entah kenapa susah nak tido malam ni... uhuk. adik2 semua dah tido tapi mata sendiri susah nak lelap...
Banyak yang tertimbul, terfikir di benak fikiran sekarang ni... salah satunya pasal entri ni... rasa serba salah nak tulis tapi ni la agaknya salah satu ubat untuk menghilangkan gelisah, iaitu meluahkan.
Kalau kite luahkan dengan percakapan, pastilah jadi tak best. Tapi dengan menulis, rasa ok sikit. kot. moga2...
Selalu terfikir, kenapa lah ada orang komplen pasal diri sendiri. Cakap terlalu lantanglah, tak kontrol nadalah. macam2. Tapi, ini melibatkan bila diri sendiri nak tegur orang lain. atau bagi tazkirah.
Of course, ada orang rasa ok je. Dan ada orang terasa dengan teguran, dan ada mungkin tak ambil kisah pun. hehe
Pastu datanglah teguran dari sahabat mengatakan kite bercakap ada orang terasa. Dalan hati kite cakap, baguslah. Maksudnya dia merasakan dirinya rendah dan berdosa, lalu dia terasa. dan itu tandanya ada iman.
Jadi, adakah di situ salah kite yang menegur, kalau dirinya terasa dengan teguran dan dirinya masih ada iman? Bukankah patut dalam pada masa itu, dia merasa syukur, kerana dirinya masih ada iman?
Pastu, kite pernah terfikir balik bila diri sendiri ditegur sahabat. Apa sebenarnya kite rasa dalam hati?
Sakit. Memang sakit. Sakit sangat. Kenapa aku tidak dibela? Kenapa?
Masa tu teringat cerita sahabat bila satu perang yang tidak diikuti oleh Ka'ab bin Malik. Masa dalam perjalanan untuk berperang, ada sahabat yang menghina Ka'ab yang tidak mengikuti perang (masa tu Ka'ab tak ada di situ). Dalam pada masa tu, bangunlah 'Umar bin al-Khattab. Lalu, 'Umar bangkit dan membela Ka'ab sungguhpun Ka'ab tidak mengikuti perang tanpa alasan yang kukuh. 'Umar berkata bahawa sanggup sahabat itu menghina sahabat sendiri.
Subhanallah! Kite terdiam dengan kisah tersebut. Hebatnya sahabat dulu. Mungkin inilah ukhuwwah fillah... Maruah sahabat sendiri dijaga.
Dan itulah prinsip yang kite pegang sehingga sekarang. Sungguhpun sahabat itu tak baik, sungguhpun sahabat itu menyakitkan hati, sungguhpun sahabat itu berdosa, maruah dia tetap perlu dipertahankan.
Betullah, kite semua tak mampu nak judge orang lain.
Sekarang ni, kite nak berterima kasih dengan mana2 sahabat yang pernah membela maruah kite dalam pada kite tak sedar pun. Of course, bila korang (Sahabat yang baik) membela maruah sahabat korang, dia tak tahu pun. Tapi Allah tahu. Allah tu Maha Tahu hinggalah ucapan-ucapan hati korang.
Bile korang terasa dengan teguran orang lain, bersyukurlah korang masih ada iman. And, kite tak mampu nak puaskan hati semua orang. Betul tak? dan kite bukan malaikat. Kite manusia, hanyalah manusia yang banyak dosa dan kelemahan.
*nape tak ngantuk lagi ni... huhu*
Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts
Tuesday, July 26, 2011
Saturday, May 14, 2011
Pabila kite mencintai kamu...
Kadang kita tak sedar kan sahabat yang sentiasa bersama kita, gelak ketawa dengan kita, menangis bersama-sama, sampaikan kita terkadang tersakitkan hati dia... ngee~
Tapi, bila mereka terasa, dan kita meminta maaf, dengan mudah sahaja mereka memaafkan kita. Mudah sahaja tersenyum pabila kita tersedar dari kesalahan kita...
Luasnya hati mereka menerima diri kita seadanya sungguhpun kita banyak sangat kelemahan. Mudah je nak terhibur dengan keletah kita yang ntah apa2. he he
Bila fikir balik, rupa-rupanya kite telah jatuh cinta dengan diri kalian. Perlahan-lahan kite merindui pertemuan kita bersama walaupun kite tak cakap pun. Pertemuan walau sebentar sangat bermakna bagi melepaskan rindu. ngee~
Sori sangat2 sebab bila nak exam ni masa sangat suntuk dengan belajar, muhasabah, ibadah, dan tidur. Alasan2.
Jadi, nak bagitau kat sini, kite sayang sangat kat korang~ Jom kita berjaya bersama-sama! Ma'an taufiq wannajah.. fi Professional exam...
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahunya"
- (HR Abu Dawud dan al-Tirmidzi)

Saturday, April 16, 2011
Bila ditanya tentang perkahwinan...
Adilah, bile ye Adilah nak kawin? nak bernikah. Sekarang ni kan ramai orang merebut-rebut tarikh untuk melaksanakan perkahwinan.
Haah kan. Cuti kali ni panjang. Sampai bulan 9. Kenapa tanye?
Saje. Bile Adilah nak kawin?
He he. Kalau boleh, seawal yang boleh. Mengejar salah satu ciri keberkatan seorang wanita, macam dalam hadith Rasulullah tu. 3 ciri bahawa wanita tu berkat adalah cepat pernikahannya, mudah maharnya, dan cepat pula mendapat zuriat.
Betul juga tu. Jadi bile?
Seawal yang boleh. :) Kalau boleh before habis belajar ni. Kalau lambat sangat, takut tak laku pula. Yela, nak kata cantik sangat tak la pula... hu hu kalau dah lanjut umur nanti, lagi la...
O... ada seorang ni. Dalam umur 26 tahun. Saudara la. Baik je orangnye. M... Adilah okay ke?
Oh. Ikut tarbiyah tak?
Ikut Tarbiyah tu tak tau la pula. Tapi dia sekolah agama.
O...Kalau boleh saya nak dia ditarbiyah... :)
Tapi... Kenapa kena yang ditarbiyah? Yang sekolah agama pun baik je kite rasa.
:) To keep me and my future family in track towards Allah's Paradise.
Oh. Yela kan. Fikir-fikirkan balik, memang ilmu sahaja tidak cukup untuk membentuk manusia. Sekadar belajar dan... lupa. tak ada follow-up dan orang yang betul-betul concern dan sayang dengan kita nak ingat kan kita bila kita lupa. Yela, manusia tu kan mudah lupa. :)
He he.Sebab tu tarbiyah sangat penting untuk membentuk muslim yang beriman yang mampu bergerak demi Islam. Yang mampu memikul warna-warni Dakwah tambah-tambah lagi dengan ujian dunia yang semakin sarat, dan datang dari bermacam arah. :) kalau macam tu, manala mampu nak bergerak seorang-seorang.
M... kalau dapat cari yang ditarbiyah, inshallah dia sendiri terdidik untuk sentiasa membaiki diri, dapat membetulkan keluarganya nanti. Terus, melahirkan jundullah yang unggul peribadinya dan rantaian dakwah akan berkembang.
Lagipun, kalau dalam tarbiyah, inshallah, pergaulan dengan mereka-mereka yang baik, bi'ah solehah. Inshallah tak perlu risau dengan peribadi mereka.
Ha ha inshallah.. begitulah hendaknya.
Moga-moga Allah meletakkan yang terbaik untuk setiap dari kita. :) Eh, jom. Nak jam 2 dah ni. Kelas jap lagi dengan doctor clinical.
Jom. :)
P/S: Skrip yang telah diolah semula oleh Bintu Rafee. :) Maaf ye. time nak exam ni ramai pula rancang-rancang nak kawin.
Seperti putihnya pasir di pantai
Ternyata
Hatiku hidup bersama mereka
Hatiku gembira bersama mereka
Hatiku titip syukur bersama mereka
Melalui mereka aku menghargai diri
Menyedari hakikat kejadian diri
Aku hidup bukan selamanya
Tetapi sebentar kerana Yang Esa
Aku kaget
Dengan imanku yang semakin menurun
Namun
Ukhuwwah yang terjalin mengiringiku
Memapahku kembali pada jalanNya
Moga segala yang tersimpul
Kekal tersimpul hingga JannahNya
Kenangan di Pantai Balok. Seperti putihnya pasir di pantai, seperti lembutnya angin membadai...
| Sedapnya makan ramai2 keropok ni... |
| Ya Allah... Kukuhkan hati-hati dan iman kami |
...
Thursday, March 17, 2011
Jika jalan ini mudah
Andai perjuangan ini mudah...
Pasti ramai menyertainya
Andai perjuangan ini singkat...
Pasti ramai yang istiqamah
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia...
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi...
Hakikat perjuangan bukan begitu...
Turun naiknya...
Sakit pedihnya...
Umpama kemanisan yang tak terhingga...
Andai rebah...
Bangkitlah semula!
Andai terluka...
Ingatlah janjiNya...
Perjuangan ini pahit...
Kerana syurga itu manis
Biar hilang teman dalam perjuangan...
Jangan hilang teman seperjuangan...
Tazkirah dari ukhti Syahidah
topics
akhawat,
hubb Allah,
Incidents in life,
tarbiyyah,
ukhuwwah
Sunday, December 19, 2010
maafkan aku sahabat
semakin lama dalam hidup, bergaul dengan kawan-kawan yang baik, berada dalam tarbiyah, aku belajar untuk melihat kebaikan orang. aku belajar mencari kebaikan orang. aku belajar tentang manusia. aku belajar manusia itu pelbagai. dan aku belajar setiap orang ada perbezaan.
betullah. kalau nak kawan dengan orang, cari persamaan dengan dia dan terima perbezaan yang kita ada. aku belajar itu. dan itu dipanggil berlapang dada. berusaha untuk bersenang hati dengan sahabat kita. dengan siapa sahaja kita berukhuwwah.
itu adalah tingkatan paling bawah dalam berukhuwwah islamiah.
paling tinggi itulah ithar. atau melebihkan keperluan sahabat kita lebih daripada keperluan kita. tentang tu, aku malu kerana banyak perkara yang aku melebihkan diriku daripada sahabatku.
maafkan aku sahabat.
mungkin kau tak sedar detik-detik tu. tapi aku ingat. terlalu banyak hakmu yang tak aku tunaikan. aku kurang meluangkan masa untukmu, wangku, perhatianku, ingatanku, doaku...
maafkan aku sahabat
terimalah aku kembali kerna kita sama-sama nak menuju syurgaNya..

Subscribe to:
Posts (Atom)