Friday, March 4, 2011

Walimatul urus seterusnya :)

Dengan namaMu kami menjalani kehidupan


Tadi satu kelas terkejut. Bila nama Wan Thohirah disebut sebagai pasangan seterusnya dari kelas kami yang akan diijab kabulkan, semua seperti benar2 terpana. Wan yang comel dan pendiam tu akan menikah tak lama lagi?

Jawapannya YA!

Inshallah ramai yang dapat pergi ke majlis Wan. :D  Tarikh 2 April 2011 telah saya masukkan dalam kalendar.

Ada jalan untuk mencari pasangan untuk berkahwin sungguhpun tidak bercouple. Ada cara yang halal untuk mengenali pasangan sungguhpun tidak berhubungan secara direct. Ada caranya. Pilihannya terletak pada tangan kita.

Tarbiyah dan kawallah diri supaya tidak mengikuti hawa nafsu.

Kuatkan vertical relationship dengan Allah supaya iman sentiasa terjaga.

Carilah pasangan bila anda telah betul-betul bersedia.

Berpuasalah bila anda merasakan anda masih belum bersedia.

Gunakan orang tengah yang DIPERCAYAI untuk mencari atau menyatakan hasrat anda.

Sentiasa meminta pada Allah untuk diberikan petunjuk dan ketenangan hati.

Berjumpalah dengan keluarga pasangan.

Jagalah perhubungan supaya tidak jatuh pada tahap syubhah dan terlindung daripada maksiat.

Jangan terlalu lama bertunang.

Dan langsungkanlah pernikahan kalian pada tarikh yang dipersetujui bersama.

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik itu juga untuk perempuan yang baik. Itulah tanda keberkatan seorang wanita. Pabila dia menikah pada awal usia. Barakallah lakuma. :)

Yang pasti akan ada lagi pasangan akan diijab kabulkan pada musim cuti bulan 6 hingga bulan 8 tahun ni. Ikatan kalian yang halal itu moga2 akan kekal hingga ke syurga.

Wallahu a'lam.

p/s: Wan, terima kasih sebab percaya saya untuk tahu tentang pernikahan Wan lebih awal dari kawan2 sekelas yang lain. :)

4 comments:

a.j. said...

Subhanallah. selangkah ke syurga. InshaAllah

Adra Rafee said...

inshallah... :)

pernikahan itu boleh mendekatkan kita dengan syurga atau neraka. semakin dekat kita dengan Allah, inshallah semakin dekat kita untuk mencipta syurga.

little khalifah said...

like2,,kak aishah ngan dila wat suprise je smlm.. anda ber2 bla lagi??hehe

Adra Rafee said...

ala kak... kitorang tolong khabarkan pada orang je. huhu

kak aisyah akan bernikah tak lama lagi inshallah.. doakan dipermudahkan segala urusan.

inshallah bila tibe masanya akan jadi. bukan di dunia, di akhirat inshallah... kita kan bersama dengan orang yang kita cinta di akhirat nanti. :D