kalau sebagai orang beriman, pastilah dia mempercayai bahawa adanya jin. Refer QS 2:3, orang yang bertaqwa itu mempercayai perkara-perkara ghaib. dan jin termasuk dalam perkara ghaib selain malaikat, kisah-kisah nabi terdahulu, syurga, neraka, dan sebagainya.
Jin dan syaitan itu adalah satu golongan yakni dicipta daripada api. Syaitan itu adalah golongan yang benar-benar jahat dan menghasut manusia. Jin pula terdiri daripada jin islam dan jin kafir.
jin tu ada di mana-mana. masjid Jin pun ada. di Makkah. Masjid ini dibina kerana mengambil peristiwa di kawasan itu telah berlaku peristiwa Rasulullah s.a.w memberi penyampaian tentang islam kepada golongan jin. dan jin-jin yang mendapat ilmu ni, pulang ke golongannya dan menyampaikan pula. betapa dedicatednya mereka untuk menyampaikan ilmu kepada golongan yang tak tau. kira kalau yang kedekut ilmu tu, agak-agak lebih teruk dari jin. hehe
tujuan penciptaan jin ni tak lain dan tak bukan untuk beribadah kepada Allah. Refer surah az-zariyat ayat 56:
" tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"dalam alQuran, terdapat 40 ayat dalam 10 surah telah Allah ceritakan tentang jin.
Rupa jin ni plak mengikut hadith sahih, hadith riwayat Bukhari dan Muslim, mereka ini bertanduk. bertanduk macam kerbau ke, macam rusa ke, wallahu a'lam. manusia ni sentiasa terbatas dengan apa yang pernah dilihat dan apa yang telah dialami.
Jin ni diciptakan daripada bahang api. Refer surah ar-Rahman, ayat 14-15:
"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap"Jin juga ada zuriat. Refer surah al-Kahfi, ayat 50:
"...Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu?"Jin juga suka menghasut. dan atas sebab inilah mereka tidak dijadikan utusan seperti manusia dan malaikat. Hasutan mereka tidak berkesan pada orang-orang beriman tetapi berjaya kepada orang yang menjadikannya pemimpin dan kepada orang yang mensyirikkan Allah. Refer surah an-Nahl, ayat 99-100:
" Sungguh, setan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan. pengaruhnya hanyalah kepada org yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah"jadi, kalau tak nak diganggu jin, bencilah apa yang jin suka. contohnya, jin suka busuk. jadi, sentiasalah kita mewangikan diri dan membersihkan diri.
Jin juga diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Refer surah al-Hijr, ayat 26-27:
"Dan Kami telah ciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas"Jadi seharusnya kita perlu mengenali siapa jin supaya ketauhidan kita pada Allah semakin kuat dan mekar. bila dah makin mengenali latar jin, semakin aku terfikir, betapa hebatnya ciptaan Allah. dalam bentuk apa pun Allah boleh ciptakan sesuatu. kita dari tanah, dan jin dari api. jin boleh melihat kita, dan kita tak boleh melihat jin.
kuliyyah kak Min bersambung khamis ni. tak tau boleh datang ke tak sebab hujung minggu ni ada program lain yang perlu dihandle. hehe
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment