Wednesday, March 9, 2011

izinkanku berubah

Saya telah berdosa dengan ramai orang kerana sikap saya yang ego. Maafkan saya sahabat kerana telah melukakan hatimu sepanjang kita berukhuwah. Siapa anda saya tidak pasti. Tapi kesekian kalinya saya berlumuran dosa...

Maafkan saya sahabat...

Ya Allah, aku mohon padaMu agar aku tidak menjadi fitnah di dunia ini.

Lembutkanlah lidah ini...
Lembutkanlah hati ini...
Lembutkanlah diri ini...
Agar mudah untuk menuturkan zikrullah...

Jagalah lidah ini...
Jagalah hati ini...
Jagalah diri ini...
Agar tidak terjerumus dalam nerakaMu yang panas menggelegak...

Indahkanlah lidah ini...
Indahkanlah hati ini...
Indahkanlah diri ini...
Agar menjadi asbab kepada keredhaanMu menyelubungi kehidupan ini...

Kuatkanlah langkah kaki ini untuk melangkah dengan gagah demiMu...
Kerna saat ini aku merasa sangat lemah dan sendirian...


4 comments:

Laut biru said...

Salam..

Dil, jgn putus asa. InsyaAllah di jalan ni kita sentiasa belajar. Belajar untuk menjadi hamba yg lebih baik dan belajar menjadi da'ie yg lebih kuat. jgn jadikan satu teguran atau kesalahan sbg sesuatu yg melemahkan malah jadikan ia sbg sesuatu yg menjadi asbab untuk kita menjadi jauh lebih baik. lihat dari sudut yg positif. ini membuktikan ko buat kerja dakwah. cuma mungkin pendekatannya kurang tepat. ruang untuk perubahan sentiasa ada. sesungguhnya Ummat ini memerlukanmu sahabat.. dan jgn pernah merasa sendirian. kami sentiasa ada. mungkin x sehebat ukhuwwah Thalhah b. Ubaidillah kpd Ka'ab, tp insyaAllah fikrah n tujuan kita sama..Moga Allah sentiasa kuatkan hati kita semua..dan teguhkan kita di jalan ini..

Adilah Rafi'ah Mohd. Rafee said...

sesungguhnya saya juga mencari sahabat seperti Umar al-Khattab yg mempertahankan Ka'ab bila ada sahabat menhina Ka'ab. tapi pastinya itu paling susah untuk diteroka :)

disebabkan saya tahu Allah itu ada, walaupun semua manusia lari dari saya, itu yang menguatkan saya sehari2.

Saya akan lebih kerap muhasabah diri selepas ni. inshallah...

March 9, 2011 8:23 PM

a.j. said...

adra, ayub nak menasihat pun, tak termampu sebab ayub sendiri tak arif ttg bab ini.

Rasulullah mempunyai uslub tertentu dalam penyampaian, teguran, pembetulan, respons bagi setiap kes.

Ada masanya Rasulullah menyindir, ada masanya Rasulullah tegas, ada masanya Rasulullah memaaf, ada masanya Rasulullah menahan menegur dan mencari masa sesuai dan berbagai macam cara lagi.

Rasulullah halus bukan dalam masa menegur, tapi dalam masa bermuamalat dalam hal seharian, bersama isteri, sahabat, anak2, cucu2, rakyat dan kaum kafir.

Semua Rasulullah ada uslub berbeza walaupun ada general guideline.

Macam mane kita nak kenal gaya pembetulan Rasulullah berbalik kepada berapa banyak kita tahu uslub Rasulullah handle kes tertentu.

Ayub cadangkan sebuah buku, tapi tak tahu ade dalam malay atau tidak, namanya

"Prophet's way of correcting people's mistake" written by Sheikh Salih Al-Munajjid.

Buku ni ayub beli dekat da'wah corner dekat masjid bulat pj. rm25 tapi sgt membuka mata dalam kepelbagaian cara Rasulullah melakukan teguran.

Wallahua'lam

Adilah Rafi'ah Mohd. Rafee said...

a.j: salam. terima kasih atas cadangan penyelesaian. inshallah saya akan mencari buku tu.