Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Monday, January 17, 2011

memadamkan api lilin... susah ke?


salam.


pernah tak tengok api lilin? er.. ape punye soalanla.. hehe. mestila pernah kan?. most of people mesti pernah tengok lilin yang menyala dan memadamkannya. biasanya lilin digunakan untuk menyinarkan sesuatu tempat yang gelap dan sewaktu black out. untuk menyalakannya senang dan untuk memadamkannya pun senang. 
Fuh! Padamlah ang...
tapi, pernah tak cuba memadamkan api lilin tanpa membuat apa2 physically tapi hanya dengan berdo'a?


em, pernah tak? garu kepala macam mana boleh terpadam dengan tanpa berbuat ape2? itulah bergantung kepada pergantungan kita pada Allah.. 


saya telah mengalami keadaan tersebut pada hujung minggu lepas semasa camping yang telah diadakan di Edo Agro Picnic (EAP) di Bukit Ibam. Aktiviti memadamkan api lilin tu merupakan checkpoint pertama bagi kumpulan saya dalam explorace.


"ok. sekarang akak dah nyalakan lilin. akak nak korang cuba padam api lilin ni tanpa buat ape2 pun untuk padamkan lilin kecuali dengan berdo'a dalam masa 7 minit"


kitorang bila dengar sedikit terkejut. 


"tapi kak, boleh ke padam api ni kak? kalau nak padam, mesti ada usaha dari kitorang. takkan nak padam macam tu je.."


kata saya meragui arahan akak tu.


"tak pe. boleh je padam. korang do'a je. ada je kumpulan sebelum ni padam api dia hanya dengan berdo'a. masa tu ada angin yang kuat tapi kejap je, dapat padamkan api lilin ni."


saya memandang sekeliling. macam mana angin nak datang? pokok besar plak tu kat sini. nak buat cam ne? hm... do'a jela.


kitorang pun do'ala semoga ada angin yang kuat datang untuk padamkan api lilin tu. macam2 la. baca surah Taha la, do'a pejam2 mata la. tapi masa do'a tu, kadang2 timbul. Allah nak ke tolong dan makbulkan do'a aku? dahla banyak dosa, banyak komplen, banyak cakap. banyak ape lagi. 


"ok. ada masa 2 minit lagi."


aduh, 2 minit lagi. angin kadang2 bertiup kuat tapi tak mampu nak padamkan api lilin tu. kadang2 rasa putus asa. kadang2 rasa kena usaha lagi. kadang2 rasa nak pi sana padam dengan tangan je.


"ok. masa dah tamat." masa dah abis. tapi api lilin masih tak padam lagi. kitorang dengan muka pasrah menunggu penjelasan akak tu. masa tu tak sabar nak dapat klu ke stesen seterusnya.


"ok. ape yang korang dapat dari stesen ni?"


macam2 jawapan keluar dari mulut kitorang. kuasa do'ala, yakin dengan do'ala, usaha kena adala, rasa berharap pada pertolongan Allahla. macam2.


"stesen ni pasal ape? salimun aqidah kan? aqidah yang sejahtera. apa yang ada depan korang hanyalah sebatang lilin yang menyala. nampak senang kan? cumanya nak minta korang padamkan api lilin tu dengan berdo'a kepada Allah. memang kita boleh padam dengan tangan kita tapi setakat mana kita bergantung harap kepada Allah? 20%? 50%? 80%? sepatutnya 100%. betul tak?


cuba bayangkan masa keadaan kita tak boleh nak buat ape2 nak selamatkan diri selain dari berdo'a. contohnya, dalam keadaan kita seorang diri di hutan. kita berjalan, berjalan. then, tiba2 kita jumpa dengan seekor harimau. masa tu kita tak leh nak buat ape2 selain daripada berdo'a kepada Allah supaya Allah jauhkan harimau tu dari kita, supaya harimau tu tak makan kita. masa tu, berapa tinggi pengharapan kita pada Allah? berapa banyak?"


kitorang senyap. kan dah kena sebijik. aduh!


"pernah terjadi masa zaman Tok Kenali. masa tu hujan lebat sangat. pastu, Tok Kenali tu datang ke masjid dengan basikal dalam keadaan yang kering! tak de setitik air pun. cuba bayangkan. sedangkan sifat air tu menbasahkan. betul tak?


Lalu orang tanye dengan Tok Kenali, "macam mana tok boleh datang ke masjid dalam keadaan kering sedangkan masa ni hujan?" Tok tu pun jawab, " sesungguhnya aku berdo'a dan berharap pada Allah supaya hujan tak membasahi aku".
Hujan yang membasahkan...
betapa habatnya orang 'alim pada masa dulu. sekarang ni nak minta padamkan api lilin ni tak terpadam pun. maknanya pengharapan dan pergantungan kita pada Allah tu masih belum sepenuhnya. masih belum sempurna. kita masih ragu2 dengan bantuan Allah"


aduh! sebijik lagi.


bila fikir balik, maksudnya masalah aqidah kita ni pun tak setel lagi. macam mana bantuan Allah nak datang? macam mana Allah nak tolong orang islam kalau kita sendiri ragu2 dengan kuasaNya? fikir sedalam2nya...


kadang2 hairan tak dengar kisah sahabat yang sanggup tinggalkan kekayaan, keluarga hanya semata2 untuk berhijrah ke Madinah?


hairan tak dengar kisah Abu Bakar as-Sidq yang sanggup membelanjakan seluruh hartanya. diulang, seluruh hartanya ke jalan Allah dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul untuk keluarganya?


hairan tak dengar kisah sahabat2 yang berani ke medan jihad semata2 untuk mati syahid?


hairan tak dengar kisah Ali bin Abi Talib yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk tidur di tempat tidur Rasulullah pada usia yang sangat muda semasa penghijrahan Rasulullah?


hairankah anda mendengar kisah Bilal bin Rabbah yang sanggup disiksa dengan kepanasan padang pasir dan diletakkan batu besar di atasnya hanya kerana mentauhidkan Allah?


Hairankah anda? hairankah?


itulah kekuatan aqidah. itulah kekuatan iman. itulah keislaman yang sebenar-benarnya. mereka itu bergantung sepenuhnya kepada Allah. 


itulah aqidah yang sempurna. itulah ciri2 mereka yang dimasukkan ke dalam syurga Allah. 


belajarlah dari mereka yang dah tak de kerana kita dah tahu kesudahan mereka.


dalam checkpoint pertama tu, banyak sangat benda yang dah belajar. rupa2nya rasa yakin pada bantuan Allah tu tak cukup sempurna lagi. rupa2nya masih lemah pegangan saya pada tali Allah. rasa malu sangat.


ape2 pun, sama kita koreksi diri. cek mana2 yang kurang. sebab dalam dunia yang sementara ni tak de lagi tempat pergantungan yang terbaik lagi selain kepada Allah...
Walking in clouds to find You

Tuesday, January 11, 2011

Tutupla tu... eh, ke tak cukup tutup lagi?

ari ni nak cite pasal tudung. well, a part of it. tak la explain pasal contoh2 tudung, atau originnye atau hukum memakainya. tapi menceritakan situasi yang mungkin kita terlepas pandang.


sorang kawan pernah cerita kat saya yang sorang brother ni complaint pasal tudung indon. 
pelbagai warna dan bentuk!
"kenapa ea girls suka pakai tudung indon tu? melekat kat badan kot.. pendek plak tu..."


"tudung tu labuh tapi.. melekat kat badan sampai bentuk bahagian depan. if you know what i mean.."


lebih kurang macam tula maksud ayat dia. kira cam walaupun bertudung, masih menampakkan, maaf, bahagian depan wanita. uh, censored ke saya cakap? tapi tula realitinya. takut2 dilabel oleh sahabat2 'adilah ni tudung je labuh, mulut...masya Allah...'.


ok sambung2. kadang2 ada jugak lecturers yang pakai tudung indon yang labuh, cakap kat depan, explain about her subjects, macam tak sedap mata nak memandang dia. well, kadang2 bila lecturers bagi ilmu kat depan, nak jugak memandang pada guru2 dengan perasaan kagum dan hormat dan kasih sayang. tapi... em... cam nela nak explain kat dia. takut dia terasa plak. any idea? please...


jadi, kita tau orang cakap yang berhijab (yakni bertudung) sebagai memakai tudung. tutup rambut.tutup telinga.  tutup leher (sebahagian mungkin tutup). 


ha.. cakap pasal bertudung ni, ada juga yang hanya menutup rambut, tapi leher dijaja, dinampak orang. kalau pakai tudung bawal atau selendang ala-ala jarang dan terbuka, yang tak pakai inner tudung, memang la nampak bahagian leher. nak tanye je rasa, 'agak2 leher tu kena tutup tak? ke rambut je aurat?'. rasa dia malu kat situ juga rasanya.


ok2. jadi pokok pangkalnya, apa yang Allah cakap ea pasal hijab ni?

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka..... hingga akhir ayat." (QS An-Nur:31)
o... rupa2nya Allah dah cakap dah dalam kalam suciNya. ingatkan tak de... untuk perempuan beriman, pandangan kena jaga, kehormatan kena jaga, aurat kena jaga (nanti cek mana aurat kita. jangan main bantai pakai baju ape2 je), dan yes, melabuhkan kerudung hingga dada. bukan sipi2 nak tutup atau membentuk plak bahagian dada. tu tak kira menutup tu...


kira kalau tutup hingga dada, perlu juga tutup telinga, leher dan bahagian2 antara hujung rambut hingga bawah dada. dan pastikan kerudung anda tidak membentuk mana2 bahagian tersebut. 


