Showing posts with label tauhid. Show all posts
Showing posts with label tauhid. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Kegilaan apakah ini?

Dengan namaMu kami mendapat nikmat...


Tadi dapat email dari kakak usrah yang di forward dari kawannya pasal kegilaan mereka yang 'berani' atau kurang ajar melawan kekuasaan Allah.

Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS 55:55)


Semoga kita mengambil pengajaran atas kebodohan makhlukNya yang tidak pandai bersyukur dengan nikmatNya.


As salam..............Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di’lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila.
Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ya Allah, jauhkanlah diri kami daripada melakukan perkara2 yang dimurkaiMu. 
Hidupkanlah kami dengan redhaMu dan rahmatMu yang tak pernah putus2. 
Tetapkanlah kami hingga akhir hayat kami dengan kesudahan yang baik. 
Ampunkanlah kami atas dosa dan kelalaian kami. Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dan dhaif tanpa kerahmatan daripadaMu. Ameen...


Wallahu a'lam...

Saturday, February 19, 2011

Do'a nabi Daud dalam meraih cinta Allah


Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: 
“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin (yang dapat menghilangkan haus musafir dalam perjalanan di padang pasir).” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” 

(HR Tirmidzi 3412)


Wallahu a'lam

114


Berlindunglah dengan nama Rabbmu. Berlindunglah dengan nama Malikmu. Berlindunglah dengan nama Ilahmu.

Dialah Rabb, Dialah Malik dan Dialah Ilah. Allah.

Dari siapakah perlu kita berlindung? 

Itulah syaitan yang sentiasa menunggu peluang bila kita lalai mengingati Allah lalu membisikkan kejahatan pada jiwa kita melalui senjata2nya yang kita selalu tak perasan sama ada jin atau manusia.

Selalu berlaku dan kita sendiri tak perasan apabila selalu termakan dengan ajakan teman2 yang jahat sehingga kita sendiri terjebak dengan dosa. Itulah syaitan bertopengkan manusia.

Allah itu Maha Pengasih, Maha Lembut dan Maha Adil dengan membekalkan kita dengan do'a dan zikir untuk berlindung dari bisikan2 syaitan. Tidaklah Allah itu kejam melainkan Dia sangat adil kerana membekalkan hamba2nya yang beriman dengan perlindungan. Allah melarang syaitan daripada menggoda hamba2nya beriman dan yang sentiasa mengingatiNya.

Namun, jika kita membiarkan diri kita terdedah tanpa perlindungan, pastinya itu menjadi peluang keemasan kepada syaitan yang opportunist.

Jika kita tidak menjadikan Allah sebagai pelindung, maka syaitan itu sendiri akan menjadi 'pelindung' kita lalu berlepas tangan dengan di akhirat nanti apabila dipersoalkan.

(pujukan orang2 munafik itu) seperti (pujukan) syaitan ketika ia berkata kepada manusia, 'Kafirlah kamu!' Kemudian ketika manusia itu menjadi kafir ia berkata, 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam.
(QS 59:16)

 Wallahu a'lam.

Saturday, January 29, 2011

Dialah menggegarkan dunia dengan penulisan

Salam.


Pernah dengar pasal Syed Qutb (SQ)? kalau pernah dengar, baguslah. kalau tak pernah lagi, percayalah cakap saya, beliau sangat popular dalam kalangan Muslim atau non-Muslim.


Siapakah SQ?


Semasa di penjara...
SQ dilahirkan di Asyut, Mesir pada 1906 dalam keluarga yang 'alim. Pada usia 10 tahun, SQ telah menghafaz al-Qur'an di mana hal ini merupakan kebiasaan bagi orang Mesir sehingga hari ini. Sejak kecil, SQ bercita-cita untuk menjadi seorang Qari. 


Kemudian, SQ memasuki Darul 'Ulum, Mesir untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang sastera. Sama badge dengan SQ ialah Imam asy-Syahid Hassan al-Banna (ISHAB). ISHAB lahir pada tahun yang sama dengan SQ. Pada masa ini, SQ tidak mengenali siapa ISHAB. 


