupan


Tadi satu kelas terkejut. Bila nama Wan Thohirah disebut sebagai pasangan seterusnya dari kelas kami yang akan diijab kabulkan, semua seperti benar2 terpana. Wan yang comel dan pendiam tu akan menikah tak lama lagi?

Jawapannya YA!

Inshallah ramai yang dapat pergi ke majlis Wan. :D  Tarikh 2 April 2011 telah saya masukkan dalam kalendar.

Ada jalan untuk mencari pasangan untuk berkahwin sungguhpun tidak bercouple. Ada cara yang halal untuk mengenali pasangan sungguhpun tidak berhubungan secara direct. Ada caranya. Pilihannya terletak pada tangan kita.

Tarbiyah dan kawallah diri supaya tidak mengikuti hawa nafsu.

Kuatkan vertical relationship dengan Allah supaya iman sentiasa terjaga.

Carilah pasangan bila anda telah betul-betul bersedia.

Berpuasalah bila anda merasakan anda masih belum bersedia.

Gunakan orang tengah yang DIPERCAYAI untuk mencari atau menyatakan hasrat anda.

Sentiasa meminta pada Allah untuk diberikan petunjuk dan ketenangan hati.

Berjumpalah dengan keluarga pasangan.

Jagalah perhubungan supaya tidak jatuh pada tahap syubhah dan terlindung daripada maksiat.

Jangan terlalu lama bertunang.

Dan langsungkanlah pernikahan kalian pada tarikh yang dipersetujui bersama.

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik itu juga untuk perempuan yang baik. Itulah tanda keberkatan seorang wanita. Pabila dia menikah pada awal usia. Barakallah lakuma. :)

Yang pasti akan ada lagi pasangan akan diijab kabulkan pada musim cuti bulan 6 hingga bulan 8 tahun ni. Ikatan kalian yang halal itu moga2 akan kekal hingga ke syurga.

Wallahu a'lam.

p/s: Wan, terima kasih sebab percaya saya untuk tahu tentang pernikahan Wan lebih awal dari kawan2 sekelas yang lain. :)

Saturday, February 26, 2011

Apa responmu pada ujian Allah?

Dengan namaMu aku melayari kehidupan


Semalam merupakan hari kami 2nd year medic IIUM mendapat result exam untuk block 3 year 2 yang lepas. Ada yang ditakdirkan Allah lulus dalam exam, lulus dengan distinction (markah lebih daripada 80%) dan ada juga yang ramai orang kata tak bernasib baik, gagal dalam peperiksaan tu.


Pada saya semua adalah sama. Yang membezakan kita semua adalah bagaimana kita menghadapi result itu. Yang berjaya, adakah mereka akan ingat pada Allah bila berjaya? dan adakah yang gagal akan menyalahkan Allah atas kegagalan tersebut?


Perhatikan. Kita di mana? Adakah iman semakin meningkat atau sebaliknya?


Jika kita berjaya, adakah pernah terlintas dalam hati kita bahawa semua yang terjadi adalah atas usaha kita? Adakah pernah terfikir bahawa kita paling hebat walaupun exam hari tu susah dan yang gagal adalah kerana kebodohan mereka? Jika pernah, banyak2kanlah beristighfar. Banyak2kanlah bertasyahud supaya kita tak melakukan dan dijauhkan dari syirik kecil iaitu riya'.


Bagi yang gagal dan merasakan mereka dibenci Allah. Bersabarlah dengan ujian. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Halus, Maha Mendengar, Maha Melihat. Allah itu penciptamu, Allah itu pelembut hatimu. Dialah sebaik2 penentu dan perancang segalanya.


Ingatlah...

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”
 (Surah Yunus, ayat 44)


Lihatlah pada orang2 Palestin. Mereka ditindas. Ada yang dibunuh, dikelar, disembelih, dirogol. Adakah itu bermakna mereka itu dilaknat Allah dan Allah tidak mengingati mereka?

Dan Malaysia yang dikatakan aman damai dan penuh dengan 'toleransi', adakah kita dipuji dan diangkat oleh Allah dalam kalangan masyarakat dunia?


Boleh jadi mereka di Palestin itu lebih tinggi darjatnya dari kita yang di Malaysia. Dengan semangat mereka yang tinggi, kebergantungan mereka kepada Allah yang sangat utuh, kesabaran mereka yang sangat hebat. Kita di Malaysia tidak mampu untuk melawannya. Pandangan Allah kepada mereka tak pernah terputus.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.”
(Surah An-Nisa’, ayat 40)


Begitulah orang beriman menghadapi ujian dalam kehidupan. Setiap ujian yang datang sama ada baik atau buruk akan dihadapi dengan sabar dan meningkatkan imannya setiap kali.

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.”
(Surah Muhammad, ayat 31)

Berbahagialah sahabat2 yang beriman yang diuji dengan ujian dunia dan kamu bersabar ke atasnya. Berbahagialah sahabat2 yang sentiasa tersenyum dan redha dengan ujian yang diberi kerana setiap detik sahabat2 begitu, ada malaikat yang mencatatnya. setiap detik.

deviantart.com

wallahu a'lam.

Wednesday, February 9, 2011

3 blocks down, 1 more to go

salam.


exam 3rd block of year 2 dah berakhir dengan last paper, MCQ tadi. Lepas exam, masing2 dengan hal masing2. Ada yang nak balik dah, ada yang balik hujung minggu. Ada yang nak keluar selesaikan hal yang tertangguh. Ada yang nak keluar nak celebrate birthday yang tertangguh masa revision week. 


Masing2 redha dengan peperiksaan yang telah berlalu. Exam kali ni memang tough. Tapi, sebenarnya, Allah dah tulis qadak dan qadar kita dah lama dah. Kita boleh jawab ke, kita lulus ke, tak lulus ke. Nak cakap bukan2 pasal soalan dan jawapan yang kita dah bagi pun macam tak berbaloi. Sekarang ni kita mampu berdo'a dan tawakal kepada Allah.


Pergantungan pada Allah... itu yang paling penting. Overconfident dengan diri sendiri pun tak boleh, nak berburuk sangka pada Allah lagilah tak boleh. Jadi, senyum, bersyukur dengan bantuan yang Allah dah bagi selama ni dan beristighfar jika kita ada berasa riyak dengan diri sendiri atau bersangka yang bukan2 pada Allah.


Preparation for next block. block Locomotor and nervous systems. menarik!


Mesti kena tau anatomy. This is central nervous system. O, tak masuk lagi dengan ganglion sume skali :)


Physiology of CNS and locomotor. Complicated tak? :)


Of course the ma'am besar dalam CNS and locomotor. The brain...


And every nerve has its own function(s). Kalau tak de satu, mungkin tak bercakap, tak dengar, tak de sense ape2 pun. :) Jadi, hargailah diri anda ye!


The drugs yang akan work on CNS.


dan juga the disorders. congenital atau acquired. :)

Menarik tak? :D cakaplah, menariknya! dan kita akan excited nak belajar. betul tak?

Nak belajar pasal diri sendiri pun dah secomplicated ni. Apatah lagi ciptaan2 Allah yang lain. Every cell is priceless. Every system bekerja atas kuasa Allah. Kita hanya belajar how it works. kita hanya belajar why this happen. Kita belajar mechanismsnya. Tapi kita tahu kita bukan serba tahu.

Dan kita tau yang kita tak mampu nak bergerak kalau salah satunya malfunction. Kita tak mampu nak makan kalau esophagus kita tak synchronize pergerakan peristalsisnya. Kita tau kita tak mampu nak bernafas kalau bronchus kita consricted dan tak benarkan air untuk lalu. :)

Kita tahu tak bermakna kita serba tahu. Kita tahu tak bermakna kita boleh riyak. Kita tahu tak bermakna kita boleh overcome kuasa Allah. kita masih bawah kekuasaanNya. Saya selalu sedarkan diri saya dengan fakta2 ni supaya saya sedar siapa saya. Becoming a doctor bukanlah bermakna kita superior dari orang lain.

Wallahu a'lam

Thursday, February 3, 2011

block 3 year 2 bakal berakhir... tapi... T.T


salam.


Musim sejuk di UIA Kuantan bukan penghalang bagi mereka2 yang nak exam seperti saya dan sahabat2 13th Legacy. Exam endblock yang akan menemui kami sama ada kami sedia atau tak semakin terasa bahangnya. Selepas exam ni, berakhirlah sesi year 2 block 3 kami. Exam yang hanya 3 hari bermula 7hb Febuari hingga 9hb Febuari menuntut kami mujahadah dalam revision week selama seminggu ni. tapi... ada juga yang selalu tewas seperti saya. hehe


Wow! cepatnya masa berlalu. hanya tinggal beberapa hari sebelum menjengah 7hb. Block ni, kami belajar topik endocrinology and reproductive systems. mula2 masuk block ni seriau jugak sebab akan selalu tengok gambar2 yang censored, real pictures atau lukisan. Tapi bila belajar, rasa sangat bersyukur dan selalu mengucapkan alhamdulillah atas kesempurnaan ciptaan Allah atas diri sendiri dan sahabat2 yang lain sebab selain belajar yang normal punye, kami juga belajar yang defected punye. oh...


Ape2 pun...

Wassalam...

p/s: sambung study na... Ingatlah, Allah sentiasa melihat usaha kita. semoga setiap kita peroleh kejayaan... inshallah :)

Wednesday, January 26, 2011

sejam setengah bersama Lauren Booth

salam.


pernah tak dengar pasal Lauren Booth? ni berita Lauren Booth di bernama


Tadi jam 3 petang lebih kurang beliau bagi ucapan kat UIA Gombak. Kat kuantan ni dapat tengok video conference pun jadilah... :) Talk tu entitled "Islamic perspective through Western Women".  Talk tu sekejap je tapi meninggalkan kesan yang baik pada ramai orang. Saya masuk lambat lebih kurang setengah jam sebab ada PBL. rasa macam banyak benda dah saya tertinggal. 


Macam2 pengalaman beliau diselitkan sama ada di Lubnan, Iran, Palestin dan kebanyakan negara middle east dan termasuk juga tentang kehidupan beliau di UK. Beliau sentiasa menceritakan tanggapan kebanyakan orang non-Muslim kepada Muslim adalah sesuatu yang selalu diselewengkan oleh media dan beliau dulu juga sentiasa cuba mencari kesalahan2 Muslim untuk beliau tulis dalam jurnal beliau.


contohnya semasa beliau bertemu dengan orang atasan Hizbullah, beliau merasakan beliau akan bertemu dengan seorang yang sangat kasar dan sombong. sepanjang perbualan dengan orang atasan Hizbullah itu, ada sorang translator perempuan. kemudian, Lauren sengaja memberhentikan percakapan Syeikh untuk melihat reaksi beliau dengan berkata "What?". translator tu terus mengangkat tangan menunjukkan sign Stop kepada syeikh. ternyata, Syeikh terus berhenti dan tunduk dan melihat tangannya. Lauren terkejut dan anggapan Lauren tentang kekasaran Muslim ternyata tak betul.


Beliau menceritakan semasa beliau baru2 memeluk agama Islam, anak2 beliau bertanyakan 3 soalan. "Adakah mak akan tetap menjadi mak?" Lauren menjawab "ya." "Adakah mak akan berhenti minum alkohol?" Lauren menjawab "ya." "Adakah mak akan menunjukkan buah dada mak di khalayak ramai?" Lauren menjawab, "apa? apa maksud kamu?". Anaknya menjawab, "sebab mak suka memakai pakaian yang terbuka di hadapan". Lauren pun jawab, "saya takkan pakai lagi macam tu di khalayak ramai". Then, anak2 dia cakap,"yeay! kami suka Islam!". dan Lauren tersenyum.