kalau kita sama2 perhatikan, bahagian2 yang Allah suh tutup dan longgarkan pakaiannya adalah kebanyakannya bahagian yang dibentuk oleh lemak atau banyak lemak kat situ. kalau kita perasan, bahagian2 nila yang menarik perhatian lelaki untuk dilihat dan bisa manggoncang iman lelaki. kalau lelaki yang tak de iman dah, tak de goncang2 iman dah, terus terkam ke. dan sebab tu la banyak kes2 rogol, kes2 dicabul tanpa rela dalam society kita. macam2 versi. bergilir2 la, dipitamkanla, dalam lorong gelap lah.


jadi, tu sume protection summoned by Allah to women yang beriman supaya dapat mengelak daripada hilangnya kehormatan diri. kalau dah tak kisah pasal pride, err... kena tengok aqidah dan iman. ada lagi ke tak?


simpanlah kecantikanmu untuk orang berhak. pastinya kau akan rasa berbaloi untuk menjaganya. 
Hijab is my choice. How about you? :)
jadi, sama2la kita menjaga aurat ye! :)


Jadi, pokok pangkalnya, kita nak jadi hamba fesyen ke, hamba nafsu ke, hamba manusia ke, hamba Allah? itu pun pilihan sebenarnya. at least kalau jadi hamba Allah, kita superior dari hamba2 yang lain. bahagia di dunia, bahagia di akhirat. so, choose wisely. pilih pakaian pun wisely k! 

wallahu a'lam.

p/s: oh, ayat tunggang langgang. maaf.. :P

Monday, December 27, 2010

Keluarga yang baik

everyday is different.

"Islam sangat menganjurkan agar para pemeluknya membentuk kumpulan-kumpulan bernuansa kekeluargaan (usrah) dengan tujuan mengerahkan mereka untuk mencapai tingkat keteladanan, mengokohkan persatuan, dan mengangkat konsep persaudaraan di antara mereka dari tataran kata-kata dan teori menuju kerja dan operasional yang konkrit. Oleh kerananya, bersungguh-sungguhlah engkau wahai saudaramu untuk menjadi batu-bata yang baik dalam bangunan Islam ini"


- Imam Hassan al-Banna
Jadi, sama-samalah kita menjadi batu-bata Islam yang terbaik kerana kita adalah ummah yang terbaik. Gunakan kelebihan kita pada jalanNya, nescaya kita tak akan rugi. Berjual belilah dengan Allah dengan bersungguh-sungguh demi meraih cintaNya. "Jual"lah harta anda, tenaga anda, fikiran anda, diri anda, keringat anda dan segala yang anda ada untuk kebaikan agamaNya. anda takkan disia-siakan...


Fikirkanlah... 


wallahu a'lam... :)

Tuesday, December 21, 2010

Senda gurauan semata

titik sedar dalam hidup aku selepas beberapa lama terkisar dengan hal dunia kebanyakannya, terjadi tadi. aku jadi menangis hari ni sehingga aku masih lagi menitiskan air mata sekarang.


aku jadi bingung dan keliru selama ini dengan meter iman aku yang semakin menurun. aku banyak meninggalkan mutaba'ah ibadahku. hanya melaksanakan tahapan yang minima sahaja dan tidak ada peningkatan. aku setiap hari sama sahaja atau semakin teruk. celakalah mereka yang harinya lebih buruk dari semalam. aku celaka kah?


aku dapat merasa aku makin terkebelakang berbanding sahabat-sahabat seperjuangan. aku asyik memikirkan hal sendiri hingga lupa hal ummah, hingga lupa hal yang lebih penting untuk dirunsingkan. aku jadi mudah terasa dengan hal kecil yang tak penting dan meninggalkan hal besar yang dijamin syurga Allah.


perkara yang penting aku buat sambil lewa dan tidak melihat peluang di situ. aku ingin meningkatkan diri ke tahapan yang lebih baik. aku ingin berkeyakinan untuk membuat kebaikan supaya islam sampai pada semua. aku perlu perlatihan, aku perlu melihat semua perkara sebagai peluang, aku perlu menjadi lebih baik. sesungguh dunia adalah sekadar ujian untuk mendapat akhirat yang lebih baik.

" dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" (QS 6:31)
hari ni terbelai dengan ayat ini. hari-hari, setiap masa, jiwa dibelenggu dengan perkara dunia. aku jadi lemah hingga aku lupa Allah itu ada sentiasa.


aku jadi mengerti ya Allah. aku perlu menggunakan dunia untuk meraih cintaMu. aku mesti meningkatkan diriku  supaya aku memenuhi kehendak dakwah. walau siapapun aku, dimana pun aku berada, dakwah itu satu yang perlu. Wajib ada bahagian dakwah dalam hidupku. kuatkanlah aku ya Allah, mantapkanlah akidahku, jelaskanlah matlamatku. aku menyerahkan diriku di jalanMu...