Showing posts with label hubb Allah. Show all posts
Showing posts with label hubb Allah. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Prep hati untuk Ramadhan. Bestnye!!

Assalamu'alaikum friends.


Membina peribadi Muslim yg sebenar memerlukan kita untuk lebih mendekatkan diri dgn al-quran & sunnah. Fortunately nowadays there's a lot of resources and chances, what's left is our effort to do so. (tbe2 je tuka bahasa :P).


first of all, lets read this post by our muslim brother: 
go to http://quranforbusypeople.word​press.com/2011/07/05/exactly-h​ow-to-set-accomplish-all-your-​quran-goals-this-ramadan/


u may want to read this too:http://quranforbusypeople.word​press.com/2010/08/10/5-essenti​al-ramadan-resources/  


below are the links which i love to share with you :)   
1)http://understandquran.com/cou​rses/basic-course/english.html - mmg best utk those yg xde basic arab. ade video, textbook, workbook. free to download. ade 60 sessions, around 25-30minutes per sessions. i'v downloaded all =) textbook n workbook; altogether 331 pages. bley edit jd arnd 170 pages. kalo print, 170 x 20sen = rm34. murah je kan? then boleh wat copies bg kat fmly members. btw, org yg ade basic arab pon leh revise. this course only emphasizes on vocabulary n grammar yg widely used in Quran. u can spend one hour/day for this course and complete in 30days.  


2) http://www.imaanstar.com/ - from this website i'v downloaded 2 very cool softwares:      


  i) Juz 30 - unique quran viewer, u can choose to play certain verses, useful aid in memorising quran. for example, u  want to memorise surah an-naba'. the surah has 40 verses. so u can choose to play and repeat the first 10 verses only until u get familiar. (kalo x fhm tryla download n install :P)    


   ii) Quran CD/mp3 maker - i use this to make mp3 for different maqra'. useful for memorization too, especially utk juzuk awl2.  


3) http://www.kalamullah.com/anwa​r-alawlaki.html - jom blaja n revise seerah of our very much beloved prophet Muhammad. Boleh download lecture series from here, masukkan dlm music player masing2. boleh dgr sambil lipat baju, sidai baju, memasak, cuci pinggan, etc =P. mmg SGT BEST!! Rindu nabi.. btw lecture in english, altogether 53 lectures, one lecture plus minus one hour.. tryla dgr satu dulu :) syeikh byk ulas pengajaran utk kte ambil dr seerah :)  


4) ebook riyadhussoilihin by imam nawawi, leh download dr 4shared. Perhaps leh wat campaign one hadith/day? :)  


5) http://bit.ly/Plan_Ur_Ramadan - ni utk buat masterplan :P sume leh jd program coordinator.. huhu..   


okay,, i think that's all... semoga Allah mencampakkan keikhlasan dan kesungguhan dlm diri kita utk buat yg terbaik ramadhan kali ni, membina peribadi muslim yg sebenar2nya.. selamat menimba ilmu n beramal :)


Copy: FB Ain Fazil.


P/s: Feel free to kongsi dengan orang tersayang atau terchenta. Bestnye!!

Thursday, July 21, 2011

weh, sini ada hantu!

Perasan tak banyak betul cite hantu kat Malaysia ni. Tak kira la made in Malaysia ke, yang diimport dari luar ke. Yang filem atau bersiri. Yang komedi atau gile punye seram.

Banyak betul pilihan. Siap boleh pilih yang mana yang berkenan kat hati. 

Kalau kite sendiri memang tak leh tengok langsung kot. haha *uhuk* rasa cam seram sangat. macam tak leh tengok skrin tv. Kalau cam tu, baik tak yah tengok kan? tak tengok tv pun... hehe

Tapi... pernah tak terfikir kenapa orang tengok cite hantu dan kenapa orang buat cite hantu?

Pernah juga tanye dengan orang lain, kenapa suka tengok cite hantu?

Dia cakap, 'ntah la.... saje-saje je. rasa nak tengok. Lagipun boring tak tengok movie'. 
Adilah: (-.-") oh. macam tu plak...

Hari tu mak dengar radio ikim.fm rancangan Dr. Muhaya. Dia pernah cakap, "saya rasa nak jumpa sendiri dengan pengarah-pengarah filem sekarang ni, yang suka buat cerita-cerita yang sebegini, apa sebenarnya yang mereka nak tempah di akhirat nanti? Apa kebaikan yang mereka dapat dengan buat filem sebegini?"

Kite pun rasa, kalau lah terjumpa orang macam ni, teringin nak tanya soalan yang sama. Apa sebenarnya yang mereka nak tempah di akhirat nanti.  


Kalau tengok fatwa kebangsaan di e-fatwa.gov.my, ada keluar fatwa pasal Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya. Kire cerita hantu tu termasuk bawah 'yang berkaitan dengannya' la kan. Betulkan kalau saya salah. Katanya,

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa pameran jin, hantu dan keranda serta alam misteri adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat pada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri, jin, hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini.

Menurut fatwa ni, benda-benda macam ni bermain dengan aqidah kite. Bukanlah kite menolak perkara-perkara ghaib seperti jin dan seumpama dengannya, percaya pada benda-benda tu masuk dalam ciri-ciri orang beriman. Seperti dinukilkan dalam Kitab Cinta Allah, al-Furqan dalam surah al-Baqarah yang awal-awal:

' Alif lam mim [1] Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, [2] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfaqkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka' {Al-Baqarah:1-3}

Kalau tak percaya dengan benda ghaib, tak jadilah kite orang yang bertaqwa. Orang yang takutnya hanyalah pada Allah...

Tapi masalahnya, cerita hantu yang dipaparkan sekarang kebanyakannya dibuat dan diolah dan dipusing-pusing seolah-olah tiada benda yang lebih menakutkan lagi  melainkan hantu yang direka dan digambarkan dalam cerita tu.

Dan pastinya, bila kite takut pada benda tu, kite percaya bahawa benda-benda tu boleh mengapa-apakan kite sedangkan semua tu berlaku hanya dengan kuasa Allah. Kun fayakun. Bila Allah kata 'Jadi', maka jadilah benda tu. Kalau Allah kata tak jadi, tak jadilah benda tu. Simple concept of imaan.

Dan benda-benda rasa seram, takut, ngeri, sadis, menggeletarkan hati semuanya bermain dengan hati dan aqidah kite sebagai muslim.. Takut-takut, kita jadi bertaqwa dengan benda-benda tu lebih dari taqwa pada Allah..

Dahla aqidah kita ni mudah bergoncang dan iman hanya senipis bawang, nak 'nipiskan' lagi? Tu lagi seram kot... huhu

Jadi, lepas ni kalau nak tengok lagi cerita-cerita hantu lepas ni, fikirlah banyak kali. Kalau tak fikir lagi bagus, terus tak tengok. *senyum* Itu maknanya memang korang best. Tak fikir banyak kali untuk selamatkan aqidah korang, nak preserve keimanan korang pada Allah.

Apa lagi benda yang berharga sekarang ni di dunia penuh fitnah melainkan imaan...

 [preserve ur imaan. u will love it! ^_^]

Thursday, July 7, 2011

finish it in a month!

Do you want to finish reading the holy Qur'an this month?
??

All what you have to do is to read 4 pages after each prayer...

Check this out:

4 pages X 5 prayers X 30 days = 600 (the whole Qur'an)

WOW!
I never knew it was that easy to read the whole Qur'an every month by spending few minutes after each prayer.
What an investment!!

If you are in a real hurry, you can finish reading it once every 2 months by reading just 2 pages after each prayer..
Can you  believe that ?!!

And remember...
Each letter that you read in the Holy Qur'an counts 10 hasanat...

What about a word?
What about a line?
What about a page?
What about a part?
What about the whole Qur'an??

>>Abu Umamah r.a reported:
I heard the messenger of Allah (PBUH) saying, "Read the Qur'an for it will come as an intercessor for its reciters on the day of resurrection." [Muslim]

>>Umar bin al-Khattab r.a reported:
The Prophet (PBUH) said, "Verily, Allah elevates some people with this Qur'an and abases others." [Muslim]

>>Abu Hurairah r.a reported:
I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "There is a Surah in the Qur'an which contains 30 ayat which kept interceding for a man until his sins are forgiven. This Surah is 'blessed is he in whose hand is the domain.' (Surah al Mulk)"

>>Abu Hurairah r.a reported:
I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "Do not turn your houses into graveyards. Satan runs away from the house in which Surah al-Baqarah is recited." [Muslim]

Grab the chance, friends!!
I just love the Qur'an
I Love Allah

seindah hiasan dunia

Terbayang tak?


