Thursday, July 21, 2011

weh, sini ada hantu!

Perasan tak banyak betul cite hantu kat Malaysia ni. Tak kira la made in Malaysia ke, yang diimport dari luar ke. Yang filem atau bersiri. Yang komedi atau gile punye seram.

Banyak betul pilihan. Siap boleh pilih yang mana yang berkenan kat hati. 

Kalau kite sendiri memang tak leh tengok langsung kot. haha *uhuk* rasa cam seram sangat. macam tak leh tengok skrin tv. Kalau cam tu, baik tak yah tengok kan? tak tengok tv pun... hehe

Tapi... pernah tak terfikir kenapa orang tengok cite hantu dan kenapa orang buat cite hantu?

Pernah juga tanye dengan orang lain, kenapa suka tengok cite hantu?

Dia cakap, 'ntah la.... saje-saje je. rasa nak tengok. Lagipun boring tak tengok movie'. 
Adilah: (-.-") oh. macam tu plak...

Hari tu mak dengar radio ikim.fm rancangan Dr. Muhaya. Dia pernah cakap, "saya rasa nak jumpa sendiri dengan pengarah-pengarah filem sekarang ni, yang suka buat cerita-cerita yang sebegini, apa sebenarnya yang mereka nak tempah di akhirat nanti? Apa kebaikan yang mereka dapat dengan buat filem sebegini?"

Kite pun rasa, kalau lah terjumpa orang macam ni, teringin nak tanya soalan yang sama. Apa sebenarnya yang mereka nak tempah di akhirat nanti.  


Kalau tengok fatwa kebangsaan di e-fatwa.gov.my, ada keluar fatwa pasal Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya. Kire cerita hantu tu termasuk bawah 'yang berkaitan dengannya' la kan. Betulkan kalau saya salah. Katanya,

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa pameran jin, hantu dan keranda serta alam misteri adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat pada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri, jin, hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini.

Menurut fatwa ni, benda-benda macam ni bermain dengan aqidah kite. Bukanlah kite menolak perkara-perkara ghaib seperti jin dan seumpama dengannya, percaya pada benda-benda tu masuk dalam ciri-ciri orang beriman. Seperti dinukilkan dalam Kitab Cinta Allah, al-Furqan dalam surah al-Baqarah yang awal-awal:

' Alif lam mim [1] Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, [2] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfaqkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka' {Al-Baqarah:1-3}

Kalau tak percaya dengan benda ghaib, tak jadilah kite orang yang bertaqwa. Orang yang takutnya hanyalah pada Allah...

Tapi masalahnya, cerita hantu yang dipaparkan sekarang kebanyakannya dibuat dan diolah dan dipusing-pusing seolah-olah tiada benda yang lebih menakutkan lagi  melainkan hantu yang direka dan digambarkan dalam cerita tu.

Dan pastinya, bila kite takut pada benda tu, kite percaya bahawa benda-benda tu boleh mengapa-apakan kite sedangkan semua tu berlaku hanya dengan kuasa Allah. Kun fayakun. Bila Allah kata 'Jadi', maka jadilah benda tu. Kalau Allah kata tak jadi, tak jadilah benda tu. Simple concept of imaan.

Dan benda-benda rasa seram, takut, ngeri, sadis, menggeletarkan hati semuanya bermain dengan hati dan aqidah kite sebagai muslim.. Takut-takut, kita jadi bertaqwa dengan benda-benda tu lebih dari taqwa pada Allah..

Dahla aqidah kita ni mudah bergoncang dan iman hanya senipis bawang, nak 'nipiskan' lagi? Tu lagi seram kot... huhu

Jadi, lepas ni kalau nak tengok lagi cerita-cerita hantu lepas ni, fikirlah banyak kali. Kalau tak fikir lagi bagus, terus tak tengok. *senyum* Itu maknanya memang korang best. Tak fikir banyak kali untuk selamatkan aqidah korang, nak preserve keimanan korang pada Allah.

Apa lagi benda yang berharga sekarang ni di dunia penuh fitnah melainkan imaan...

 [preserve ur imaan. u will love it! ^_^]

No comments: