Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Ketika Tarbiyyah Bertasbih



Tarbiyyah adalah tarbiyyah... tiada kata lain mampu mengungkapkannya...

Subhanallah...



Tuesday, July 12, 2011

Sebuah mimpi hari ini, realiti hari esok

Semalam dapat melangkah ke Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam dengan selamat... alhamdulillah...!

Dan Subhanallah! Terasa segar suasana dewan dengan semangat pengislahan. Sama ada untuk mengislahkan diri mahu pun orang lain.

Jiwa-jiwa inilah yang inshallah bakal bersama-sama merentasi onak dan duri menempuh jalan dakwah yang sukar ini..

Dakwah itu sifatnya panjang. Dakwah itu sifatnya teruji. Dakwah itu sifatnya asing. Dakwah itu juga sifatnya luas dan 'alami. Bukan untuk sebahagian-sebahagian atau sekumpulan-sekumpulan tapi untuk semua orang...


Sebuah Mimpi

Aku mimpikan
Jiwa-jiwa merdeka
Memecah belenggu-belenggu ratusan tahun
menyiksa
Keluar daripada lubang-lubang angkuh jahil
Hidup bersembunyi di balik bayang-bayang
Suara hati kian lama meronta
Kini melonjak gempita melawan halilintar
Keluarkan! Keluarkan semua!

Aku mimpikan
Jiwa-jiwa merdeka
Tumbuh dari gaung kenistaan dan ketakutan
Membesar segar menuju cahaya mulia
Menghalau bayang-bayang durjana
Sehingga laungan merdeka kali kedua
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka hati
Merdeka jiwa
Merdeka Jasad
Merdeka raksaksa
Merdeka! Bukan lagi candu-candu penipu
Merdeka! Bukan lagi khayalan-khayalan di pentas lakonan
Merdeka! Laungan jati  lubuk hati rakyat
Mendukun luka-luka lara hanyir dan dalam
Merdeka! 

Dr. Putri Melor Abdul Malek
 Kuantan 8 Sept 2011

Tuesday, June 28, 2011

Wacana Tarbawi bersama Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin


Assalamualaikum,

Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan sukacitanya menjemput muslimin dan muslimat ke

WACANA TARBAWI yang menampilkan buat pertama kali SYEIKH JUM'AH AMIN (Naib Mursyid Am IKHWAN MUSLIMIN) dengan tajuk TARBIAH IKHWAN MUSLIMIN DAN PERANANNYA DALAM MEMBANGUNKAN MASYARAKAT.

Perinician adalah seperti didalam poster.

Sila tag poster serta hebahkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda.

WAHAI PEMUDA ! jangan lepaskan peluang terbaik ini.

Wassalam.
Admin

copy from facebook.com/ikram.malaysia

Monday, June 27, 2011

Jauhnya kite selama ini...

Sepanjang program PERSIS '11 di UNISEL selama 5 hari yang lepas, kite benar-benar belajar erti hidup kerana Allah...

Dulu kite hanya pandai melafazkan 'Allah tujuan kami'. Tapi dalam program tu, hati kite sangat tersentuh betapa selama ini kite hidup bukanlah sepenuhnya kerana Allah...

Telah ditetapkan oleh Allah ke atas kite untuk melangkah ke UNISEL sungguhpun dengan banyaknya halangan dari hati dan sekeliling, dengan bolak-baliknya hati, dengan kekacauan jiwa...

Dan bila pulang, diharapkan semua yang kite dapat menjadi perisai pada kite untuk menghadapi ujian yang mungkin lebih besar dan berat...

...

Dalam diri kite penuh dengan rasa kagum dengan ketentuan Allah...

Semasa program, banyak aktiviti yang telah dirancang tak dapat dilakukan. Banyak slot fiqh dan bengkel tak dapat dilaksanakn kerana venue yang tiba-tiba tak boleh digunakan dan ketiadaan penceramah.


Tapi...

Aktiviti ukhuwah yang mengisi kekosongan masa dan amalan-amalan ruhi yang dilakukan sangat memberi kesan pada jiwa.

Betapa Al-Qur'an itu dekat dengan jiwa sehinggakan ayat-ayat yang dibaca adalah tentang diri kite sendiri.

Zikir dan selawat yang perlu dilakukan betul-betul menegur diri yang sebenarnya kurang membasahkan lidah dengan zikrullah... kurangnya diri mengingati Allah sehinggakan banyak portion dalam hidup kite tersia-sia kerana risaukan hal dunia.

Betapa lemahnya diri kerana tidak menjadikan mukjizat Al-Qur'an dan zikrullah sebagai penguat diri ketika lemah... menjadi penghibur diri di kala kesunyian... menjadi peringatan pada diri bahawa Allah-lah tujuan kami...

...

Terima kasih, wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya ~

Thursday, May 26, 2011

800 tahun selepas Abu Ayyub syahid - Dr Hafidzi



Allahu akbar!!

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” 
(HR Bukhari)

Wednesday, April 20, 2011

Justice & Freedom For Palestine 2.0


Dr. Azzam Tamimi Malaysia Tour + Concert: Freedom For Palestine

Bila?
Ahad, 1 Mei 2011 bermula jam 8.00 hingga 11.00 malam

Di mana?
Dewan Muktamar Pusat Islam, KL (berdekatan dengan Masjid Negara)

Berapa tiketnya?
Tak mahal pun. Hanya RM15.00 untuk dewasa dan pelajar, dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Tiket boleh didapatkan di tempat kejadian. Apalah sangat dengan nilai tersebut dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang-orang Palestin untuk mempertahankan tanah Islam Palestin.

Siapa artis yang dijangka hadir?
Muad'z, Nurul Iman & The Wayfarers, Asyraf (Imam Muda), Mirwana, Ustaz Erwan (IKIM.FM), Saff-One, Ito (Blues Gang), dan Wardina Safiyyah.

Kalau nak informasi lebih mendalam, boleh contact Bro. Zahar pada 012-6167819

Jom pergi dan memberi sokongan pada kerja amal!

Saturday, April 16, 2011

Bila ditanya tentang perkahwinan...

Adilah, bile ye Adilah nak kawin? nak bernikah. Sekarang ni kan ramai orang merebut-rebut tarikh untuk melaksanakan perkahwinan. 

Haah kan. Cuti kali ni panjang. Sampai bulan 9. Kenapa tanye?

Saje. Bile Adilah nak kawin?

He he. Kalau boleh, seawal yang boleh. Mengejar salah satu ciri keberkatan seorang wanita, macam dalam hadith Rasulullah tu. 3 ciri bahawa wanita tu berkat adalah cepat pernikahannya, mudah maharnya, dan cepat pula mendapat zuriat.

Betul juga tu. Jadi bile?

Seawal yang boleh. :) Kalau boleh before habis belajar ni. Kalau lambat sangat, takut tak laku pula. Yela, nak kata cantik sangat tak la pula... hu hu kalau dah lanjut umur nanti, lagi la...

O... ada seorang ni. Dalam umur 26 tahun. Saudara la. Baik je orangnye. M... Adilah okay ke?

Oh. Ikut tarbiyah tak?

Ikut Tarbiyah tu tak tau la pula. Tapi dia sekolah agama.

O...Kalau boleh saya nak dia ditarbiyah... :)

Tapi... Kenapa kena yang ditarbiyah? Yang sekolah agama pun baik je kite rasa.

:) To keep me and my future family in track towards Allah's Paradise.

Oh. Yela kan. Fikir-fikirkan balik, memang ilmu sahaja tidak cukup untuk membentuk manusia. Sekadar belajar dan... lupa. tak ada follow-up dan orang yang betul-betul concern dan sayang dengan kita nak ingat kan kita bila kita lupa. Yela, manusia tu kan mudah lupa. :)

He he.Sebab tu tarbiyah sangat penting untuk membentuk muslim yang beriman yang mampu bergerak demi Islam. Yang mampu memikul warna-warni Dakwah tambah-tambah lagi dengan ujian dunia yang semakin sarat, dan datang dari bermacam arah. :) kalau macam tu, manala mampu nak bergerak seorang-seorang.

M... kalau dapat cari yang ditarbiyah, inshallah dia sendiri terdidik untuk sentiasa membaiki diri, dapat membetulkan keluarganya nanti. Terus, melahirkan jundullah yang unggul peribadinya dan rantaian dakwah akan berkembang.

Lagipun, kalau dalam tarbiyah, inshallah, pergaulan dengan mereka-mereka yang baik, bi'ah solehah. Inshallah tak perlu risau dengan peribadi mereka. 

Ha ha inshallah.. begitulah hendaknya.

Moga-moga Allah meletakkan yang terbaik untuk setiap dari kita. :) Eh, jom. Nak jam 2 dah ni. Kelas jap lagi dengan doctor clinical. 

Jom. :)

P/S: Skrip yang telah diolah semula oleh Bintu Rafee. :) Maaf ye. time nak exam ni ramai pula rancang-rancang nak kawin. 

Wednesday, March 23, 2011

Didik diri menjadi sempurna

Aisyah pernah cerita, "Dean kitorang pernah cerita kat kitorang. Dulu masa dia study di oversea, non-Muslim tak percaya pun dia Muslim. Then, Dean kitorang tanya, kenapa? Mereka cakap bahawa pada mereka, Muslim tu kotor dan pengotor."

Masa Grooming Class yang dihadiri oleh Aisyah, pengajar tu menekankan supaya sebagai seorang Muslim, kita hendaklah kemas dan bersih. Pengajar itu mengatakan dia baru memakai tudung 5 tahun yang lepas. Bukan dia tak tahu menutup aurat itu wajib tapi persepsi dia pada orang yang memakai tudung tak baik. Dan disebabkan itu dia tak memakai tudung sehinggalah 5 tahun lepas. 

Mungkin bila kita dengar, kita jadi sangat marah sedangkan Islam itu sendiri sangat-sangat menitik beratkan kebersihan. Jika tak bersih, kita tak boleh solat. Jika tak bersih, yang akan berkawan dengan kita adalah syaitan sebab Allah suka sangat orang yang bersih.

Kalau beginilah keadaannya, akhlak Muslim itu sendiri boleh merosakkan nama islam itu sendiri tanpa perlu non-Muslim merosakkannya. 

Betul tak?

Islam itu agama yang sempurna. Dengan kesempurnaannya, ia mampu membentuk Muslim itu sendiri menjadi sempurna. Kerana itu islam bukan sekadar agama tetapi sebagai deen atau cara hidup.

Seharusnya...

Muslim itulah yang sepatutnya tersusun urusannya.

Muslim itulah yang sepatutnya mudah tersenyumn

Muslim itulah yang selalu berkata-kata dengan perkataan yang baik dan bermanfaat.

Muslim itulah yang selalu menjaga masa.

Muslim itulah yang mantap hubungannya dengan Allah dan manusia.

Muslim itulah yang tidak mudah berputus asa dengan dugaan dalam kehidupan.

Muslim itulah yang lembut kata-katanya.

Muslim itulah yang bersih dan kemas.

Muslim itulah yang rajin menuntut ilmu dan paling menghargai ilmu.

Muslim itulah yang baik  dan bersih akhlaknya.

Muslim itu seharusnya sempurna luar dan dalam kerana Islam itu sempurna dan tiada cacat celanya.


Dan semua didikan ini, semua kebaikan ini ada dalam tarbiyah. 10 muwasofat yang cuba dibentuk dalam tarbiyah merangkumi semua sifat ini, jika anda memerhatikan. :) 

Tarbiyah itu sedang membina anda semua untuk menjadi sempurna kerana itulah islam. 

Wallahu a'lam..

Tuesday, March 22, 2011

Selamat Hari Lahir :)

Saya menangis semalam. Terkejut ditambah dengan perasaan terharu dengan kejutan yang dibuat oleh sahabat-sahabat. Sungguh tidak saya sangka pujukan Ain untuk menyelesaikan masalahnya di bilik seorang sahabat rupa-rupanya satu trick untuk membuat saya keluar bilik.

"Adilah ni takkan keluar bilik malam2 melainkan perkara2 yang penting", kata Shima. Sungguh. Kalau tak kerana nak selesaikan masalah Ain saya takkan keluar bilik.

Sahabat-sahabat, terima kasih atas kejutan pagi tadi. Mereka kata lama juga tunggu saya datang. Mana taknya, sedang call ibu. Lagi-lagi masa ulangtahun hari lahir.

Terima kasih sekali lagi. Memiliki sahabat pada waktu senang dan susah adalah sangat manis. Dan memiliki sahabat yang membuat kita mengingati Allah itu sangat indah.

Semoga ukhuwwah kita semakin utuh sehingga membawa kepada kebahagiaan syurga yang haqiqi.

Terima kasih juga buat sahabat2 yang menghantar sms ucapan :)

p/s: Harap juga apa yang saya katakan masa pagi tu jadi kenyataan. Kita semua sama-sama berjaya dan terus istiqamah dalam tarbiyyah.

Monday, March 21, 2011

Pesan kakak


Adik...
Pertemuan pertama ini kakak mulakan dengan salam...
Apa khabar dirimu?
Apa khabar kandunganmu?
Senyumku disulami tangisan
Sambutlah tangan ini yang ingin memimpinmu
Mendakapmu dengan kasih sayang
Menyembuh lukamu yang masih berdarah

Adik, 
Jika hati mempersoalkan takdirNya,
Persoalkan juga pilihan hidup kita
Jika hati mempersoalkan kasih sayangNya,
Persoalkan juga ke mana tumpahnya cinta kita
sesungguhnya segala yang ternoktah
pasti ada hikmahnya

Adik,
Belajarlah membaca al-Quran
kerana setiap helaian ada kalimahNya
Jika rindu pada kebaikan syurga
Jika alpa pada azabnya neraka
Jika jauh dari keberadaanNya
Jika sakit di dalam dada
Jika hidup mengundang lara
Al-Quran menjadi penyembuhnya
Kalam itu mengandungi segalanya

Adik,
Tiba masanya untuk berpisah
Ingatlah pesan kakak sepanjang pertemuan kita
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu
Ingatlah Allah kerna Allah itu ada untuk membelamu
Lindungi hatimu dari perkara-perkara membinasakanmu
Bentenglah dirimu dari nafsu serakah manusia 
yang acapkali memburumu

Hiasilah dirimu dengan akhlak islami
Tuntunlah dirimu kepada jalan Ilahi
Semoga kita bertemu di Jannati
Di sana tiada ragu dan susah hati...

19 Mac 2011
Jejak Sunnah dengan Cinta
Taman Seri Puteri Cheras
Semoga Allah perpanjangkan limpahan hidayah pada kita

Thursday, March 17, 2011

Jika jalan ini mudah


Andai perjuangan ini mudah...
Pasti ramai menyertainya

Andai perjuangan ini singkat...
Pasti ramai yang istiqamah

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia...
Pasti ramai yang tertarik padanya

Tapi...
Hakikat perjuangan bukan begitu...
Turun naiknya...
Sakit pedihnya...
Umpama kemanisan yang tak terhingga...

Andai rebah...
Bangkitlah semula!
Andai terluka...
Ingatlah janjiNya...

Perjuangan ini pahit...
Kerana syurga itu manis

Biar hilang teman dalam perjuangan...
Jangan hilang teman seperjuangan...

Tazkirah dari ukhti Syahidah

Wednesday, March 9, 2011

izinkanku berubah

Saya telah berdosa dengan ramai orang kerana sikap saya yang ego. Maafkan saya sahabat kerana telah melukakan hatimu sepanjang kita berukhuwah. Siapa anda saya tidak pasti. Tapi kesekian kalinya saya berlumuran dosa...

Maafkan saya sahabat...

Ya Allah, aku mohon padaMu agar aku tidak menjadi fitnah di dunia ini.

Lembutkanlah lidah ini...
Lembutkanlah hati ini...
Lembutkanlah diri ini...
Agar mudah untuk menuturkan zikrullah...

Jagalah lidah ini...
Jagalah hati ini...
Jagalah diri ini...
Agar tidak terjerumus dalam nerakaMu yang panas menggelegak...

Indahkanlah lidah ini...
Indahkanlah hati ini...
Indahkanlah diri ini...
Agar menjadi asbab kepada keredhaanMu menyelubungi kehidupan ini...

Kuatkanlah langkah kaki ini untuk melangkah dengan gagah demiMu...
Kerna saat ini aku merasa sangat lemah dan sendirian...


Tuesday, March 8, 2011

Nikah mengikut sunnah

Mudahnya Perkahwinan di Atas Sunnah

Oleh: Abu Numair Nawawi B. Subandi

Bila cerita tentang pacaran pada orang bujangan, ramai akan kata seronoknya! Cuma bila masuk bab suruh kahwin, banyaklah alasannya nanti. Antara yang biasa kita dengar adalah alasan muda lagi, duit tak cukup lagi, tak cukup belanja hantaran, kereta belum habis bayar, rumah pun tidak ada lagi, kerja belum stabil, ibu dan bapa tidak bagi lampu hijau dan seumpamanya.

Tapi dalam masa yang sama, sudah hebat berpacaran ke sana ke mari. Keluar berduaan lelaki dan wanita sambil berpegangan tangan bagai dunia mereka yang punya.

Itulah realitinya, ramai di antara kita memandang perkahwinan dari sudut kos dan material. Tetapi lupa dari sudut agama.

Sebenarnya jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu adalah mudah demi menjaga kesucian diri, maruah, dan agama. Yang sukar adalah urusan tanggungjawab dan tahap kematangan dalam pengurusan. Namun itu semua boleh dipupuk asalkan memiliki ketekunan, kesabaran, dan kesediaan untuk belajar.

Kenapa perlu tunggu lama-lama membiarkan maruah dan agama digadai, mengumpul dosa dalam rindu, duit pula habis untuk pacaran? Bukankah itu jauh lebih sukar berbanding membelanjakan sedikit harta untuk sebuah perkahwinan yang benar? Maka, segerakanlah perkahwinan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

إن من يمن المرأة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها
“Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482)

Sekiranya maskahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syari’atkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi tersebut bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumilah mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.

Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah menikahkan sahabat dengan mahar yang begitu mudah, iaitu antaranya dengan mahar cincin besi dan mengajar hafaz bacaan sebahagian ayat al-Qur’an. Kenapa kita pula bertindak meninggalkan sunnah Rasulullah dan memilih perkara yang menyusahkan lagi membebankan diri sendiri?

Perlu kita fahami bahawa pernikahan itu bukanlah pasar untuk memperdagangkan anak gadis melalui kutipan belanja hantaran daripada pihak suami. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan dengan cara yang syar’i. Bukankah wang dan belanja hantaran yang adakalanya mencecah puluhan ribu ringgit itu lebih baik diguna menampung keperluan hidup berumah-tangga, seperti kos tempat tinggal, kenderaan, dan kehadiran anak-anak kelak?

Selari dengan pesanan Rasulullah bahawa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah, majlis kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah. Selain itu, turut dianjurkan supaya kita menghulur bantuan perbelanjaan walimah kepada pasangan baru bernikah.

Ketika Rasulullah mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman B. ‘Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya):

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
“Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/131, no. 4758)

Berdasarkan hadis ini, mengadakan walimah (menjamu orang makan) dengan sebab pernikahan adalah disyari’atkan. Walaupun begitu, walimah tidaklah mesti dilakukan dengan seekor kambing. Tetapi perlulah bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur keju dan tepung hasil sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan Imam al-Bukhari. Terdapat juga hadis yang menunjukkan Rasulullah hanya menjemput beberapa orang lelaki meraikan walimah perkahwinannya di waktu yang lain.

Ia tidaklah seperti sebahagian daripada kita hari ini yang berlebih-lebihan dalam walimah sehingga sanggup membuat pinjaman kewangan demi merealisasikan kenduri perkahwinan yang mahu dilihat besar dan gah.

Menurut sunnah, majlis walimah yang dianjurkan Rasulullah itu tidak lebih dari sekadar jamuan makan dengan bergembira meraikan pasangan yang berkahwin. Ini berlangsung dengan cara menghadiri dan mendoakannya dengan kebaikan. Sehingga orang-orang yang berpuasa pun turut wajib menghadirkan diri ke majlis walimah jika mendapat jemputan.

Dalam masa sama, majlis walimah ini tidaklah sewajarnya diiringi dengan maksiat dan kemungkaran. Sangat menyedihkan perkara-perkara maksiat dalam acara-acara walimah hari ini dilihat begitu subur. Sehingga ada yang sanggup berbelanja besar kerananya pula. Perkara ini wajib kita sedari dari awal agar tidak terus menular.

Di antara perkara buruk yang telah mula membudaya dalam majlis-majlis walimah hari ini yang dapat penulis sebutkan adalah seperti budaya mendedahkan aurat dan tabarruj (berdandan) untuk tontonan umum dalam praktik persandingan, menghambur-hambur harta (membazir) untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat pujian, mencukur kening dan janggut, mengkhususkan adanya acara potong kek dan menyarung cincin perkahwinan, adat bersanding dan pelamin, upacara merenjis dan menepung tawar demi meraih keberkatan, bersalam-salaman dengan yang bukan mahram, acara tahlilan khas memohon restu nenek moyang, menjemput bomoh tolak hujan, majlis karaoke dan nyanyi-nyanyian, permainan kuda kepang, menggantung gambar pengantin, dan seumpamanya.

Hukum mendedahkan aurat adalah suatu yang maklum di kalangan umat Islam. Lebih lagi apabila berlaku pembaziran wang untuk belanja solekan, set baju yang menggambarkan bentuk tubuh wanita, dan mencukur kening demi kelihatan cantik. Ini semua termasuk bentuk-bentuk peragaan tubuh ala jahiliyah yang telah diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firman-Nya (maksudnya), “Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Manakala acara khas sesi sarung cincin dan potong kek perkahwinan pula ia termasuk meniru-niru adat keagamaan kaum kafir yang tidak pernah sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasulullah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Malah penulis difahamkan harga sebuah set kek perkahwinan sahaja sudah berharga ratusan dan ada yang mencecah ribu ringgit.

Manakala amalan meminta individu tertentu untuk menolak dan menahan hujan dengan jampi tertentu agar majlis dapat berjalan lancar, maka ini termasuk pula ke dalam perbuatan syirik. Ini sama juga dengan adat menepung tawar yang tidak diketahui asal-usulnya dari ajaran agama Islam. Sebenarnya untuk tujuan ini, cukuplah dengan berdoa kepada Allah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan secara teknikal.

Jika di dalam majlis-majlis walimah tertentu mengandungi praktik-praktik maksiat seperti ini, terdapat petunjuk Rasulullah supaya tidak menghadirinya atau sekiranya mampu maka berilah nasihat dan teguran.

Dari itu, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. Hindarilah juga budaya pacaran tanpa nikah! Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang perlu kita cari dan kejar. Wallahu a’lam.

Sunday, February 27, 2011

TG Nik Aziz membalas kenyataan Najib Razak dalam National Review Online

Dengan namaMu kami menegakkan islam...


Kenyataan Najib Razak (entri) dalam National Review Online dibalas oleh TG Nik Aziz. Sungguh mengejutkan kenyataan daripada Perdana Menteri sendiri yang beragama Islam begitu 'tragis'


kenyataan di bawah dicopy dari Malaysiakini.

................................................

Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz


Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. 

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?
“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.
Palitkan getah kepada Ikhwan
“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. 

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.
Neraca senget

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.




....................
wallahu a'lam

Adakah kita duri dalam revolusi Islam?

Dengan namaMu aku melayari hidup.




Entri ni diambil dari blog ini.


Mungkin isu ini dah lapuk dan telah lama berlalu tapi nilai atau hikmah di sebalik kejadian itu sangat banyak. Siapa kita untuk mengatakan revolusi itu sesuatu yang buruk dan menyusahkan ramai pihak?


Maaf pada anda yang tidak sependapat dengan saya dalam hal revolusi ini. Tapi diingatkan. Jika anda tidak bersetuju dengan sebarang revolusi Islam, janganlah menjadi duri yang merosakkan proses sama ada dalam cara anda sedar atau tidak. 


Pendapat ini dicopy dari facebook Ustaz Emran.


Pelajar Malaysia di Mesir pada kritikan saya terlalu bergantung kepada kerajaan, sistem dan kurang pandai berdikari. Saya kecewa memikirkan bagaimanalah dan kenapakah mereka dihantar belajar ke sana ? Lebih baik kerajaan buka sahaja cawangan Al-Azhar Malaysia dan pelajar belajar di bawah ketiak ibubapa. Kita sedang bercakap tentang revolusi ummah !
Saya bangga jika ada anak saya di sana !! Dia terlibat dalam catatan sejarah, lebih bangga jika dia turut serta dalam revolusi tersebut bersama rakan-rakan arabnya !opsss....sori anak saya tidak duduk dalam penempatan pelajar Malaysia dan berkawan sesama malaysia....menghabiskan beras katanya...:)

Ujian tidak diminta, tetapi jika peluang sudah diberi mengapa mahu lari ? Teringat zaman kehebatan PMRAM dahulu...apabila mahasiswa Al-Azhar Melayu bahu membahu dengabn pelajar Arab yang lain membuat bantahan dan sebagainya...terasa nikmatnya ukhuwah dan ummah....sekarang ini ? Mak, ayah, cek tak ada duit nak beli prepaid, cek takleh nak makan kedai tutup...cek takut...ada orang jahat nak kacau cek..budak Melayu :)

Saya bukan seperti orang agama Melayu, bukan mentaliti agamawan kolot dan mundur tetapi seorang Muslim yang progresif dan melihat ke masa hadapan. Saya mohon sesiapa yang saya sudah berikan ruang untuk berbicara untuk sedar bila masanya kita harus menghormati pendirian orang lain yang berbeza dengan kita dan tidak terus memaksa orang lain untuk tetap setuju dengan kita.

Pendirian saya, seperti firman Allah swt : "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-baqarah : 216)

Malaysia tidak akan selama-lamanya aman, janji Allah tentang kewujudan fitnah akhir zaman adalah semestinya perlu kita perhatikan. Kita harus bersiap sedia dan tidak selama-lamanya mendidik anak-anak muda khasnya para pelajar yang menjadi harapan ummah untuk terus lena dalam kemanjaan.

Duduk serumah ramai-ramai pun kecoh ? Mesin ATM tak boleh keluarkan duit pun kecoh ? Tiada makanan kerana takut hendak keluar, tiada arah tuju, tidak boleh menghubungi sesiapa pun kecoh ? Tidak dapat sambung pengajian pun kecoh ? Takut pun kecoh ?

Macam mana nak lahirkan pemuda yang mampu menjadi seperti Salahuddin Al-Ayubi ? atau pemudi dan srikandi seperti ibu Imam Syafie ? Lemah jiwa anak-anak muda kita dengan hiburan dan kemewahan serta kesenangan sehingga tamadun dan kemuliaan Islam dan generasi masa depan diwarisi oleh mereka yang cinta dunia dan takut mati.

Saya tidak berbicara tentang apakah boleh atau tidak pelajar Malaysia pulang...silakan jika diselamatkan oleh kerajaan maka bersyukurlah kerana anda MASIH ADA TEMPAT UNTUK PULANG DAN BERLARI MENYELAMATKAN DIRI TETAPI BAGAIMANA DENGAN RAKYAT MESIR YANG SELAMA INI DITINDAS ?? KE MANA MEREKA MAHU BERLARI ??? KE MANA RAKYAT PALESTIN MAHU PERGI MENGADU NASIB DAN BERLARI ???? KE MALAYSIA ???

Kita sepatutnya mengambil pelajaran dan menjadikan peristiwa revolusi ini sebagai pengajaran untuk lebih memperbaiki diri kita agar lebih kuat dan lebih tabah menghadapi ujian.

Saya pernah berada di tanah Arab dan mengalami peristiwa yang lebih mengancam dan membahayakan dari apa yang menimpa pelajar Malaysia di Mesir. Jadikanlah pengajaran betapa selama ini rakyat kita terlalu hidup mewah dan bergantung kepada sistem dan kebendaan.

Jika pelajar malaysia ada hubungan baik dengan rakan-rakan dari penduduk tempatan seperti pelajar arab yang lain nescaya masalah mereka akan berkurangan dan mereka akan mendapat bantuan dan kemudahan. Jika mereka boleh bercakap arab nescaya masalah komunikasi mereka akan berkurangan. Jika mereka pandai menyesuaikan diri di negara arab sudah pasti masalah-masalah teknikal dan remeh dapat dielakkan. Jika mereka hidup berjamaah dan dalam keadaan yang terkawal serta bersama saling jaga menjagai nescaya masalah mereka akan berkurangan.

Ini sebaliknya yang berlaku apabila rakyat Malaysia menjadikan tempat belajar itu seperti tempat bercuti, datang kelas, hadiri kuliah dan balik ke asrama. Hujung tahun balik ke Malaysia dan bercuti bersama keluarga. Bumi tempat mereka belajar itu tidak lebih sekadar tempat persinggahan sementara yang tidak pernah mereka ambil peduli pun apa yang berlaku.....lantaklah bukan hal kami kata mereka.

Apa yang penting pelajaran.....sijil...isteri/suami...balik Malaysia ada pekerjaan.

Minda apa ini ??? Pemikiran apa ini ??? Kebendaan ??? sebab itu bila berlaku sedikit gangguan kepada sistem kehidupan yang mereka imani dan bergantung selama ini.....aduh seksanya jiwa....tolong kami...ibu...tolong kami ayah....tolong kami itu dan ini.

Mana perginya rijal dan pemuda serta pemudi yang boleh berdikari dan mampu mengharungi masalah dengan penuh ketabahan membuktikan keperibadian seorang Muslim ???

Bukan perang pun di mesir cuma revolusi.

Jika pelajar Malaysia boleh bergaul dengan orang arab di sana dan pandai menguruskan diri nescaya mereka tidak akan terganggu pun. Bukanlah penjenayah dan penjahat yang mengerakkan revolusi tetapi rijal-rijal dakwah dan mereka yang terlibat dengan Ikhwan Muslimun dan ramai lagi institusi syabab yang berkefahaman agama dan bersedia membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Akhir kata rayuan dan kritikan saya (ini kritikan dan teguran terima jika mahu dan sila tolok jika tidak mahu menerimanya usah memanjangkan bicara) ialah supaya rakyat Malaysia di mana-mana pun usahlah memalukan nama agama Islam dan menjadi kayu dan duri di dalam revolusi atau perjuangan menegakkan keadilan.

Contohnya jadi duri, ialah mereka yang berkata Revolusi di Mesir ini menyusahkan kerana menyebabkan pelajar Malaysia terpaksa pulang, terpaksa kelaparan, terpaksa bersusah payah.....cubalah sedar kamu tu penumpang di negara Mesir dan rakyatnya telah menerima kamu di sana...sekarang mereka sedang berjuang untuk menegakkan keadilan dan memperjuangan hak mereka.....sekiranya kamu tidak menyokong mereka maka janganlah menyusahkan mereka....keluarlah segera ke negara kamu atau duduk diam-diam dan bersabar sambil berusaha memelihara diri kamu.

Wassalam.
sumber: facebook ustaz emran ahmad (seperti yang dicopy & paste dari satuummah.blogspot.com)

Bagaimana untuk melakukan kritikan yang betul?

[arkib]: Kaedah Melakukan Kritikan

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab
(ketika masih bersama e-circle nurilahi; 2005)

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir”
(Surah al-ma’arij [70];19)

Assalamu’alaikum warahmatuLLAH

Sudah memang tabiatnya manusia, akan ada saja yang tak kena. Panas tak kena, hujan pun tak kena. Miskin tak kena, bila kaya pun tak kena. Kemudian, mula sibuk mempertanyakan, kenapa hukum yang ni gini? Kenapa yang ni Tuhan jadikan gitu? Bila kita guna cara ini, mula dok tanya kenapa tak ikut cara yang itu? Kalau kiranya kita guna cara yang itu, tetap saja akan bertanya juga, kenapa tak ikut cara yang ini? Umpama kisah dua orang anak beranak yang mengembara bersama keldainya.

Artikel ini saya tulis, bukan untuk membahaskan secara ilmiah cara terbaik menyampaikan kritikan, cuma sekadar berkongsi pengetahuan akan cara dua orang tokoh dan da’ie besar bernama Hassan al-Banna dan Syeikh Muhammad al-Ghazali menyampaikan kritikan. Satu sebagaimana diceritakan oleh Ustaz Umar Tilmisani (Mursyidul am ke-3 Ikhwan), sedang yang satu lagi sepertimana yang diceritakan oleh Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Mudah-mudahan teknik dan kaedah yang digunakan oleh dua ulamak agung ini, menjadi panduan dan pedoman bagi kita bersama dalam mempertahankan dan mengagungkan agama Islam yang tercinta. Amat malang dan amat sayang dengan keadaan umat Islam kita pada hari ini. Ada yang mahu memperjuangkan Islam, tapi berhujah dan berdalil dengan logika akal semata-mata, sehingga memungkin dirinya terkelompok ke pasukan ar-Ruwaibidoh[1] yakni mereka yang mahu bercerita tentang Islam, tetapi tidak berdasarkan prinsip ilmunya. Mereka mahu membicarakan tentang hukum, tetapi tidak bersandar pendapat para ulamaknya, sama ada secara terus kepada nukilan Imam Mazhab seperti kitab al-‘Uum, al-Muwattho’, dan sebagainya, mahupun ulamak yang terkemudiannya seperti Fikih Sunnah atau al-Mufasshal atau Nailul Authar, Bulughul Maram lain sebagainya. Mereka mahu berfatwa tentang “hikmah”, tetapi tidak pernah merujuk akan maksud perkataan itu di dalam kitab-kitab tafsir, atau perbahasan ulamak-ulamak hadith, atau mengkaji nukilan-nukilan da’ie Islam yang agung seperti Hassan al-Banna, Fathi Yakan, Syed Qutb, Yusuf al-Qaradhawi, Abbas as-Sissiy, Mustafa Muhammad Thahan, dan ramai lagi.

Lihatlah bagaimana Syeikh Muhammad al-Ghazali misalnya mengkritik pandangan penulis-penulis lain, sepertimana yang diceritakan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi:
“Tak lama setelah itu, terbit lagi satubuku Syaikh al-Ghazali yang isinya menolak pendapat-pendapat yang menyerang Islam. Buku ini berjudul At-Ta;asshub wa at-Tasamuh baina al-Masihiyyah wa al-Islam. Buku ini adalah jawapan terhadap buku dari salah seorang Kristien Kopti yang memojokkan dan menjelek-jelekkan Islam. Al-ghazali tidak menyebut judul buku dan siapa penulisnya hingga orang itu meninggal dunia. Al-Ghazali hanya menyebut bahawa penulisnya adalah seorang pejabat penting pemerintahan…”[2]

Terkadang, bila kita mengkritik seseorang seraya menyebut namanya, ia akan berkecil hati dan memaparkan bahawa kita tidak berhikmah di dalam menegurnya. Tetapi terkadang, ketika kita menyampaikan kritikan itu secara umum, seperti yang disampaikan oleh al-Ghazali, tetap saja wujud ungkapan kekecewaan, hanya lantaran “siapa makan cili, dia terasa pedas” walhal yang seharusnya kita lakukan ialah merenung dan muhasabah diri kita, seterusnya segera kembali kebenaran yang dihidangkan.

Lalu, dai’e agung Islam mengajarkan lagi, bagaimana mensikapi golongan jahiliyun yang kemudiannya melenting bila dihidangkan dengan kebenaran beserta hujah dan dalil yang nyata.
“Cuma, satu perkara yg agak berlainan dgn syeikh muhammad al-Ghazali dan al-Qardhawi ini, di mana mereka tidak menjawab kritikan atau tuduhan2 berat yg dilemparkan ke atas beliau. Memang ada buku2 yg diterbitkan dan artikel2 yg mencacatkan pendapat beliau di dalam buku2nya. Tetapi beliau tidak menulis sebuah buku khas utk menjawab kritikan itu. Bila ditanya kenapa syeikh tak jawab, katanya, kalau dia menjawab, nanti akan timbul pula jawapan balas, dan begitulah seterusnya tanpa ada kesudahannya. Sedangkan dia mempunyai banyak komitment lain yg lebih penting dari menjawab kritikan2 itu.”[3]

Inilah pemahaman mereka terhadap ajaran Ilahi di dalam kalam-Nya yang agung:
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.”
(Sutah al-Furqan [25]:63)

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)

Andainya yang menerima kritikan itu sang jahil, yang tetap terus mahu membahaskan secara panjang lebar akan sesuatu perkara yang telah diperincikan hukumnya dengan dalil dan hujah yang nyata, maka usahlah dilayan akan sasaunya itu. Kita ada urusan lain yang jauh lebih penting untuk kita tangani. Biarkanlah mereka dengan sasaunya itu, seraya mendoakan mudah-mudahan ALLAH memberikan mereka petunjuk.

*Penulis adalah seorang engineer di sebuah syarikat power plant dan sedang mengambil Sijil Pengajian Syariah di salah sebuah universiti awam tempatan.
*Artikel ini turut tersiar di www.al-ahkam.net.

RUJUKAN

1 Artikel “Bahaya Golongan al-Ruwaibidoh” oleh Dr. Mohd Asri Zainol Abidin di website Dewan Pengajian Ibnu Qayyim (http://www.ibn-qayyim.info/qaiyyim/utama.php) juga website al-ahkam (http://www.al-ahkam.net/)
2 Dr. Yusuf Qardhawy, “Syaikh Muhammad al-Ghazali Yang Saya Kenal (Saikh al-Ghazali Kamaa Araftuhu: Rihlatu Nishfi Qarnin)”, Robbani Press (1998), hlm. 21
3 Topik “Penjelasan sekitar perselisihan ulama Salafi dan Ikhwan” di al-ahkam.net (http://www.al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=2526&highlight=mutazilah)


wallahu a'lam

Saturday, February 26, 2011

Apa responmu pada ujian Allah?

Dengan namaMu aku melayari kehidupan


Semalam merupakan hari kami 2nd year medic IIUM mendapat result exam untuk block 3 year 2 yang lepas. Ada yang ditakdirkan Allah lulus dalam exam, lulus dengan distinction (markah lebih daripada 80%) dan ada juga yang ramai orang kata tak bernasib baik, gagal dalam peperiksaan tu.


Pada saya semua adalah sama. Yang membezakan kita semua adalah bagaimana kita menghadapi result itu. Yang berjaya, adakah mereka akan ingat pada Allah bila berjaya? dan adakah yang gagal akan menyalahkan Allah atas kegagalan tersebut?


Perhatikan. Kita di mana? Adakah iman semakin meningkat atau sebaliknya?


Jika kita berjaya, adakah pernah terlintas dalam hati kita bahawa semua yang terjadi adalah atas usaha kita? Adakah pernah terfikir bahawa kita paling hebat walaupun exam hari tu susah dan yang gagal adalah kerana kebodohan mereka? Jika pernah, banyak2kanlah beristighfar. Banyak2kanlah bertasyahud supaya kita tak melakukan dan dijauhkan dari syirik kecil iaitu riya'.


Bagi yang gagal dan merasakan mereka dibenci Allah. Bersabarlah dengan ujian. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Halus, Maha Mendengar, Maha Melihat. Allah itu penciptamu, Allah itu pelembut hatimu. Dialah sebaik2 penentu dan perancang segalanya.


Ingatlah...

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”
 (Surah Yunus, ayat 44)


Lihatlah pada orang2 Palestin. Mereka ditindas. Ada yang dibunuh, dikelar, disembelih, dirogol. Adakah itu bermakna mereka itu dilaknat Allah dan Allah tidak mengingati mereka?

Dan Malaysia yang dikatakan aman damai dan penuh dengan 'toleransi', adakah kita dipuji dan diangkat oleh Allah dalam kalangan masyarakat dunia?


Boleh jadi mereka di Palestin itu lebih tinggi darjatnya dari kita yang di Malaysia. Dengan semangat mereka yang tinggi, kebergantungan mereka kepada Allah yang sangat utuh, kesabaran mereka yang sangat hebat. Kita di Malaysia tidak mampu untuk melawannya. Pandangan Allah kepada mereka tak pernah terputus.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.”
(Surah An-Nisa’, ayat 40)


Begitulah orang beriman menghadapi ujian dalam kehidupan. Setiap ujian yang datang sama ada baik atau buruk akan dihadapi dengan sabar dan meningkatkan imannya setiap kali.

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.”
(Surah Muhammad, ayat 31)

Berbahagialah sahabat2 yang beriman yang diuji dengan ujian dunia dan kamu bersabar ke atasnya. Berbahagialah sahabat2 yang sentiasa tersenyum dan redha dengan ujian yang diberi kerana setiap detik sahabat2 begitu, ada malaikat yang mencatatnya. setiap detik.

deviantart.com

wallahu a'lam.

Friday, February 25, 2011

Nikah gantung boleh mencegah zina





Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :


dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui.
An Nuur : Ayat 32



Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
 Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat


>>klik sini (sumber)