Cantiknya pantai... Lembut je angin yang membelai
Putihnya pasirnya... Tenangnya suasana...
Birunya langit sedamai hati ketika itu...

Terbayang tak?


Cantiknya Taj Mahal...
Megahnya ia berdiri di bumi sebagai tanda cinta suami kepada isteri...

Cantiknya semua ini adalah hiasan dunia...
Tapi ada satu lagi yang juga hiasan dunia tetapi disebut oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik hiasan...


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
Dunia ini cantik...
cantik sangat...
sehinggakan tiada perkataan yang dapat menggambarkan kecantikan itu melainkan...
Subhanallah...! Alhamdulillah...! Allahu akbar...!
Dan yang paaaaling cantik antara semua itu adalah wanita solehah...


Siapa dia? 
Anda mencari siapa dia?
Jika anda yang membaca ini adalah wanita, saya harap andalah wanita yang disebutkan di dalam hadith ini... ^__^

Grab the chance,ukhti!

Wednesday, July 6, 2011

Perlindungan 24 jam

Kite kira tak de sesiapa pun kat dunia nakkan dirinya berada di  dalam kesusahan. Kalau boleh kite nak diri sendiri dan orang-orang yang kite sayang berada dalam keadaan yang sejahtera sentiasa dan berada di jalan yang diredhai Allah...

Betul tak?
Betulkan kalau saya salah :)

Dan sebaik-baik tempat untuk kite memohon untuk berada dalam kesejahteraan adalah Allah.
Allah.
Allah.
Allah.
...

عَنَ أَبَانَ بْنَ عُثْمَانَ يَقُولُ سَمِعْتُ عُثْمَانَ يَعْنِي ابْنَ عَفَّانَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِي

Dari Aban bin Utsman, ia berkata, Aku pernah mendengar Utsman, yakni bin Affan berkata: Aku pernah mendengar Nabi sallallahu ‘alahi wa sallam bersabda: ” Barangsiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

[Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu yang dapat mencelakakan di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui]
sebanyak tiga kali, ia tidak akan tertimpa bencana yang datang tiba-tiba hingga ke waktu pagi, dan barangsiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi, ia tidak akan tertimpa bencana yang datang tiba-tiba sehingga ke waktu petang. (HR. Abu Daud)

Selamat beramal..! =)

Saturday, July 2, 2011

Dia sahaja yang memahami

Dalam dunia ni, kite nak minta semua orang faham dengan diri kite sebenarnya sangatlah mustahil.

Bila kite nak semua orang suka kat kite dan berbahagia dengan kite sebenarnya sangatlah mustahil.

Betul tak?

Sayang sekali dalam diri kite ada rasa sedih dengan perasaan manusia pada kite. Kite mengharap sangat orang tu memahami diri kite tanpa kite berkata pada dia, perlulah pada kadarnya. Janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada manusia itu yang lemah sifatnya, sering melakukan kesalahan, sering berprasangka pada manusia lain untuk mengetahui isi hati kite 100%.

Sayang sekali kite meletakkan perasaan sedih kitepada manusia kerana respon manusia yang tak memenuhi sangkaan kite. Sehingga ada mereka yang melakukan sesuatu yang menyakitkan diri sendiri dan memutuskan perhubungan yang telah lama dibina.

Sayang kan?

Seharusnya ke mana perasaan sedih dan mengharap itu disalurkan?

Kite manusia penuh dengan pengharapan. Kite manusia hidup penuh dengan harapan di jiwa.

Jadi di mana perasaan itu seharusnya diletakkan?

tentulah pada Allah.

Allah.

Tiadalah yang layak diletakkan pengharapan, keikhlasan, kesedihan hanyalah pada Allah. Allahu somad. Allah-lah tempat bergantung.

Tempat kite membuaikan perasaan cinta dan kasih. Selama mana kite meletakkan Allah sebagai tempat bergantung, Dia akan menguruskan segala hal kite.

Hebat kan?

Laa ilaha illallah...

Monday, June 27, 2011

Jauhnya kite selama ini...

Sepanjang program PERSIS '11 di UNISEL selama 5 hari yang lepas, kite benar-benar belajar erti hidup kerana Allah...

