Wednesday, January 26, 2011

sejam setengah bersama Lauren Booth

salam.


pernah tak dengar pasal Lauren Booth? ni berita Lauren Booth di bernama


Tadi jam 3 petang lebih kurang beliau bagi ucapan kat UIA Gombak. Kat kuantan ni dapat tengok video conference pun jadilah... :) Talk tu entitled "Islamic perspective through Western Women".  Talk tu sekejap je tapi meninggalkan kesan yang baik pada ramai orang. Saya masuk lambat lebih kurang setengah jam sebab ada PBL. rasa macam banyak benda dah saya tertinggal. 


Macam2 pengalaman beliau diselitkan sama ada di Lubnan, Iran, Palestin dan kebanyakan negara middle east dan termasuk juga tentang kehidupan beliau di UK. Beliau sentiasa menceritakan tanggapan kebanyakan orang non-Muslim kepada Muslim adalah sesuatu yang selalu diselewengkan oleh media dan beliau dulu juga sentiasa cuba mencari kesalahan2 Muslim untuk beliau tulis dalam jurnal beliau.


contohnya semasa beliau bertemu dengan orang atasan Hizbullah, beliau merasakan beliau akan bertemu dengan seorang yang sangat kasar dan sombong. sepanjang perbualan dengan orang atasan Hizbullah itu, ada sorang translator perempuan. kemudian, Lauren sengaja memberhentikan percakapan Syeikh untuk melihat reaksi beliau dengan berkata "What?". translator tu terus mengangkat tangan menunjukkan sign Stop kepada syeikh. ternyata, Syeikh terus berhenti dan tunduk dan melihat tangannya. Lauren terkejut dan anggapan Lauren tentang kekasaran Muslim ternyata tak betul.


Beliau menceritakan semasa beliau baru2 memeluk agama Islam, anak2 beliau bertanyakan 3 soalan. "Adakah mak akan tetap menjadi mak?" Lauren menjawab "ya." "Adakah mak akan berhenti minum alkohol?" Lauren menjawab "ya." "Adakah mak akan menunjukkan buah dada mak di khalayak ramai?" Lauren menjawab, "apa? apa maksud kamu?". Anaknya menjawab, "sebab mak suka memakai pakaian yang terbuka di hadapan". Lauren pun jawab, "saya takkan pakai lagi macam tu di khalayak ramai". Then, anak2 dia cakap,"yeay! kami suka Islam!". dan Lauren tersenyum.


Beliau jugak cerita kalau beliau jalan di UK, lelaki apabila berjalan akan tend untuk melanggar beliau sedangkan beliau seorang perempuan. tetapi masa beliau di Lubnan, lelaki2 di sana memberi jalan kepada wanita.


ternyata maruah wanita itu terjaga di negara2 islam kebanyakannya. kebanyakan lelaki di barat menganggap wanita sebagai second class lebih2 lagi di tempat kerja. kalau perempuan nak compete dengan lelaki, mereka perlu menjadi seperti lelaki. mereka perlu menjadi kasar dan itulah yang berlaku kepada kebanyakan wanita yang menjadi orang atasan. sedangkan di dalam islam, sifat wanita itu dijaga dan preserved. sifat malu, sensitif dan mudah menangis tidak perlu dibuang dalam diri wanita.


seronoknya, apabila menjadi seorang muslimah yang berhijab, beliau merasakan orang memelihat pada wajah, mendengar apa yang beliau cakap, dan mengambil mesej yang beliau cuba sampaikan berbanding sebelum ni di mana orang judge dari segi rambut, lipstik dan breast seseorang.


di barat juga, mereka mengaitkan liberty dengan nudity. seseorang itu boleh memakai as little cloth as possible and that is called liberty. sedangkan di dalam islam, maruah seseorang itu terjaga dengan tubuh ditutup sebaik mungkin. 


ada ukhti yang bertanya, bagaimana dengan muslimah yang terlalu tertekan untuk mengikut fesyen2 terkini? Beliau menjawab jika mereka terlalu tertekan, janganlah baca majalah yang sebegitu. kalau dengan membaca majalah itu membuat anda tertekan, jangan baca. just ignore it. 


beliau juga mengatakan, jangan menonton cerita Friends. beliau tergelak. di dalam cerita tersebut, mereka hanya menekankan hubungan lelaki perempuan yang penuh dengan sexual desire. Beliau mengatakan bahawa beliau seronok berada di masjid di mana lelaki di kalangan lelaki dan perempuan bersama kaum perempuan. beliau merasakan keselesaan dan mendapat ketenangan apabila berada dalam kalangan perempuan.


semasa beliau menceritakan perasaan beliau apabila menerima islam itu membuatkan saya menangis. betapa sebelum ni beliau sangat menolak perasaan ketenangan yang beliau rasa bila berada di dalam masjid-masjid. selama beberapa tahun merantau ke negara2 islam, beliau bersungguh-sungguh untuk menulis tentang keburukan islam dan pemimpin-pemimpinnya. namun, ternyata hidayah Allah itu sangat halus dan manis. siapa sahaja yang Dia kehendaki, pasti akan merasakannya. dan seolah2 perasaan beliau dapat saya rasai...


beliau juga mengatakan, selama mana kita berhijab dan bergelar muslim, kita membawa nama islam. maka, tersenyumlah bila berjumpa orang sekeliling. tunjukkanlah bahawa anda gembira dengan kehidupan anda sebagai seorang muslim. bagilah kepada mereka mesej yang baik bahawa keluarga muslim memberi kebahagiaan kepada anda. sebab dengan berwajah masam, orang akan merasakan menjadi seorang muslim itu sesuatu yang mengerikan.


ternyata hari ini sangat bermakna. beliau kini memakai hijab yang sempurna dan tidak menampakkan jambul atau sekadar memaki selendang. harga untuk beliau masukkan kepada islam itu sangat mahal dan lama. dan sebab itu, beliau sangat menghargai islam. bandingkan dengan diri kita. apa yang kita dah buat untuk menunjukkan kita muslim? apakah kontribusi yang telah kita lakukan? sama2 kita fikirkan :)


wallahu a'lam.


p/s: nak tanye soalan pada beliau tapi orang UIA gombak dah sapu semua peluang. huhu :)


p/s/s: alamak, saya tak jumpa gambar beliau with proper hijab dalam internet... sori..
added 30th January 2011 from aqsasyarif.org.my :)
p/s/s/s: thank you shira sebab ajak saya and kawan2 pi tengok video conference tu. sangat bermakna... sayang shira!


Surat beliau kepada Tony Blair. dan Tony Blair masih belum jawab lagi :)

No comments: