Semalam merupakan hari kami 2nd year medic IIUM mendapat result exam untuk block 3 year 2 yang lepas. Ada yang ditakdirkan Allah lulus dalam exam, lulus dengan distinction (markah lebih daripada 80%) dan ada juga yang ramai orang kata tak bernasib baik, gagal dalam peperiksaan tu.
Pada saya semua adalah sama. Yang membezakan kita semua adalah bagaimana kita menghadapi result itu. Yang berjaya, adakah mereka akan ingat pada Allah bila berjaya? dan adakah yang gagal akan menyalahkan Allah atas kegagalan tersebut?
Perhatikan. Kita di mana? Adakah iman semakin meningkat atau sebaliknya?
Jika kita berjaya, adakah pernah terlintas dalam hati kita bahawa semua yang terjadi adalah atas usaha kita? Adakah pernah terfikir bahawa kita paling hebat walaupun exam hari tu susah dan yang gagal adalah kerana kebodohan mereka? Jika pernah, banyak2kanlah beristighfar. Banyak2kanlah bertasyahud supaya kita tak melakukan dan dijauhkan dari syirik kecil iaitu riya'.
Bagi yang gagal dan merasakan mereka dibenci Allah. Bersabarlah dengan ujian. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Halus, Maha Mendengar, Maha Melihat. Allah itu penciptamu, Allah itu pelembut hatimu. Dialah sebaik2 penentu dan perancang segalanya.
Ingatlah...
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”(Surah Yunus, ayat 44)
Lihatlah pada orang2 Palestin. Mereka ditindas. Ada yang dibunuh, dikelar, disembelih, dirogol. Adakah itu bermakna mereka itu dilaknat Allah dan Allah tidak mengingati mereka?
Dan Malaysia yang dikatakan aman damai dan penuh dengan 'toleransi', adakah kita dipuji dan diangkat oleh Allah dalam kalangan masyarakat dunia?
Boleh jadi mereka di Palestin itu lebih tinggi darjatnya dari kita yang di Malaysia. Dengan semangat mereka yang tinggi, kebergantungan mereka kepada Allah yang sangat utuh, kesabaran mereka yang sangat hebat. Kita di Malaysia tidak mampu untuk melawannya. Pandangan Allah kepada mereka tak pernah terputus.
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.”(Surah An-Nisa’, ayat 40)
Begitulah orang beriman menghadapi ujian dalam kehidupan. Setiap ujian yang datang sama ada baik atau buruk akan dihadapi dengan sabar dan meningkatkan imannya setiap kali.
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.”(Surah Muhammad, ayat 31)
Berbahagialah sahabat2 yang beriman yang diuji dengan ujian dunia dan kamu bersabar ke atasnya. Berbahagialah sahabat2 yang sentiasa tersenyum dan redha dengan ujian yang diberi kerana setiap detik sahabat2 begitu, ada malaikat yang mencatatnya. setiap detik.
wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment