Showing posts with label happiness. Show all posts
Showing posts with label happiness. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Seperti putihnya pasir di pantai

Cantikkan bulan malam ni? :)
Aku mencari hatiku
Ternyata
Hatiku hidup bersama mereka
Hatiku gembira bersama mereka
Hatiku titip syukur bersama mereka

Melalui mereka aku menghargai diri
Menyedari hakikat kejadian diri
Aku hidup bukan selamanya
Tetapi sebentar kerana Yang Esa

Aku kaget
Dengan imanku yang semakin menurun
Namun
Ukhuwwah yang terjalin mengiringiku
Memapahku kembali pada jalanNya

Moga segala yang tersimpul
Kekal tersimpul hingga JannahNya

Kenangan di Pantai Balok. Seperti putihnya pasir di pantai, seperti lembutnya angin membadai...


Sedapnya makan ramai2 keropok ni...
Ya Allah... Kukuhkan hati-hati dan iman kami
...



Friday, March 4, 2011

Walimatul urus seterusnya :)

Dengan namaMu kami menjalani kehidupan


Tadi satu kelas terkejut. Bila nama Wan Thohirah disebut sebagai pasangan seterusnya dari kelas kami yang akan diijab kabulkan, semua seperti benar2 terpana. Wan yang comel dan pendiam tu akan menikah tak lama lagi?

Jawapannya YA!

Inshallah ramai yang dapat pergi ke majlis Wan. :D  Tarikh 2 April 2011 telah saya masukkan dalam kalendar.

Ada jalan untuk mencari pasangan untuk berkahwin sungguhpun tidak bercouple. Ada cara yang halal untuk mengenali pasangan sungguhpun tidak berhubungan secara direct. Ada caranya. Pilihannya terletak pada tangan kita.

Tarbiyah dan kawallah diri supaya tidak mengikuti hawa nafsu.

Kuatkan vertical relationship dengan Allah supaya iman sentiasa terjaga.

Carilah pasangan bila anda telah betul-betul bersedia.

Berpuasalah bila anda merasakan anda masih belum bersedia.

Gunakan orang tengah yang DIPERCAYAI untuk mencari atau menyatakan hasrat anda.

Sentiasa meminta pada Allah untuk diberikan petunjuk dan ketenangan hati.

Berjumpalah dengan keluarga pasangan.

Jagalah perhubungan supaya tidak jatuh pada tahap syubhah dan terlindung daripada maksiat.

Jangan terlalu lama bertunang.

Dan langsungkanlah pernikahan kalian pada tarikh yang dipersetujui bersama.

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik itu juga untuk perempuan yang baik. Itulah tanda keberkatan seorang wanita. Pabila dia menikah pada awal usia. Barakallah lakuma. :)

Yang pasti akan ada lagi pasangan akan diijab kabulkan pada musim cuti bulan 6 hingga bulan 8 tahun ni. Ikatan kalian yang halal itu moga2 akan kekal hingga ke syurga.

Wallahu a'lam.

p/s: Wan, terima kasih sebab percaya saya untuk tahu tentang pernikahan Wan lebih awal dari kawan2 sekelas yang lain. :)

Saturday, February 26, 2011

Apa responmu pada ujian Allah?

Dengan namaMu aku melayari kehidupan


Semalam merupakan hari kami 2nd year medic IIUM mendapat result exam untuk block 3 year 2 yang lepas. Ada yang ditakdirkan Allah lulus dalam exam, lulus dengan distinction (markah lebih daripada 80%) dan ada juga yang ramai orang kata tak bernasib baik, gagal dalam peperiksaan tu.


Pada saya semua adalah sama. Yang membezakan kita semua adalah bagaimana kita menghadapi result itu. Yang berjaya, adakah mereka akan ingat pada Allah bila berjaya? dan adakah yang gagal akan menyalahkan Allah atas kegagalan tersebut?


Perhatikan. Kita di mana? Adakah iman semakin meningkat atau sebaliknya?


Jika kita berjaya, adakah pernah terlintas dalam hati kita bahawa semua yang terjadi adalah atas usaha kita? Adakah pernah terfikir bahawa kita paling hebat walaupun exam hari tu susah dan yang gagal adalah kerana kebodohan mereka? Jika pernah, banyak2kanlah beristighfar. Banyak2kanlah bertasyahud supaya kita tak melakukan dan dijauhkan dari syirik kecil iaitu riya'.


Bagi yang gagal dan merasakan mereka dibenci Allah. Bersabarlah dengan ujian. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Halus, Maha Mendengar, Maha Melihat. Allah itu penciptamu, Allah itu pelembut hatimu. Dialah sebaik2 penentu dan perancang segalanya.


Ingatlah...

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”
 (Surah Yunus, ayat 44)


Lihatlah pada orang2 Palestin. Mereka ditindas. Ada yang dibunuh, dikelar, disembelih, dirogol. Adakah itu bermakna mereka itu dilaknat Allah dan Allah tidak mengingati mereka?

Dan Malaysia yang dikatakan aman damai dan penuh dengan 'toleransi', adakah kita dipuji dan diangkat oleh Allah dalam kalangan masyarakat dunia?


Boleh jadi mereka di Palestin itu lebih tinggi darjatnya dari kita yang di Malaysia. Dengan semangat mereka yang tinggi, kebergantungan mereka kepada Allah yang sangat utuh, kesabaran mereka yang sangat hebat. Kita di Malaysia tidak mampu untuk melawannya. Pandangan Allah kepada mereka tak pernah terputus.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.”
(Surah An-Nisa’, ayat 40)


Begitulah orang beriman menghadapi ujian dalam kehidupan. Setiap ujian yang datang sama ada baik atau buruk akan dihadapi dengan sabar dan meningkatkan imannya setiap kali.

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.”
(Surah Muhammad, ayat 31)

Berbahagialah sahabat2 yang beriman yang diuji dengan ujian dunia dan kamu bersabar ke atasnya. Berbahagialah sahabat2 yang sentiasa tersenyum dan redha dengan ujian yang diberi kerana setiap detik sahabat2 begitu, ada malaikat yang mencatatnya. setiap detik.

deviantart.com

wallahu a'lam.

Wednesday, February 23, 2011

Bungkuskan kemarahanmu itu

Dengan namaMu aku hidup...


Syirah tak marah la...
Hari ni ada seorang sahabat berkongsi rasa hatinya.


"Tadi rasa marah sangat kat seorang brother ni. Sampaikan ramai jugak yang tau saya marah. Lepas tu tidur sebab tension sangat. Tapi kan, bila bangun balik, rasa terfikir balik. Kenapalah marah sangat dengan benda yang kecil macam tu. Rasa macam tak patut je jadi macam tu sampaikan ramai tahu."


Kenapa ya kita rasa macam tu?


Rasanya bukan jarang2 bila kita marah pada orang then kita rasa marah sangat pada orang tu. Tapi, bila kita tak fikir kejap pasal benda tu, contohnya tidur, kita jadi okay lepas tu. Kenapa ya?


:)


Masa kita marah tu, siapa yang menguasai diri kita? Pastilah bukan iman kita tetapi nafsu kita. Lalu, bila nafsu memenangi hati kita, kita mungkin tak ingat pada Allah. Jadi, kalau kita tak ingat Allah, masa tulah syaitan menguasai diri kita.


Syaitan itu kan opportunist. Keluar bila nampak peluang dia nak menghasut kita dan bersembunyi kembali bila kita kembali mengingati Allah. Sebab tu bila marah, cepat2lah isti'azhah dan istighfar. Kita masa tu terlalu dikuasai emosi sehingga lupa yang mana betul dan yang mana tak. Yang mana marah kerana Allah dan yang mana kita marah sebab diri kita.


Biasanya syaitan akan menghasut kita supaya melihat perkara salah yang kita buat sebagai betul. Perasaan bahawa kita buat tu 'betul' diperbesar2kan dan dimenangkan dengan pelbagai alasan yang kadang2 tak logik dengan iman. Dan perasaan bersalah kita 'dikecilkan' dan ditutup dengan alasan2 supaya apa yang kita buat dipandang sebagai sesuatu yang betul.


Contohnya, kita marah pada seseorang. Walaupun perkara tu sebenarnya boleh diselesaikan dengan duduk berbincang dengan baik, diri kita memilih untuk meluahkan perkara tersebut dengan nada marah kepada orang sekeliling. Kata macam2 pasal orang tu sehinggakan mungkin ada orang yang tak faham dengan perangai kita jadi salah faham dengan kita. dan consequence dia jadi worse than before.


Sebab tulah Nabi kita ajar dalam hadithnya:



Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapa kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.”
(Riwayat oleh Imam Bukhari.)

Bukanlah bermakna Rasulullah menyuruh kita melenyapkan terus perasaan marah itu tetapi Rasulullah menyuruh kita supaya tidak terlalu mengikut perasaan itu. Perasaan marah adalah mustahil untuk dilenyapkan terus dari hati manusia.

Rasulullah pernah menerangkan: 
“Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”
Jadi, marah itu satu daripada sifat manusia. Dalam manusia itu pasti ada perkara2 sensitif yang boleh mencetuskan kemarahannya. Namun, tak bermakna kita perlu mengikutkan perasaan kita yang sedang marah kerana marah itu adalah api yang membakar daripada syaitan. Kawallah kemarahan anda dan salurkanlah ia pada jalan yan betul dan sebab yang betul. :)


Wallahu a'lam...

Saturday, February 19, 2011

Do'a nabi Daud dalam meraih cinta Allah


Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: 
“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin (yang dapat menghilangkan haus musafir dalam perjalanan di padang pasir).” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” 

(HR Tirmidzi 3412)


Wallahu a'lam

Thursday, February 17, 2011

mengejar yang abadi




Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai seseorang hamba, lalu memanggil Jibril kemudian berfirman: “Sesungguhnya Aku mencintai si fulan, maka cintailah ia.” Jibril lalu mencintainya. Seterusnuya Jibril memanggil pada seluruh penghuni langit lalu berkata: “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah olehmu semua si fulan itu.” Orang itupun lalu dicintai oleh para penghuni langit. Selanjutnya diletakkan penerimaan (kecintaan) itu baginya dalam hati para penghuni bumi. 


(HR MUSLIM)

Wednesday, February 16, 2011

Kecil di mata kita belum tentu kecil nilainya

Kisah ini tidak dinyatakan di mana ia berlaku dan bila...


Seorang imam yang berkhidmat di sebuah masjid sering mengedarkan risalah pada hari Juma'at. Bersama-samanya setiap kali adalah anak lelakinya. Mengedarkan risalah menjadi rutin mingguan mereka setiap kali menjelang hari Juma'at. Mereka akan ke tepi jalan dan pulang ke rumah selepas selesai mengedarkan setiap cetakan.


Lalu, pada Juma'at yang sekelian kalinya, hujan turun dan membasahi bumi. Imam itu menjadi berat hati untuk keluar untuk melakukan rutin mengedarkan risalah kerana risaukan kesihatan anaknya yang masih kecil itu.Namun, anak tersebut sangat2 berkeinginan untuk keluar mengedarkan risalah sungguhpun hari hujan. Lalu, si ayah menuruti keinginannya dan keluar ke tepi jalan dengan masing2 memakai baju hujan.


Setiap manusia yang melalui tempat mereka berjalan, mereka hulurkan risalah sehinggalah pada satu ketika, hanya sehelai risalah yang tinggal. Si anak ternampak sebuah rumah dan sangat berkeinginan untuk memberi risalah kepada ahli rumah tersebut.


Pintu diketuk dan salam diberi. Lalu yang keluar adalah seorang lelaki. 


"Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kamu". dan si anak itu berlalu meredah hujan...


Selang beberapa hari, selepas imam memberi khutbah, semua ahli masjid pun pergi dan yang tinggal adalah lelaki berkopiah. Lelaki berkopiah itu pergi berjumpa dengan imam.


"sesungguhnya saya datang ke masjid ini untuk pertama kali. Sebelum ini saya bukanlah seorang Muslim dan saya adalah sekarang.", kata lelaki berkopiah tersebut.


"Sebenarnya, saya hampir membunuh diri kerana terlalu tertekan selepas kematian isteri saya. Pada ketika saya hampir2 mahu menggantungkan diri saya, seseorang telah mengetuk pintu rumah saya. Pada ketika itu, saya berkira-kira untuk mebuka pintu. Namun, dengan kuasaNya, saya mengambil keputusan untuk membuka pintu. Pada ketika itu, seorang malaikat kecil berada di depan pintu saya dan memberikan saya risalah lalu mengatakan "sesungguhnya Allah menyayangi kamu". Pada ketika itu, saya menjadi tersentak. Dan atas sebab ayat itu, saya berada di sini dan menjadi seorang Muslim"


Imam tersebut mengetahui bahawa malaikat kecil itu adalah anaknya. dan imam itu memeluk anaknya
...

"usahlah memperkecilkan sebarang perbuatan baik tidak kira sekecil mana sekalipun, walaupun ia sekadar wajah yang gembira dan senyuman yang kamu berikan kepada saudaramu"


(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kecil di matamu, belum tentu perbuatan itu kecil di mata Allah. :)


Siapa sangka perbuatan baikmu yang mudah dan yang kamu pandang tidak memberi impak yang besar itu sebenarnya hebat di mata Allah?


Siapa sangka kata2mu bersama senyuman boleh melegakan gejolak hati manusia dari menghamburkan kemarahannya?


Siapa sangka hanya sekadar do'a mampu membebaskan manusia daripada perhambaan dunia?


Siapa sangka ucapan salammu mampu menceriakan hari seseorang?


Siapa sangka?


Allahu baseer. Allahu Lathif.



dan siapa sangka, selalu berselawat kepada Rasulullah mampu menyelamatkan kita dari azab api neraka. :) plus, menambahkan cinta kita kepada kekasih Allah.


P/S: harap belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul. :)


Wallau a'lam

Monday, February 14, 2011

All the best, Najid! :)

Salam.


Semalam melawat Najid di Darul Qur'an. Lama tak ke sana. Kalau jumpa Najid pun selalunya di rumah. Dia dah nak habis tahun pembelajaran diploma di DQ bulan ni. Jadi, sekarang dia dalam minggu peperiksaan. Ma'an najah fil imtihan, ya akhi :)


Disebabkan dia dalam minggu exam, dia sentiasa...


makan...

makan...

dan makan.. :)

Pulang ke UIA Kuantan esok. menghabiskan perjuangan yang belum selesai... T.T

Going to miss syirah's happy face..




selamat tinggal langit DQ..

p/s: do'akan saya dan kawan2 yang akan menghadapi first professional exam bulan 5 nanti. :)

Wednesday, February 9, 2011

3 blocks down, 1 more to go

salam.


exam 3rd block of year 2 dah berakhir dengan last paper, MCQ tadi. Lepas exam, masing2 dengan hal masing2. Ada yang nak balik dah, ada yang balik hujung minggu. Ada yang nak keluar selesaikan hal yang tertangguh. Ada yang nak keluar nak celebrate birthday yang tertangguh masa revision week. 


Masing2 redha dengan peperiksaan yang telah berlalu. Exam kali ni memang tough. Tapi, sebenarnya, Allah dah tulis qadak dan qadar kita dah lama dah. Kita boleh jawab ke, kita lulus ke, tak lulus ke. Nak cakap bukan2 pasal soalan dan jawapan yang kita dah bagi pun macam tak berbaloi. Sekarang ni kita mampu berdo'a dan tawakal kepada Allah.


Pergantungan pada Allah... itu yang paling penting. Overconfident dengan diri sendiri pun tak boleh, nak berburuk sangka pada Allah lagilah tak boleh. Jadi, senyum, bersyukur dengan bantuan yang Allah dah bagi selama ni dan beristighfar jika kita ada berasa riyak dengan diri sendiri atau bersangka yang bukan2 pada Allah.


Preparation for next block. block Locomotor and nervous systems. menarik!


Mesti kena tau anatomy. This is central nervous system. O, tak masuk lagi dengan ganglion sume skali :)


Physiology of CNS and locomotor. Complicated tak? :)


Of course the ma'am besar dalam CNS and locomotor. The brain...