Dulu kite hanya pandai melafazkan 'Allah tujuan kami'. Tapi dalam program tu, hati kite sangat tersentuh betapa selama ini kite hidup bukanlah sepenuhnya kerana Allah...

Telah ditetapkan oleh Allah ke atas kite untuk melangkah ke UNISEL sungguhpun dengan banyaknya halangan dari hati dan sekeliling, dengan bolak-baliknya hati, dengan kekacauan jiwa...

Dan bila pulang, diharapkan semua yang kite dapat menjadi perisai pada kite untuk menghadapi ujian yang mungkin lebih besar dan berat...

...

Dalam diri kite penuh dengan rasa kagum dengan ketentuan Allah...

Semasa program, banyak aktiviti yang telah dirancang tak dapat dilakukan. Banyak slot fiqh dan bengkel tak dapat dilaksanakn kerana venue yang tiba-tiba tak boleh digunakan dan ketiadaan penceramah.


Tapi...

Aktiviti ukhuwah yang mengisi kekosongan masa dan amalan-amalan ruhi yang dilakukan sangat memberi kesan pada jiwa.

Betapa Al-Qur'an itu dekat dengan jiwa sehinggakan ayat-ayat yang dibaca adalah tentang diri kite sendiri.

Zikir dan selawat yang perlu dilakukan betul-betul menegur diri yang sebenarnya kurang membasahkan lidah dengan zikrullah... kurangnya diri mengingati Allah sehinggakan banyak portion dalam hidup kite tersia-sia kerana risaukan hal dunia.

Betapa lemahnya diri kerana tidak menjadikan mukjizat Al-Qur'an dan zikrullah sebagai penguat diri ketika lemah... menjadi penghibur diri di kala kesunyian... menjadi peringatan pada diri bahawa Allah-lah tujuan kami...

...

Terima kasih, wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya ~

Saturday, May 28, 2011

Confidence.

One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of pray, everyone gathered and only one boy came with an umbrella.
That's CONFIDENCE.

When we throw a one year old baby in the air, he laughs because he knows you will catch him. 
That's TRUST.

Every night we go to bed but we are not sure that we will wake up tomorrow, but we still have many plans for the coming day.
That's HOPE.

So.. be a strong Muslim that have confidence, trust, and never lose hope in Allah.

...

Wasiat Hassan al-Banna:

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin.
Dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita.
Meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

...

Sentiasalah yakin dengan Allah. x3

Monday, May 23, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Mencari hatiku

Kadang-kadang kita perhatikan manusia dan kita belajar sesuatu
Pelik
Bila bosan, dicarinya dunia untuk menghilangkan kebosanan
Bila ada masa lapang, difikirkan dunia untuk memenuhkan masa terluang

Kadang-aku menjadi golongan itu
Aku mencari dunia
Aku memeluk dunia supaya tidak lepas dariku
tapi aku penat
dan aku menjadi bosan kembali

Lalu barulah aku mencari Allah 
tujuannya untuk mencari diriku
Melangkah dengan jauh dan menyelami ke dasar hati
Rupa-rupanya hatiku ada di sana

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
Kata-kata Allah itu benar
Tiada yang benar melainkan benar belaka
Jika ragu-ragu, itu hanyalah mainan syaitan durjana

Dan...
Maafkan aku Allah kerana menjadikanMu sebagai tempat terakhir untuk aku bertapak

Sunday, April 17, 2011

What will happen to us after a week, without Allah?




I Can't Imagine That
I admit to all of you...
Allah...
I need You!
Every second!

And I Love You!

Please bear with me...

Tuesday, April 5, 2011

Tidak Kau ciptakan ini dengan sia-sia



Pusing kiri...
Pusing kanan...
Apa yang anda lihat?

Tidak.
Lihat tangan anda.
Itu sudah cukup untuk menjadi cerminan kehebatan Allah.

Pada kulit anda ada sel-sel kulit yang kecil yang selalu melakukan proses ganti kulit.
Tapi anda tak perasan kan?
tak sakit kan?
dan tak pernah pun rasa kulit anda jatuh selepuk selepas melakukan penggantian.
unikkan?

dan pada siapa lagi yang selayaknya mendapat pujian dan kesucian?
siapa lagi yang patut kita cintai dan berterima kasih selain daripada Allah yang Maha Menciptakan?

Pada Hari Pertimbangan nanti, sebiji mata kita tidak mampu dibayar dengan seumur hidup kita beribadah.
Tak mampu menyamai walau separuh.
Zikir kita setiap kali, ucapan syukur kita setiap kali...
Tidak mampu membayar kenikmatan Allah yang baaaaaaaaaaaaaanyak ni.

Maka, sanggup lagikah kita...
Kita yang daif tak punya apa, meminta setiap masa, berbuat dosa padaNya?

Subhanallah! Marilah kita sama2 menjadi hambaNya yang bersyukur. setiap masa...

Wednesday, March 23, 2011

Didik diri menjadi sempurna

Aisyah pernah cerita, "Dean kitorang pernah cerita kat kitorang. Dulu masa dia study di oversea, non-Muslim tak percaya pun dia Muslim. Then, Dean kitorang tanya, kenapa? Mereka cakap bahawa pada mereka, Muslim tu kotor dan pengotor."

Masa Grooming Class yang dihadiri oleh Aisyah, pengajar tu menekankan supaya sebagai seorang Muslim, kita hendaklah kemas dan bersih. Pengajar itu mengatakan dia baru memakai tudung 5 tahun yang lepas. Bukan dia tak tahu menutup aurat itu wajib tapi persepsi dia pada orang yang memakai tudung tak baik. Dan disebabkan itu dia tak memakai tudung sehinggalah 5 tahun lepas. 

Mungkin bila kita dengar, kita jadi sangat marah sedangkan Islam itu sendiri sangat-sangat menitik beratkan kebersihan. Jika tak bersih, kita tak boleh solat. Jika tak bersih, yang akan berkawan dengan kita adalah syaitan sebab Allah suka sangat orang yang bersih.

Kalau beginilah keadaannya, akhlak Muslim itu sendiri boleh merosakkan nama islam itu sendiri tanpa perlu non-Muslim merosakkannya. 

Betul tak?

Islam itu agama yang sempurna. Dengan kesempurnaannya, ia mampu membentuk Muslim itu sendiri menjadi sempurna. Kerana itu islam bukan sekadar agama tetapi sebagai deen atau cara hidup.

Seharusnya...

Muslim itulah yang sepatutnya tersusun urusannya.

Muslim itulah yang sepatutnya mudah tersenyumn

Muslim itulah yang selalu berkata-kata dengan perkataan yang baik dan bermanfaat.

Muslim itulah yang selalu menjaga masa.

Muslim itulah yang mantap hubungannya dengan Allah dan manusia.

Muslim itulah yang tidak mudah berputus asa dengan dugaan dalam kehidupan.

Muslim itulah yang lembut kata-katanya.

Muslim itulah yang bersih dan kemas.

Muslim itulah yang rajin menuntut ilmu dan paling menghargai ilmu.

Muslim itulah yang baik  dan bersih akhlaknya.

Muslim itu seharusnya sempurna luar dan dalam kerana Islam itu sempurna dan tiada cacat celanya.


Dan semua didikan ini, semua kebaikan ini ada dalam tarbiyah. 10 muwasofat yang cuba dibentuk dalam tarbiyah merangkumi semua sifat ini, jika anda memerhatikan. :) 

Tarbiyah itu sedang membina anda semua untuk menjadi sempurna kerana itulah islam. 

Wallahu a'lam..

Monday, March 21, 2011

Pesan kakak


Adik...
Pertemuan pertama ini kakak mulakan dengan salam...
Apa khabar dirimu?
Apa khabar kandunganmu?
Senyumku disulami tangisan
Sambutlah tangan ini yang ingin memimpinmu
Mendakapmu dengan kasih sayang
Menyembuh lukamu yang masih berdarah

Adik, 
Jika hati mempersoalkan takdirNya,
Persoalkan juga pilihan hidup kita
Jika hati mempersoalkan kasih sayangNya,
Persoalkan juga ke mana tumpahnya cinta kita
sesungguhnya segala yang ternoktah
pasti ada hikmahnya

Adik,
Belajarlah membaca al-Quran
kerana setiap helaian ada kalimahNya
Jika rindu pada kebaikan syurga
Jika alpa pada azabnya neraka
Jika jauh dari keberadaanNya
Jika sakit di dalam dada
Jika hidup mengundang lara
Al-Quran menjadi penyembuhnya
Kalam itu mengandungi segalanya

Adik,
Tiba masanya untuk berpisah
Ingatlah pesan kakak sepanjang pertemuan kita
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu
Ingatlah Allah kerna Allah itu ada untuk membelamu
Lindungi hatimu dari perkara-perkara membinasakanmu
Bentenglah dirimu dari nafsu serakah manusia 
yang acapkali memburumu

Hiasilah dirimu dengan akhlak islami
Tuntunlah dirimu kepada jalan Ilahi
Semoga kita bertemu di Jannati
Di sana tiada ragu dan susah hati...

19 Mac 2011
Jejak Sunnah dengan Cinta
Taman Seri Puteri Cheras
Semoga Allah perpanjangkan limpahan hidayah pada kita

Thursday, March 17, 2011

Jika jalan ini mudah


Andai perjuangan ini mudah...
Pasti ramai menyertainya

Andai perjuangan ini singkat...
Pasti ramai yang istiqamah

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia...
Pasti ramai yang tertarik padanya

Tapi...
Hakikat perjuangan bukan begitu...
Turun naiknya...
Sakit pedihnya...
Umpama kemanisan yang tak terhingga...

Andai rebah...
Bangkitlah semula!
Andai terluka...
Ingatlah janjiNya...

Perjuangan ini pahit...
Kerana syurga itu manis

Biar hilang teman dalam perjuangan...
Jangan hilang teman seperjuangan...

Tazkirah dari ukhti Syahidah

Friday, March 11, 2011

Uhud

Kisah Perang Uhud kembali mengisi halaqah kami. Bukan tidak biasa dengan nama perang Uhud tapi kali ini ia disentuh dengan penuh penghayatan.

Perang Uhud pada awalnya natijahnya sama dengan perang Badr. Kemenangan Muslim ke atas kekafiran pada awalnya sangat membayangi masa depan Islam. Namun, kelalaian pada saat2 akhir perang itu telah membawa kepada ramai sahabat yang gugur syahid.

Bayangan ghanimah di bawah bukit membuatkan sahabat2 yang berjaga di atas bukit turun justeru mengingkari perintah Rasulullah. Disebabkan keingkaran mereka, muslim hampir jatuh pada kekalahan. Disebabkan keingkaran mereka, Rasulullah telah tercedera sehingga besi menusuki pipi baginda.

Rasulullah inilah yang teguh menyebarkan islam walaupun seringkali dilempar batu dan diancam bunuh oleh kuffar.

Rasulullah inilah yang tetap bersabar memberi makanan kepada yahudi buta yang seringkali menghinanya.

Rasulullah inilah yang tetap berdiri di tengah malam menghadap Tuhannya menyatakan syukur sehingga bengkak kakinya.

Rasulullah inilah akhlaknya seperti al-Qur'an.

Rasulullah inilah yang membawa kerahmatan kepada seluruh alam.

Rasulullah inilah yang kerap menangis memikirkan ummatnya.

Dan Rasulullah inilah yang tercedera di dalam perang kerana kelalaian Muslim itu sendiri dengan sejemput dunia.

...

Dan, adakah kita juga akan menyebabkan jatuhnya dakwah islam? Adakah kerana kelalaian kita pada dunia akan menyebabkan statiknya dakwah sehingga tiada apa2 pengembangan?

Adakah kerana kita?

Tepuk dada, tanyalah iman.

Wallahu a'lam.

Wednesday, March 9, 2011

izinkanku berubah

Saya telah berdosa dengan ramai orang kerana sikap saya yang ego. Maafkan saya sahabat kerana telah melukakan hatimu sepanjang kita berukhuwah. Siapa anda saya tidak pasti. Tapi kesekian kalinya saya berlumuran dosa...

Maafkan saya sahabat...

Ya Allah, aku mohon padaMu agar aku tidak menjadi fitnah di dunia ini.

Lembutkanlah lidah ini...
Lembutkanlah hati ini...
Lembutkanlah diri ini...
Agar mudah untuk menuturkan zikrullah...

Jagalah lidah ini...
Jagalah hati ini...
Jagalah diri ini...
Agar tidak terjerumus dalam nerakaMu yang panas menggelegak...

Indahkanlah lidah ini...
Indahkanlah hati ini...
Indahkanlah diri ini...
Agar menjadi asbab kepada keredhaanMu menyelubungi kehidupan ini...

Kuatkanlah langkah kaki ini untuk melangkah dengan gagah demiMu...
Kerna saat ini aku merasa sangat lemah dan sendirian...