Saturday, April 16, 2011

Bila ditanya tentang perkahwinan...

Adilah, bile ye Adilah nak kawin? nak bernikah. Sekarang ni kan ramai orang merebut-rebut tarikh untuk melaksanakan perkahwinan. 

Haah kan. Cuti kali ni panjang. Sampai bulan 9. Kenapa tanye?

Saje. Bile Adilah nak kawin?

He he. Kalau boleh, seawal yang boleh. Mengejar salah satu ciri keberkatan seorang wanita, macam dalam hadith Rasulullah tu. 3 ciri bahawa wanita tu berkat adalah cepat pernikahannya, mudah maharnya, dan cepat pula mendapat zuriat.

Betul juga tu. Jadi bile?

Seawal yang boleh. :) Kalau boleh before habis belajar ni. Kalau lambat sangat, takut tak laku pula. Yela, nak kata cantik sangat tak la pula... hu hu kalau dah lanjut umur nanti, lagi la...

O... ada seorang ni. Dalam umur 26 tahun. Saudara la. Baik je orangnye. M... Adilah okay ke?

Oh. Ikut tarbiyah tak?

Ikut Tarbiyah tu tak tau la pula. Tapi dia sekolah agama.

O...Kalau boleh saya nak dia ditarbiyah... :)

Tapi... Kenapa kena yang ditarbiyah? Yang sekolah agama pun baik je kite rasa.

:) To keep me and my future family in track towards Allah's Paradise.

Oh. Yela kan. Fikir-fikirkan balik, memang ilmu sahaja tidak cukup untuk membentuk manusia. Sekadar belajar dan... lupa. tak ada follow-up dan orang yang betul-betul concern dan sayang dengan kita nak ingat kan kita bila kita lupa. Yela, manusia tu kan mudah lupa. :)

He he.Sebab tu tarbiyah sangat penting untuk membentuk muslim yang beriman yang mampu bergerak demi Islam. Yang mampu memikul warna-warni Dakwah tambah-tambah lagi dengan ujian dunia yang semakin sarat, dan datang dari bermacam arah. :) kalau macam tu, manala mampu nak bergerak seorang-seorang.

M... kalau dapat cari yang ditarbiyah, inshallah dia sendiri terdidik untuk sentiasa membaiki diri, dapat membetulkan keluarganya nanti. Terus, melahirkan jundullah yang unggul peribadinya dan rantaian dakwah akan berkembang.

Lagipun, kalau dalam tarbiyah, inshallah, pergaulan dengan mereka-mereka yang baik, bi'ah solehah. Inshallah tak perlu risau dengan peribadi mereka. 

Ha ha inshallah.. begitulah hendaknya.

Moga-moga Allah meletakkan yang terbaik untuk setiap dari kita. :) Eh, jom. Nak jam 2 dah ni. Kelas jap lagi dengan doctor clinical. 

Jom. :)

P/S: Skrip yang telah diolah semula oleh Bintu Rafee. :) Maaf ye. time nak exam ni ramai pula rancang-rancang nak kawin. 

6 comments:

Laut biru said...

dgn siapakah kamu berbual itu?? hehehe

a.j. said...

Ustazah Arpah Abdul Wahab kahwin dekat umur 30 tahun.

Tempoh hari, beliau datang ke bekenu bercerita ttg kekeluargaan dalam islam.

Subhanallah. baik orangnya

Unknown said...

shima: dengan ... tak penting pun. he he

A.J: Subhanallah. betapa berkat umur wanita itu bukan hanya pada nombor tapi pada ketaqwaan juga. :)

Syahidah Sith said...

salam *smbil gelak nakal*

jeng3 XP gosip plis. hahaha

inshaAllah, bile Allah kate..
"perfect timing for you"
"right person for you"
"you're ready to go!"

everything will fall to the right place kan ^_^ yg pasti kite kene sentiasa brush up diri sendiri. EVERYDAY! *huwoo* sebab sebab, bak kate janji Allah, pasangan kita tu, mcm kite kan :)

baik dpt baik
keji dpt keji.

dan yakin dgn janjiNYA, iA~

akak mmg la kot, bile exm, mood kawen mesti dtg tetibe kan -_-" nasib bek da abes exm. hi hi.

all the best! :) :)

Unknown said...

salam. Syidah, rindunya singgahan dari ukhti syahidah. :P

betul tu. Allah beri balik pada seperti apa yang presentkan pada Allah. kan Allah tu Maha Adil. Adil seadil-adilnya. Allah tu meeeemang tau segala-galanya.

Haih. orang dah abis exam ni... kitorang ada 2 exam besar lagi ne. debar semakin terasa. Lagi2 bila nanti lameeee tak de usrah sebab ramai dah tak de. huhu T.T

Nanti rajin2 la singgah dan beri kata2 semangat pada kami ye! ;)

Fathiyah Selamat said...

asslamualaikum sahabat.. sangat berguna entry yang kamu tulis ni. memang terkesan sangat pada diri ni.. tapi saye ni da juh terpesong.. dan sekarang alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang maha ESA untuk kembali cume nye sye ade sedikit masalah.. sya mahu sangat menjadi yang halal buat dia dan die pun cm tu jugak tapi family saya halang. kata mereka saya perlu enjoy dulu masa single ni. lagi pun baru kerja dan diorang tak nak saya ni terlalu awal berkahwin sedangkan saya nak sangat ade ikatan halal antara kami. cm ne ye sye nak buat?? maaf andai ulasan saya begitu panjang. saya cume mahu minta pendapat.. terima kasih...