And every nerve has its own function(s). Kalau tak de satu, mungkin tak bercakap, tak dengar, tak de sense ape2 pun. :) Jadi, hargailah diri anda ye!


The drugs yang akan work on CNS.


dan juga the disorders. congenital atau acquired. :)

Menarik tak? :D cakaplah, menariknya! dan kita akan excited nak belajar. betul tak?

Nak belajar pasal diri sendiri pun dah secomplicated ni. Apatah lagi ciptaan2 Allah yang lain. Every cell is priceless. Every system bekerja atas kuasa Allah. Kita hanya belajar how it works. kita hanya belajar why this happen. Kita belajar mechanismsnya. Tapi kita tahu kita bukan serba tahu.

Dan kita tau yang kita tak mampu nak bergerak kalau salah satunya malfunction. Kita tak mampu nak makan kalau esophagus kita tak synchronize pergerakan peristalsisnya. Kita tau kita tak mampu nak bernafas kalau bronchus kita consricted dan tak benarkan air untuk lalu. :)

Kita tahu tak bermakna kita serba tahu. Kita tahu tak bermakna kita boleh riyak. Kita tahu tak bermakna kita boleh overcome kuasa Allah. kita masih bawah kekuasaanNya. Saya selalu sedarkan diri saya dengan fakta2 ni supaya saya sedar siapa saya. Becoming a doctor bukanlah bermakna kita superior dari orang lain.

Wallahu a'lam

Tuesday, January 18, 2011

stesen kedua... apakah...

salam.


sambungan daripada stesen pertama yang sebelumnya, salimun aqidah. refer kat sini :)


oh. penatnya nak cari. dapat klu dari ayat Qur'an pasal tempat berkumpul orang islam. kitorang terus menuju ke surau. mana lagi... :)


saya la sampai last skali sebab jadi orang patah kaki. so, kaki diletakkan kayu supaya susah nak jalan. huh. memang susah pun.




"penat. penat."


"ok. pilih nak soalan nombor 1 ke, 2 atau 3."


"nombor 1!" dengan semangatnya mira cakap.


"ok. bacakan do'a qunut dan berikan maksudnya."


aduh! apakah! susahnya... kitorang dah pandang muka sesama sendiri. tula, baca tak pernah nak hayati maksud... main baca je. ngantuk plak masa solat subuh. tak pernah review solat balik. aiyo...abis kutuk diri sendiri. padan muka!


kitorang pun bacala setiap baris do'a qunut and translate dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. bahasa Arab pun malas nak belajar. dah tersasul2.



Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Kalau kita tengok maksud do'a Qunut, sangatlah best. sangatlah romantik. sangatlah penuh dengan cinta. sangatlah penuh dengan pengharapan.


Kita minta petunjuk dari Allah sepertimana Allah bagi petunjuk kat orang sebelum ni. sape orang sebelum ni? sahabat2, tabi', tabi'in, orang2 'alim. kita nak berada di jalan lurus Allah sampai kita mati sepertimana dorang yang dulu2 yang hidup kerana Allah, selamat dari api neraka dan dikurniakan syuga. kan syurga tu tujuan utama kita, kejayaan utama kita. tak nak ke?


Kita minta sejahtera dalam hidup di dunia dan di akhirat macam orang yang Allah dah sejahterakan. apa itu sejahtera? adakah kita sekarang ni sejahtera? dah damai? dah tenang? kita banyak sangat nikmat tapi tak pernah tenang. tapi orang2 yang Allah dah bagi ketenangan, mereka ni walaupun banyak ujian dan tanggungjwab, mereka sangat tenang. tak nak ke jadi macam tu?


selain kita minta sesuatu pada Allah, kita juga minta perlindungan daripada Allah. perlindungan atas perkara yang buruk Allah dah tetapkan untuk kita. kita jadi takut kalau2 kita diuji dengan sesuatu yang kita tak mampu nak handle sampaikan kita bersangka buruk pada Allah. sampaikan kita tak mampu nak bersyukur pada Allah..


memang masa tu rasa malu sangat sebab tergagap-gagap lagi nak bagi maksud do'a qunut meskipun baca setiap hari. kalau diingat balik dah brape lama dah kita solat? katakan mula solat masa solat tadika. 6 tahun. sekarang ni brape tahun? katakan 22 tahun. jadi, sekarang dah brape tahun solat? 16 tahun. 16 tahun bukanlah tempoh masa yang singkat. laaaameee sangat...


then, pernah tak terdetik hati kita nak tengok balik maksud bacaan dalam solat? pernah tak kita merasa nak hidup, berenang-renang dengan maksud bacaan dalam solat?


Kalau semua orang buat cam tu, mesti kita jadi orang yang lain sangat lepas solat. kita jadi lebih baik dari sebelumnya, kalau solat kita sendiri dah setel. kalau tak setel, sebab tu jadi macam sekarang ni. banyak alasan untuk buat kebaikan. banyak alasan untuk dakwah. banyak alasan untuk berkorban kerana Allah.


lepas ni, homework untuk tengok balik maksud bacaan dalam solat. ape yang kita maksudkan bila kita sebut perkataan2 dalam solat. ape maksudnya bila kita cakap Allah lah yang Maha besar? apa maksudnya dengan ucap alhamdulillah masa baca al-Fatihah? ape maknanya semua yang kita ucapkan.


hiduplah dengan bacaan solat. berenang-renanglah dengan rasa cinta, syukur kita pada Allah. 


sesungguhnya, tiada cinta lebih tinggi selain cinta pada Allah...



Monday, January 17, 2011

memadamkan api lilin... susah ke?


salam.


pernah tak tengok api lilin? er.. ape punye soalanla.. hehe. mestila pernah kan?. most of people mesti pernah tengok lilin yang menyala dan memadamkannya. biasanya lilin digunakan untuk menyinarkan sesuatu tempat yang gelap dan sewaktu black out. untuk menyalakannya senang dan untuk memadamkannya pun senang. 
Fuh! Padamlah ang...
tapi, pernah tak cuba memadamkan api lilin tanpa membuat apa2 physically tapi hanya dengan berdo'a?


em, pernah tak? garu kepala macam mana boleh terpadam dengan tanpa berbuat ape2? itulah bergantung kepada pergantungan kita pada Allah.. 


saya telah mengalami keadaan tersebut pada hujung minggu lepas semasa camping yang telah diadakan di Edo Agro Picnic (EAP) di Bukit Ibam. Aktiviti memadamkan api lilin tu merupakan checkpoint pertama bagi kumpulan saya dalam explorace.


"ok. sekarang akak dah nyalakan lilin. akak nak korang cuba padam api lilin ni tanpa buat ape2 pun untuk padamkan lilin kecuali dengan berdo'a dalam masa 7 minit"


kitorang bila dengar sedikit terkejut. 


"tapi kak, boleh ke padam api ni kak? kalau nak padam, mesti ada usaha dari kitorang. takkan nak padam macam tu je.."


kata saya meragui arahan akak tu.


"tak pe. boleh je padam. korang do'a je. ada je kumpulan sebelum ni padam api dia hanya dengan berdo'a. masa tu ada angin yang kuat tapi kejap je, dapat padamkan api lilin ni."


saya memandang sekeliling. macam mana angin nak datang? pokok besar plak tu kat sini. nak buat cam ne? hm... do'a jela.


kitorang pun do'ala semoga ada angin yang kuat datang untuk padamkan api lilin tu. macam2 la. baca surah Taha la, do'a pejam2 mata la. tapi masa do'a tu, kadang2 timbul. Allah nak ke tolong dan makbulkan do'a aku? dahla banyak dosa, banyak komplen, banyak cakap. banyak ape lagi. 


"ok. ada masa 2 minit lagi."


aduh, 2 minit lagi. angin kadang2 bertiup kuat tapi tak mampu nak padamkan api lilin tu. kadang2 rasa putus asa. kadang2 rasa kena usaha lagi. kadang2 rasa nak pi sana padam dengan tangan je.


"ok. masa dah tamat." masa dah abis. tapi api lilin masih tak padam lagi. kitorang dengan muka pasrah menunggu penjelasan akak tu. masa tu tak sabar nak dapat klu ke stesen seterusnya.


"ok. ape yang korang dapat dari stesen ni?"


macam2 jawapan keluar dari mulut kitorang. kuasa do'ala, yakin dengan do'ala, usaha kena adala, rasa berharap pada pertolongan Allahla. macam2.


"stesen ni pasal ape? salimun aqidah kan? aqidah yang sejahtera. apa yang ada depan korang hanyalah sebatang lilin yang menyala. nampak senang kan? cumanya nak minta korang padamkan api lilin tu dengan berdo'a kepada Allah. memang kita boleh padam dengan tangan kita tapi setakat mana kita bergantung harap kepada Allah? 20%? 50%? 80%? sepatutnya 100%. betul tak?


cuba bayangkan masa keadaan kita tak boleh nak buat ape2 nak selamatkan diri selain dari berdo'a. contohnya, dalam keadaan kita seorang diri di hutan. kita berjalan, berjalan. then, tiba2 kita jumpa dengan seekor harimau. masa tu kita tak leh nak buat ape2 selain daripada berdo'a kepada Allah supaya Allah jauhkan harimau tu dari kita, supaya harimau tu tak makan kita. masa tu, berapa tinggi pengharapan kita pada Allah? berapa banyak?"


kitorang senyap. kan dah kena sebijik. aduh!


"pernah terjadi masa zaman Tok Kenali. masa tu hujan lebat sangat. pastu, Tok Kenali tu datang ke masjid dengan basikal dalam keadaan yang kering! tak de setitik air pun. cuba bayangkan. sedangkan sifat air tu menbasahkan. betul tak?


Lalu orang tanye dengan Tok Kenali, "macam mana tok boleh datang ke masjid dalam keadaan kering sedangkan masa ni hujan?" Tok tu pun jawab, " sesungguhnya aku berdo'a dan berharap pada Allah supaya hujan tak membasahi aku".
Hujan yang membasahkan...
betapa habatnya orang 'alim pada masa dulu. sekarang ni nak minta padamkan api lilin ni tak terpadam pun. maknanya pengharapan dan pergantungan kita pada Allah tu masih belum sepenuhnya. masih belum sempurna. kita masih ragu2 dengan bantuan Allah"


aduh! sebijik lagi.


bila fikir balik, maksudnya masalah aqidah kita ni pun tak setel lagi. macam mana bantuan Allah nak datang? macam mana Allah nak tolong orang islam kalau kita sendiri ragu2 dengan kuasaNya? fikir sedalam2nya...


kadang2 hairan tak dengar kisah sahabat yang sanggup tinggalkan kekayaan, keluarga hanya semata2 untuk berhijrah ke Madinah?


hairan tak dengar kisah Abu Bakar as-Sidq yang sanggup membelanjakan seluruh hartanya. diulang, seluruh hartanya ke jalan Allah dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul untuk keluarganya?


hairan tak dengar kisah sahabat2 yang berani ke medan jihad semata2 untuk mati syahid?


hairan tak dengar kisah Ali bin Abi Talib yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk tidur di tempat tidur Rasulullah pada usia yang sangat muda semasa penghijrahan Rasulullah?


hairankah anda mendengar kisah Bilal bin Rabbah yang sanggup disiksa dengan kepanasan padang pasir dan diletakkan batu besar di atasnya hanya kerana mentauhidkan Allah?


Hairankah anda? hairankah?


itulah kekuatan aqidah. itulah kekuatan iman. itulah keislaman yang sebenar-benarnya. mereka itu bergantung sepenuhnya kepada Allah. 


itulah aqidah yang sempurna. itulah ciri2 mereka yang dimasukkan ke dalam syurga Allah. 


belajarlah dari mereka yang dah tak de kerana kita dah tahu kesudahan mereka.


dalam checkpoint pertama tu, banyak sangat benda yang dah belajar. rupa2nya rasa yakin pada bantuan Allah tu tak cukup sempurna lagi. rupa2nya masih lemah pegangan saya pada tali Allah. rasa malu sangat.


ape2 pun, sama kita koreksi diri. cek mana2 yang kurang. sebab dalam dunia yang sementara ni tak de lagi tempat pergantungan yang terbaik lagi selain kepada Allah...
Walking in clouds to find You