Beliau jugak cerita kalau beliau jalan di UK, lelaki apabila berjalan akan tend untuk melanggar beliau sedangkan beliau seorang perempuan. tetapi masa beliau di Lubnan, lelaki2 di sana memberi jalan kepada wanita.


ternyata maruah wanita itu terjaga di negara2 islam kebanyakannya. kebanyakan lelaki di barat menganggap wanita sebagai second class lebih2 lagi di tempat kerja. kalau perempuan nak compete dengan lelaki, mereka perlu menjadi seperti lelaki. mereka perlu menjadi kasar dan itulah yang berlaku kepada kebanyakan wanita yang menjadi orang atasan. sedangkan di dalam islam, sifat wanita itu dijaga dan preserved. sifat malu, sensitif dan mudah menangis tidak perlu dibuang dalam diri wanita.


seronoknya, apabila menjadi seorang muslimah yang berhijab, beliau merasakan orang memelihat pada wajah, mendengar apa yang beliau cakap, dan mengambil mesej yang beliau cuba sampaikan berbanding sebelum ni di mana orang judge dari segi rambut, lipstik dan breast seseorang.


di barat juga, mereka mengaitkan liberty dengan nudity. seseorang itu boleh memakai as little cloth as possible and that is called liberty. sedangkan di dalam islam, maruah seseorang itu terjaga dengan tubuh ditutup sebaik mungkin. 


ada ukhti yang bertanya, bagaimana dengan muslimah yang terlalu tertekan untuk mengikut fesyen2 terkini? Beliau menjawab jika mereka terlalu tertekan, janganlah baca majalah yang sebegitu. kalau dengan membaca majalah itu membuat anda tertekan, jangan baca. just ignore it. 


beliau juga mengatakan, jangan menonton cerita Friends. beliau tergelak. di dalam cerita tersebut, mereka hanya menekankan hubungan lelaki perempuan yang penuh dengan sexual desire. Beliau mengatakan bahawa beliau seronok berada di masjid di mana lelaki di kalangan lelaki dan perempuan bersama kaum perempuan. beliau merasakan keselesaan dan mendapat ketenangan apabila berada dalam kalangan perempuan.


semasa beliau menceritakan perasaan beliau apabila menerima islam itu membuatkan saya menangis. betapa sebelum ni beliau sangat menolak perasaan ketenangan yang beliau rasa bila berada di dalam masjid-masjid. selama beberapa tahun merantau ke negara2 islam, beliau bersungguh-sungguh untuk menulis tentang keburukan islam dan pemimpin-pemimpinnya. namun, ternyata hidayah Allah itu sangat halus dan manis. siapa sahaja yang Dia kehendaki, pasti akan merasakannya. dan seolah2 perasaan beliau dapat saya rasai...


beliau juga mengatakan, selama mana kita berhijab dan bergelar muslim, kita membawa nama islam. maka, tersenyumlah bila berjumpa orang sekeliling. tunjukkanlah bahawa anda gembira dengan kehidupan anda sebagai seorang muslim. bagilah kepada mereka mesej yang baik bahawa keluarga muslim memberi kebahagiaan kepada anda. sebab dengan berwajah masam, orang akan merasakan menjadi seorang muslim itu sesuatu yang mengerikan.


ternyata hari ini sangat bermakna. beliau kini memakai hijab yang sempurna dan tidak menampakkan jambul atau sekadar memaki selendang. harga untuk beliau masukkan kepada islam itu sangat mahal dan lama. dan sebab itu, beliau sangat menghargai islam. bandingkan dengan diri kita. apa yang kita dah buat untuk menunjukkan kita muslim? apakah kontribusi yang telah kita lakukan? sama2 kita fikirkan :)


wallahu a'lam.


p/s: nak tanye soalan pada beliau tapi orang UIA gombak dah sapu semua peluang. huhu :)


p/s/s: alamak, saya tak jumpa gambar beliau with proper hijab dalam internet... sori..
added 30th January 2011 from aqsasyarif.org.my :)
p/s/s/s: thank you shira sebab ajak saya and kawan2 pi tengok video conference tu. sangat bermakna... sayang shira!


Surat beliau kepada Tony Blair. dan Tony Blair masih belum jawab lagi :)

Tuesday, January 11, 2011

Tutupla tu... eh, ke tak cukup tutup lagi?

ari ni nak cite pasal tudung. well, a part of it. tak la explain pasal contoh2 tudung, atau originnye atau hukum memakainya. tapi menceritakan situasi yang mungkin kita terlepas pandang.


sorang kawan pernah cerita kat saya yang sorang brother ni complaint pasal tudung indon. 
pelbagai warna dan bentuk!
"kenapa ea girls suka pakai tudung indon tu? melekat kat badan kot.. pendek plak tu..."


"tudung tu labuh tapi.. melekat kat badan sampai bentuk bahagian depan. if you know what i mean.."


lebih kurang macam tula maksud ayat dia. kira cam walaupun bertudung, masih menampakkan, maaf, bahagian depan wanita. uh, censored ke saya cakap? tapi tula realitinya. takut2 dilabel oleh sahabat2 'adilah ni tudung je labuh, mulut...masya Allah...'.


ok sambung2. kadang2 ada jugak lecturers yang pakai tudung indon yang labuh, cakap kat depan, explain about her subjects, macam tak sedap mata nak memandang dia. well, kadang2 bila lecturers bagi ilmu kat depan, nak jugak memandang pada guru2 dengan perasaan kagum dan hormat dan kasih sayang. tapi... em... cam nela nak explain kat dia. takut dia terasa plak. any idea? please...


jadi, kita tau orang cakap yang berhijab (yakni bertudung) sebagai memakai tudung. tutup rambut.tutup telinga.  tutup leher (sebahagian mungkin tutup). 


ha.. cakap pasal bertudung ni, ada juga yang hanya menutup rambut, tapi leher dijaja, dinampak orang. kalau pakai tudung bawal atau selendang ala-ala jarang dan terbuka, yang tak pakai inner tudung, memang la nampak bahagian leher. nak tanye je rasa, 'agak2 leher tu kena tutup tak? ke rambut je aurat?'. rasa dia malu kat situ juga rasanya.


ok2. jadi pokok pangkalnya, apa yang Allah cakap ea pasal hijab ni?

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka..... hingga akhir ayat." (QS An-Nur:31)
o... rupa2nya Allah dah cakap dah dalam kalam suciNya. ingatkan tak de... untuk perempuan beriman, pandangan kena jaga, kehormatan kena jaga, aurat kena jaga (nanti cek mana aurat kita. jangan main bantai pakai baju ape2 je), dan yes, melabuhkan kerudung hingga dada. bukan sipi2 nak tutup atau membentuk plak bahagian dada. tu tak kira menutup tu...


kira kalau tutup hingga dada, perlu juga tutup telinga, leher dan bahagian2 antara hujung rambut hingga bawah dada. dan pastikan kerudung anda tidak membentuk mana2 bahagian tersebut. 


kalau kita sama2 perhatikan, bahagian2 yang Allah suh tutup dan longgarkan pakaiannya adalah kebanyakannya bahagian yang dibentuk oleh lemak atau banyak lemak kat situ. kalau kita perasan, bahagian2 nila yang menarik perhatian lelaki untuk dilihat dan bisa manggoncang iman lelaki. kalau lelaki yang tak de iman dah, tak de goncang2 iman dah, terus terkam ke. dan sebab tu la banyak kes2 rogol, kes2 dicabul tanpa rela dalam society kita. macam2 versi. bergilir2 la, dipitamkanla, dalam lorong gelap lah.


jadi, tu sume protection summoned by Allah to women yang beriman supaya dapat mengelak daripada hilangnya kehormatan diri. kalau dah tak kisah pasal pride, err... kena tengok aqidah dan iman. ada lagi ke tak?


simpanlah kecantikanmu untuk orang berhak. pastinya kau akan rasa berbaloi untuk menjaganya. 
Hijab is my choice. How about you? :)
jadi, sama2la kita menjaga aurat ye! :)


Jadi, pokok pangkalnya, kita nak jadi hamba fesyen ke, hamba nafsu ke, hamba manusia ke, hamba Allah? itu pun pilihan sebenarnya. at least kalau jadi hamba Allah, kita superior dari hamba2 yang lain. bahagia di dunia, bahagia di akhirat. so, choose wisely. pilih pakaian pun wisely k! 

wallahu a'lam.

p/s: oh, ayat tunggang langgang. maaf.. :P

Sunday, January 9, 2011

Ukhuwah


Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan...
Bukan pada manisnya ucapan dibibir...
tetapi...
pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya
-Imam al-Ghazali-


mencintai seseorang kerana Allah...
bukan kerana pangkat dan rupa...
bukan kerana harta dan semisal dengannya..
tetapi mencintainya kerana agamanya...
kerana dekatnya dia dengan pencipta...
kerana ghirahnya pada agama dan keluarga...
kerana cita-citanya ingin syahid dijalanNya...

dekatkanlah aku dengan susuk seperti ini...
kerana aku perlu dan mesti...
aku membayangi balasan di jannati...
penuh kesenangan tiada susah hati...

aku berukhuwah keranaMu...
doaku semoga bertemuMu...

Adra
11.54 p.m.
bilik
UIA Kuantan


Monday, January 3, 2011

Datang tanpa sedar...





semalam kami, pelajar Medic 2nd year terima berita kematian orang tersayang bagi 2 orang sahabat kami. pastinya pemergian mereka memberi satu kelainan dalam hidup untuk masa2 yang mendatang. semoga mereka tabah dengan takdir yang ditetapkan oleh Allah dan meneruskan hidup dengan penuh kekuatan. takziah kepada mereka dan ahli keluarga.


yang masih hidup, beringatlah. kematian itu pasti dan akan menerjah kita pada masa kita belum tentu lagi bersedia. sedia dari segi amalan yang banyak kurang sana sini. apalah ketetapan kita yang ditetapkan oleh Allah agaknya. entah meninggal masa belajar ke, masa memandu ke, masa bersuka ria ke, masa menonton muvee ke. atau pada masa2 kita tak sangka pun. tapi setiap kematian itu Allah telah meletakkan asbabnya.


jadi, kita sebagai manusia yang sentiasa terlupa dan lalai ni nak buat ape ye?


perkara pertama pastilah kita terfikir do'a. moga2 kita mati dalam husnul khatimah, dan bukan su'ul khatimah. do'alah sebanyak mungkin. bila kita berdo'a, pastilah kita punye niat dan kesungguhan untuk mendapat kesudahan yang baik.


tapi... do'a je tak cukup kan? mesti datang dengan usaha. bila kita berniat, dari niat yang lemah itu ia akan membesar dan menguat dalam ingatan dan hati. Lalu, ia akan mengeras dan akan lahir dari kita perbuatan yang membawa kepada niat tu. itulah niat sebaik2nya. diteruskan dengan amalan oleh tubuh kita.


dekatkan diri kita dengan perkara2 yang menjadi ciri2 bagi orang yang mendapat kesudahan yang baik. misalnya, solat. upgrade solat kita dari lewat waktu jadi awal waktu. pastu, berjemaah pulak. susulkan pulak dengan solat sunat. kan cantik tu? itu bab solat.


kalau benda2 sunnah macam sedekah. dulu liat2 nak keluarkan dompet nak bagi something kat orang yang memerlukan, pada tabung Palestin, masjid2. sekarang ni, banyakkan bersedekah. cuba dalam sehari set a portion of our money for charity. mulakan dengan nilai yang sikit. pastu, upgrade lebih lagi. 


kita selalu dimomokkan oleh dunia atau internal factor pasal kefakiran atau kemiskinan kalau bersedekah. atas sebab tu kita jadi takut untuk membelanjakan harta untuk kebaikan. sedangkan Allah dah janji dalam kitabNya, Dia akan gandakan dari 1 nilai sedekah kita kepada 700 kali ganda. banyak kan? jadi, kenapa kita nak takut. 


selain dari tu, banyak lagi amalan2 yang baik yang kita boleh buat dan apply dalam hidup contohnya beri nasihat, menghadiri majlis ilmu, dan macam2 lagi. banyakkan amalan2 yang bisa mendekatkan kita dengan amalan2 husnul khatimah, atau amalan2 syurga. 


moga kita semua tergolong dalam golongan yang baik. :)

Friday, December 24, 2010

Campro 2011

everyday is different.


nanti UIA akan menganjurkan Campro atau campus da'wah project bagi tahun 2011. bagi yang berkesempatan, join the program as committee atau participants. support usaha da'wah di UIA. kalau bukan kita siapa lagi.

kalau nak tau ape yang ada dalam Campro ni, bleh klik sini. :)

semoga Allah membalas kebaikan atas segala usaha yang kita lakukan untuk membangunkan islam kembali. wallahu a'lam

Wednesday, December 22, 2010

Mahalnye!



Eat well, pray well
selama ni rasa bahagia je dengan tender cafe Kuliyyah of Medicine (KOM) yang baru. yelah, tender sebelum ni memang mahal betul kakak jaga counter tu letak harga. Subhanallah! nasi sikit, ayam goreng kecik, sayur sikit, kuah sikit. boleh mencecah RM5 sepinggan. bukan berkira atau ape. kami ni student lagi. tak de sumber pendapatan yang tetap pun. consideration tu perlu ada. dan sejak tu memang tak makan kat cafe dan makan roti je. alih-alih, beberapa minggu lepas tu dah tukar tender baru. 


tapi... tender baru ni mula-mula dulu murah betul. sampaikan pujian kat tender yang baru ni melambung-lambung. suka sangatlah. puas mempromosikan kat semua orang dengan kehebatan tender baru yang sedap lagi murah. 


then, cuti  2minggu sebab end block exam dah habis...


lepas bukak block baru, makanla kat cafe KOM tengahari tadi. uish! macam tak percaya. mahal betul tadi. makan nasi putih satu senduk (atas kesedaran masa kelas Dr. Jamal supaya kurangkan pengambilan nasi putih dalam hidangan), ikan sardin goreng, tempe lebih kurang 6 keping. cube teka brape harga makanan tersebut?


.......




.......




.......




.......


RM4. memang tak terkata masa tu. senyum je. tak pela. dah rezeki.


bila duduk dengan kawan-kawan, dorang cakap, 'muka adilah ni macam muka orang kaya kot?'. alamak, tengah tak masuk scholar lagi ni. mana ada duit yang banyak. nasib badan.


pengajarannya, jagalah pemakanan anda. saya lepas ni rasa nak bawa roti ke kelas untuk makan tengahari kalau ada kelas petang. tu la yang paling senang nak disediakan dan dapat menjimatkan duit. atau rebus telur kalau tibe-tibe teringin nak makan telur. makan nasi bila nak beli kat cafe mahallah je. ok tak cadangan ni? :) sekurang-kurangnya mendidik diri jangan terlalu berkira sangat dalam bab makanan dan belajar untuk berjimat.


rasa bersalah juga nak makan kat cafe KOM. bila dia caj mahal, kita kutuk. sedangkan kita makan makanan yang dia masak. mungkin mak cik tu sendiri perlukan duit untuk maintainance of cafe ke, bayar gaji pekerja lagi, untuk makan dia sekeluarga lagi. jadi kalau kita tak redha dengan harga yang dia letak, kan jadi tak berkat di situ. berkat dari rezeki Allah tu kan penting? untuk bahagia dunia akhirat jugak. :)


wallahu a'lam...

Monday, December 20, 2010

Jin pun berdakwah!

sebentar tadi baru selesai kuliyyah maghrib bersama kak Min di musolla CF sis. alhamdulillah, hari ni ramai yang dapat hadir, yang dipermudahkan Allah untuk menerima curahan ilmu islam. lebih dari jangkaan sebelum ni. alhamdulillah...


kalau sebagai orang beriman, pastilah dia mempercayai bahawa adanya jin. Refer QS 2:3, orang yang bertaqwa itu mempercayai perkara-perkara ghaib. dan jin termasuk dalam perkara ghaib selain malaikat, kisah-kisah nabi  terdahulu, syurga, neraka, dan sebagainya. 


Jin dan syaitan itu adalah satu golongan yakni dicipta daripada api. Syaitan itu adalah golongan yang benar-benar jahat dan menghasut manusia. Jin pula terdiri daripada jin islam dan jin kafir.


jin tu ada di mana-mana. masjid Jin pun ada. di Makkah. Masjid ini dibina kerana mengambil peristiwa di kawasan itu telah berlaku peristiwa Rasulullah s.a.w memberi penyampaian tentang islam kepada golongan jin. dan jin-jin yang mendapat ilmu ni, pulang ke golongannya dan menyampaikan pula. betapa dedicatednya mereka untuk menyampaikan ilmu kepada golongan yang tak tau. kira kalau yang kedekut ilmu tu, agak-agak lebih teruk dari jin. hehe


tujuan penciptaan jin ni tak lain dan tak bukan untuk beribadah kepada Allah. Refer surah az-zariyat ayat 56:

" tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
dalam alQuran, terdapat 40 ayat dalam 10 surah telah Allah ceritakan tentang jin.


Rupa jin ni plak mengikut hadith sahih, hadith riwayat Bukhari dan Muslim, mereka ini bertanduk. bertanduk macam kerbau ke, macam rusa ke, wallahu a'lam. manusia ni sentiasa terbatas dengan apa yang pernah dilihat dan apa yang telah dialami.


Jin ni diciptakan daripada bahang api. Refer surah ar-Rahman, ayat 14-15:

"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap"
Jin juga ada zuriat. Refer surah al-Kahfi, ayat 50:

"...Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu?"
Jin juga suka menghasut. dan atas sebab inilah mereka tidak dijadikan utusan seperti manusia dan malaikat. Hasutan mereka tidak berkesan pada orang-orang beriman tetapi berjaya kepada orang yang menjadikannya pemimpin dan kepada orang yang mensyirikkan Allah. Refer surah an-Nahl, ayat 99-100:

" Sungguh, setan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. pengaruhnya hanyalah kepada org yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah"
jadi, kalau tak nak diganggu jin, bencilah apa yang jin suka. contohnya, jin suka busuk. jadi, sentiasalah kita mewangikan diri dan membersihkan diri.


Jin juga diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Refer surah al-Hijr, ayat 26-27:

"Dan Kami telah ciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas"
Jadi seharusnya kita perlu mengenali siapa jin supaya ketauhidan kita pada Allah semakin kuat dan mekar. bila dah makin mengenali latar jin, semakin aku terfikir, betapa hebatnya ciptaan Allah. dalam bentuk apa pun Allah boleh ciptakan sesuatu. kita dari tanah, dan jin dari api. jin boleh melihat kita, dan kita tak boleh melihat jin. 


kuliyyah kak Min bersambung khamis ni. tak tau boleh datang ke tak sebab hujung minggu ni ada program lain yang perlu dihandle. hehe


wallahu a'lam