Showing posts with label examination. Show all posts
Showing posts with label examination. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Kerana tom yam putih... nyum3

Oh, tom yam ayam putih. Lain kali kena tempah awal kat cafe. Kan diorang dah kena tunggu kite sampai awak siap dimasak... huhu

Kadang-kadang kite tak faham dengan akhawat.
Sanggup tunggu lama sampai makanan kite siap.
Muka masing-masing dah lapar dan mengantuk sebab tak tido stay up untuk exam.
Bukannya kite tak boleh jalan balik ke mahallah.
dan tak jauh pun mahallah tu. takkan lari mahallah dikejar. ngee~

Sori Koya, Kak Bee dan Fida. ^_^ tak sengaja buat muka 'comel'...

Sejak akhir-akhir ni selalu sangat tersentuh dengan kebaikan semua orang. Tak kisah pun akhawat atau pun tak, masing-masing sangat baik. Even though tengah sibuk exam, masih ada orang yang tidak mementingkan diri sendiri dan tak kisah untuk mendahulukan orang lain. Itulah itsar namanya. Melebihkan sahabat lebih dari kepentingan diri sendiri.

Mesti kite rindu korang semua bila cuti nanti. 3 bulan itu lama yo~

*esok hari kedua First Professional Examination. yosh~ usaha habis-habisan. Walaupun soalan essay and short notes tadi agak kelakar. Genetic code? Immunoprotective functions of immunoglobulin?? oh ye. esophagus. Gelak habisla doctor-doctor tu nanti. hi hi

*All the best semua. Semoga memperoleh kemudahan dan ketenangan. Banyak-banyak istighfar.

Sunday, May 8, 2011

Seminggu lagi dan seminggu lagi :)

Seminggu sudah berlalu. Dan ada seminggu lagi berbaki. Cepat betul masa berlalu.

Professional examination bakal diduduki pada 16hb Mei hingga 18hb Mei ini. Lepas exam kali ini, inshallah dapat melangkah ke clinical year dengan mudah. Untuk melaksanakan clinical phase tu.. uh,moga-moga dibantu Allah sentiasa. :)

Diri sendiri sudah terbayangkan manisnya berada di rumah bersama keluarga dan melaksanakan projek bersama mereka seperti yang telah dirancang. Letak ke tepi dulu. he he

Ada 2 minggu lagi sebelum pulang. Rindunya!

Berkongsi dengan seorang kawan, kami masing-masing bertekad untuk membawa perubahan kepada yang lebih baik kepada keluarga kami. Lebih banyak membantu ibu, ajak keluarga solat berjemaah, mewujudkan suasana bahagia. Dan yang paling penting dapat menggembirakan ibu bapa sebaik yang boleh.

Ya Rabbi yassir!

Apa pun, first professional exam ni perlu ditempuh dengan sebaik mungkin dulu ya! he he Semoga seluruh ahli 13th Legacy dapat melepasi peperiksaan ni dengan baik. Dan SEMUA, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, dapat masuk ke Clinical Phase with flying colours!

Ya Allah, sesungguhnya Engkau melihat usaha dan doa kami, maka perkenankanlah ya Allah! Tiadalah penolong yang lebih baik melainkan Engkau. Tiadalah pendengar dan pemakbul permintaan melainkan Engkau. Lapangkanlah hati-hati kami, kuatkanlah ingatan kami. Pinjamkanlah kepada kami ilmuMu untuk kami gunakan dalam peperiksaan kami dan sepanjang hidup kami. Hanya kepadaMu kami meminta dan hanya kepadaMu kami merayu dengan sungguh-sungguh.

Selamat berjuang dengan pen dan kertas. Ma'an taufiq wan najah fil imtihan...

Sunday, April 17, 2011

What will happen to us after a week, without Allah?




I Can't Imagine That
I admit to all of you...
Allah...
I need You!
Every second!

And I Love You!

Please bear with me...