Semasa SQ mengambil sastera, SQ menjadi sangat pelik, bersama dengan dunianya sendiri. SQ sangat hebat menulis dan menulis dalam sebuah majalah dan mengajak orang berbogel. Pada masa itu, ada ikhwan yang ingin memprotes tulisan tersebut tapi ISHAB tidak membenarkan.Ini kerana protes seperti itu hanya akan meningkatkan populariti tentang perkara tersebut. ISHAB mengatakan bahawa SQ mempunyai potensi yang boleh digunakan dalam islam iaitu kebolehannya dalam penulisan. Namun, jika bakat itu tidak dilorongkan ke jalan yang betul, pastilah ia jadi tidak baik.


Pada tahun 1949, SQ dihantar ke US untuk study tentang study style barat disebabkan kepandaiannya dalam bidang pendidikan. Semasa SQ di US, SQ menulis kepada Taufiq Hakim, gurunya bahawa US mempunyai segalanya kecuali ruh.


Pada tahun yang sama, di New York SQ dimasukkan ke hospital. Semasa SQ di hospital, SQ melihat orang2 yahudi sangat gembira disebabkan kematian seseorang. SQ menjadi pelik, apakah yang menyebabkan mereka sangat gembira. Lalu, SQ bertanya kepada orang di situ, siapakah orangnya. Orang tersebut mengatakan Hassan al-Banna. SQ menjadi pelik lagi bagaimana nama ISHAB boleh sampai ke US sedangkan Mesir dan US itu sangatlah jauh. (Sila refer peta). Bahkan ISHAB itu sebadge dengannya. Apa yang specialnya ISHAB?


Sepulangnya SQ, SQ terus meletakkan jawatannya dalam kerajaan di mana SQ hampir menjadi menteri pendidikan. SQ mendalami fikrah ISHAB dan join Ikhwanul Muslimin (IM) dan menyambung gagasan ISHAB.


ISHAB telah meletakkan batu asas dalam masa yang sangat singkat sepanjang hidupnya iaitu lebih kurang 20 tahun perjuangannya. Namun, itu tidak mematikan dakwah. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengatur Segalanya. Allah memberi hidayah kepada Syed Qutb untuk meneruskan gagasan IM dengan penulisannya yang mantap. 


Disebabkan SQ selalu keluar masuk penjara, SQ tidak sempat untuk berkahwin.


...


Pada tahun 1952, SQ mula menulis Fi Zilalil Qur'an (FZQ) dan ada sebuah syarikat berminat untuk menerbitkan. Pada Tahun 1952 juga, revolusi mesir berlaku...


Kita flashback ke zaman bila Khilafah Islamiyah jatuh. Bila Khilafah Islamiyah jatuh, Mesir diperintah oleh keluarga Pasha, keluarga diraja di Mesir di mana pemerintahan mereka ni tak best. Lalu, Jamal Abdul Nasser (JAN) meminta IM sama2 membantunya untuk membuat revolusi. JAN sendiri telah berjanji untuk menghidupkan kembali Islam di Mesir. dan revolusi berjaya dilakukan.


Namun, janji tinggal janji. taghut JAN telah menyumbat masuk lebih kurang 20,000 orang ahli IM termasuk SQ atas tuduhan ingin membunuh JAN pada tahun 1954. Tuduhan yang melampau! fitnah belaka. Atas sebab JAN ingin memberhentikan usaha dakwah Islam, IM telah disumbat ke penjara. 


JAN si taghut sendiri telah pergi ke Moscow untuk memberi wala' atau janji setia kepada Soviet. JAN telah berjanji untuk menjadikan Mesir negara Sosialis.


Setelah 2 tahun SQ masuk penjara, syarikat yang bersetuju untuk menerbitkan FZQ menjadi marah kerana tulisan SQ tak siap. Lalu kes ini masuk mahkamah dan syarikat penerbitan itu memenangi kes dan SQ boleh menulis FZQ di dalam penjara.


Namun, rujukan sangatlah limited. bayangkan di dalam penjara. SQ hanya mengharapkan ilham daripada Allah dan ingatannya yang kuat tentang tafsir Ibn Kathir dan lain2. Apabila SQ tidak dapat ilham, SQ akan solat sunat dan tidur. Kadang kala, SQ mendapat rujukan daripada kawan penjaranya yang juga IM yang mendapat ilham daripada mimpi.


FZQ ditulis pada tahun 1954-1959.


Selepas SQ keluar penjara, FZQ telah diedit oleh syarikat. Hal ini membuatkan SQ marah dan SQ telah revise kembali FZQ namun hanya sempat sampai surah Ibrahim karana pada tahun 1964, SQ telah masuk ke penjara semula dan digantung pada 1966.


Fi Zilalil Qur'an


FZQ sendiri ditulis dalam bahasa yang tersirat dan kabur. Hanya mereka yang hidup bersama SQ atau hidup seperti SQ akan faham FZQ. apa yang SQ nak.


Lalu, apabila ada orang yang salah tafsir, timbullah golongan extremists seperti Jemaah Islamiyah di Mesir, bin Laden, Gerakan Jihad Mesir (GJM) di mana mereka menjadi FZQ sebagai bahan fikrah mereka. 


Contohnya, GJM yang diketuai Khalid Islambouli telah membunuh Anwar Sadat, pengganti JAN. JAN telah mati pada 1971. Apabila didedahkan sebab pembunuhan, GJM banyak membaca buku2 SQ. Ini menimbulkan fitnah pada SQ kerana extremists sendiri salah faham dengan apa yang SQ cuba sampaikan.


Petunjuk sepanjang jalan


Sq telah dipenjarakan pada 1964 kerana buku Petunjuk Sepanjang Jalan. SQ telah 'diadili' di mahkamah tentera di mana pastilah pesalah itu didapati bersalah walaupun mereka tidak. 


Semasa SQ tunggu digantung, JAN telah berjumpa dengan Hamidah Qutb memberi offer supaya SQ tulis surat ampun. Namun, apa jawapan SQ?


"Jari telunjuk yang diangkat ketika tasyahud ini tidak sekali2 akan menulis kata2 ampun kepada taghut"
Dr. Hassan Farahat menyatakan, "Tafsir FZQ telah menjadi begitu terkenal sebab SQ telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali. Kali pertama is ditulis dengan tinta orang 'alim dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada"


Semasa SQ hendak digantung, seorang imam datang kepadanya untuk mengajarkan syahadah. Lalu SQ mengatakan, "kerana menegakkan syahadah inilah aku berada di sini dan akan digantung."


Semoga Allah merahmati segala usaha SQ.


P/s: benarlah hadith Rasulullah, "Manusia itu seperti logam. Baiknya dia semasa jahiliyah, baiklah juga semasa islam, jika dia faham (islam)"


Sungguhpun SQ tidak pandai berkata-kata atau berucap, tetapi SQ telah menggunakan kelebihannya dalam bidang penulisan untuk membangunkan islam dan menyambung gagasan IM yang telah diasaskan oleh ISHAB.


Jadi kita? bagaimana dengan kita? Belum sampai masakah untuk kita beriman dan membantu jalan dakwah? Tidak sama mereka yang duduk sahaja dengan mereka yang bergerak demi islam. Pilihan di tangan anda...


Point to ponder:
IM mula dipenjara beramai2 semasa pemerintahan JAN pada tahun 1954. Dan mereka telah dibebaskan pada 1972 semasa pemerintahan Anwar Sadat (AS). AS konon2nya ingin menunjukkan sikap baik berbanding pemerintah dahulu, JAN (Politik sikit) dengan membebaskan baki IM di penjara. AS ingat tiada lagi IM selepas ramai IM telah diseksa dan dibunuh di penjara. Patutnya dah tak de orang ikut usrah selepas 20 tahun. Kalau kita fikir logik...


Pada tahun 1973, IM telah menang persatuan pelajar seluruh Mesir. Sejak dari itu, universiti, sekolah, pusat perguruan, professional, semua persatuan telah dikuasai IM kecuali 2. satu, persatuan penari gelek dan satu lagi saya tak ingat.


Ada orang persoalkan, kenapa IM tak pi bunuh je pemerintah Mesir dan naik sebagai pemerintah. Tapi apa pendirian IM?


IM boleh je bunuh pemimpin yang naik tapi itu bukan kerja IM. Yang penting ialah tarbiyah individu. Mereka sendiri memiliki bom yang boleh meletupkan Kaherah tapi bukan itu soalnya sekarang. Soalnya adalah... tarbiyah. Islam perlu sampai pada semua.


Wallahu a'lam. 


P/s/s: ada kurang tambahkan ye. tambahkan semangat pun boleh! Allahu Akbar!

Wednesday, January 26, 2011

sejam setengah bersama Lauren Booth

salam.


pernah tak dengar pasal Lauren Booth? ni berita Lauren Booth di bernama


Tadi jam 3 petang lebih kurang beliau bagi ucapan kat UIA Gombak. Kat kuantan ni dapat tengok video conference pun jadilah... :) Talk tu entitled "Islamic perspective through Western Women".  Talk tu sekejap je tapi meninggalkan kesan yang baik pada ramai orang. Saya masuk lambat lebih kurang setengah jam sebab ada PBL. rasa macam banyak benda dah saya tertinggal. 


Macam2 pengalaman beliau diselitkan sama ada di Lubnan, Iran, Palestin dan kebanyakan negara middle east dan termasuk juga tentang kehidupan beliau di UK. Beliau sentiasa menceritakan tanggapan kebanyakan orang non-Muslim kepada Muslim adalah sesuatu yang selalu diselewengkan oleh media dan beliau dulu juga sentiasa cuba mencari kesalahan2 Muslim untuk beliau tulis dalam jurnal beliau.


contohnya semasa beliau bertemu dengan orang atasan Hizbullah, beliau merasakan beliau akan bertemu dengan seorang yang sangat kasar dan sombong. sepanjang perbualan dengan orang atasan Hizbullah itu, ada sorang translator perempuan. kemudian, Lauren sengaja memberhentikan percakapan Syeikh untuk melihat reaksi beliau dengan berkata "What?". translator tu terus mengangkat tangan menunjukkan sign Stop kepada syeikh. ternyata, Syeikh terus berhenti dan tunduk dan melihat tangannya. Lauren terkejut dan anggapan Lauren tentang kekasaran Muslim ternyata tak betul.


Beliau menceritakan semasa beliau baru2 memeluk agama Islam, anak2 beliau bertanyakan 3 soalan. "Adakah mak akan tetap menjadi mak?" Lauren menjawab "ya." "Adakah mak akan berhenti minum alkohol?" Lauren menjawab "ya." "Adakah mak akan menunjukkan buah dada mak di khalayak ramai?" Lauren menjawab, "apa? apa maksud kamu?". Anaknya menjawab, "sebab mak suka memakai pakaian yang terbuka di hadapan". Lauren pun jawab, "saya takkan pakai lagi macam tu di khalayak ramai". Then, anak2 dia cakap,"yeay! kami suka Islam!". dan Lauren tersenyum.


Beliau jugak cerita kalau beliau jalan di UK, lelaki apabila berjalan akan tend untuk melanggar beliau sedangkan beliau seorang perempuan. tetapi masa beliau di Lubnan, lelaki2 di sana memberi jalan kepada wanita.


ternyata maruah wanita itu terjaga di negara2 islam kebanyakannya. kebanyakan lelaki di barat menganggap wanita sebagai second class lebih2 lagi di tempat kerja. kalau perempuan nak compete dengan lelaki, mereka perlu menjadi seperti lelaki. mereka perlu menjadi kasar dan itulah yang berlaku kepada kebanyakan wanita yang menjadi orang atasan. sedangkan di dalam islam, sifat wanita itu dijaga dan preserved. sifat malu, sensitif dan mudah menangis tidak perlu dibuang dalam diri wanita.


seronoknya, apabila menjadi seorang muslimah yang berhijab, beliau merasakan orang memelihat pada wajah, mendengar apa yang beliau cakap, dan mengambil mesej yang beliau cuba sampaikan berbanding sebelum ni di mana orang judge dari segi rambut, lipstik dan breast seseorang.


di barat juga, mereka mengaitkan liberty dengan nudity. seseorang itu boleh memakai as little cloth as possible and that is called liberty. sedangkan di dalam islam, maruah seseorang itu terjaga dengan tubuh ditutup sebaik mungkin. 


ada ukhti yang bertanya, bagaimana dengan muslimah yang terlalu tertekan untuk mengikut fesyen2 terkini? Beliau menjawab jika mereka terlalu tertekan, janganlah baca majalah yang sebegitu. kalau dengan membaca majalah itu membuat anda tertekan, jangan baca. just ignore it. 


beliau juga mengatakan, jangan menonton cerita Friends. beliau tergelak. di dalam cerita tersebut, mereka hanya menekankan hubungan lelaki perempuan yang penuh dengan sexual desire. Beliau mengatakan bahawa beliau seronok berada di masjid di mana lelaki di kalangan lelaki dan perempuan bersama kaum perempuan. beliau merasakan keselesaan dan mendapat ketenangan apabila berada dalam kalangan perempuan.


semasa beliau menceritakan perasaan beliau apabila menerima islam itu membuatkan saya menangis. betapa sebelum ni beliau sangat menolak perasaan ketenangan yang beliau rasa bila berada di dalam masjid-masjid. selama beberapa tahun merantau ke negara2 islam, beliau bersungguh-sungguh untuk menulis tentang keburukan islam dan pemimpin-pemimpinnya. namun, ternyata hidayah Allah itu sangat halus dan manis. siapa sahaja yang Dia kehendaki, pasti akan merasakannya. dan seolah2 perasaan beliau dapat saya rasai...


beliau juga mengatakan, selama mana kita berhijab dan bergelar muslim, kita membawa nama islam. maka, tersenyumlah bila berjumpa orang sekeliling. tunjukkanlah bahawa anda gembira dengan kehidupan anda sebagai seorang muslim. bagilah kepada mereka mesej yang baik bahawa keluarga muslim memberi kebahagiaan kepada anda. sebab dengan berwajah masam, orang akan merasakan menjadi seorang muslim itu sesuatu yang mengerikan.


ternyata hari ini sangat bermakna. beliau kini memakai hijab yang sempurna dan tidak menampakkan jambul atau sekadar memaki selendang. harga untuk beliau masukkan kepada islam itu sangat mahal dan lama. dan sebab itu, beliau sangat menghargai islam. bandingkan dengan diri kita. apa yang kita dah buat untuk menunjukkan kita muslim? apakah kontribusi yang telah kita lakukan? sama2 kita fikirkan :)


wallahu a'lam.


p/s: nak tanye soalan pada beliau tapi orang UIA gombak dah sapu semua peluang. huhu :)


p/s/s: alamak, saya tak jumpa gambar beliau with proper hijab dalam internet... sori..
added 30th January 2011 from aqsasyarif.org.my :)
p/s/s/s: thank you shira sebab ajak saya and kawan2 pi tengok video conference tu. sangat bermakna... sayang shira!


Surat beliau kepada Tony Blair. dan Tony Blair masih belum jawab lagi :)

Monday, January 17, 2011

memadamkan api lilin... susah ke?


salam.


pernah tak tengok api lilin? er.. ape punye soalanla.. hehe. mestila pernah kan?. most of people mesti pernah tengok lilin yang menyala dan memadamkannya. biasanya lilin digunakan untuk menyinarkan sesuatu tempat yang gelap dan sewaktu black out. untuk menyalakannya senang dan untuk memadamkannya pun senang. 
Fuh! Padamlah ang...
tapi, pernah tak cuba memadamkan api lilin tanpa membuat apa2 physically tapi hanya dengan berdo'a?


em, pernah tak? garu kepala macam mana boleh terpadam dengan tanpa berbuat ape2? itulah bergantung kepada pergantungan kita pada Allah.. 


saya telah mengalami keadaan tersebut pada hujung minggu lepas semasa camping yang telah diadakan di Edo Agro Picnic (EAP) di Bukit Ibam. Aktiviti memadamkan api lilin tu merupakan checkpoint pertama bagi kumpulan saya dalam explorace.


"ok. sekarang akak dah nyalakan lilin. akak nak korang cuba padam api lilin ni tanpa buat ape2 pun untuk padamkan lilin kecuali dengan berdo'a dalam masa 7 minit"


kitorang bila dengar sedikit terkejut. 


"tapi kak, boleh ke padam api ni kak? kalau nak padam, mesti ada usaha dari kitorang. takkan nak padam macam tu je.."


kata saya meragui arahan akak tu.


"tak pe. boleh je padam. korang do'a je. ada je kumpulan sebelum ni padam api dia hanya dengan berdo'a. masa tu ada angin yang kuat tapi kejap je, dapat padamkan api lilin ni."


saya memandang sekeliling. macam mana angin nak datang? pokok besar plak tu kat sini. nak buat cam ne? hm... do'a jela.


kitorang pun do'ala semoga ada angin yang kuat datang untuk padamkan api lilin tu. macam2 la. baca surah Taha la, do'a pejam2 mata la. tapi masa do'a tu, kadang2 timbul. Allah nak ke tolong dan makbulkan do'a aku? dahla banyak dosa, banyak komplen, banyak cakap. banyak ape lagi. 


"ok. ada masa 2 minit lagi."


aduh, 2 minit lagi. angin kadang2 bertiup kuat tapi tak mampu nak padamkan api lilin tu. kadang2 rasa putus asa. kadang2 rasa kena usaha lagi. kadang2 rasa nak pi sana padam dengan tangan je.


"ok. masa dah tamat." masa dah abis. tapi api lilin masih tak padam lagi. kitorang dengan muka pasrah menunggu penjelasan akak tu. masa tu tak sabar nak dapat klu ke stesen seterusnya.


"ok. ape yang korang dapat dari stesen ni?"


macam2 jawapan keluar dari mulut kitorang. kuasa do'ala, yakin dengan do'ala, usaha kena adala, rasa berharap pada pertolongan Allahla. macam2.


"stesen ni pasal ape? salimun aqidah kan? aqidah yang sejahtera. apa yang ada depan korang hanyalah sebatang lilin yang menyala. nampak senang kan? cumanya nak minta korang padamkan api lilin tu dengan berdo'a kepada Allah. memang kita boleh padam dengan tangan kita tapi setakat mana kita bergantung harap kepada Allah? 20%? 50%? 80%? sepatutnya 100%. betul tak?


cuba bayangkan masa keadaan kita tak boleh nak buat ape2 nak selamatkan diri selain dari berdo'a. contohnya, dalam keadaan kita seorang diri di hutan. kita berjalan, berjalan. then, tiba2 kita jumpa dengan seekor harimau. masa tu kita tak leh nak buat ape2 selain daripada berdo'a kepada Allah supaya Allah jauhkan harimau tu dari kita, supaya harimau tu tak makan kita. masa tu, berapa tinggi pengharapan kita pada Allah? berapa banyak?"


kitorang senyap. kan dah kena sebijik. aduh!


"pernah terjadi masa zaman Tok Kenali. masa tu hujan lebat sangat. pastu, Tok Kenali tu datang ke masjid dengan basikal dalam keadaan yang kering! tak de setitik air pun. cuba bayangkan. sedangkan sifat air tu menbasahkan. betul tak?


Lalu orang tanye dengan Tok Kenali, "macam mana tok boleh datang ke masjid dalam keadaan kering sedangkan masa ni hujan?" Tok tu pun jawab, " sesungguhnya aku berdo'a dan berharap pada Allah supaya hujan tak membasahi aku".
Hujan yang membasahkan...
betapa habatnya orang 'alim pada masa dulu. sekarang ni nak minta padamkan api lilin ni tak terpadam pun. maknanya pengharapan dan pergantungan kita pada Allah tu masih belum sepenuhnya. masih belum sempurna. kita masih ragu2 dengan bantuan Allah"


aduh! sebijik lagi.


bila fikir balik, maksudnya masalah aqidah kita ni pun tak setel lagi. macam mana bantuan Allah nak datang? macam mana Allah nak tolong orang islam kalau kita sendiri ragu2 dengan kuasaNya? fikir sedalam2nya...


kadang2 hairan tak dengar kisah sahabat yang sanggup tinggalkan kekayaan, keluarga hanya semata2 untuk berhijrah ke Madinah?


hairan tak dengar kisah Abu Bakar as-Sidq yang sanggup membelanjakan seluruh hartanya. diulang, seluruh hartanya ke jalan Allah dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul untuk keluarganya?


hairan tak dengar kisah sahabat2 yang berani ke medan jihad semata2 untuk mati syahid?


hairan tak dengar kisah Ali bin Abi Talib yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk tidur di tempat tidur Rasulullah pada usia yang sangat muda semasa penghijrahan Rasulullah?


hairankah anda mendengar kisah Bilal bin Rabbah yang sanggup disiksa dengan kepanasan padang pasir dan diletakkan batu besar di atasnya hanya kerana mentauhidkan Allah?


Hairankah anda? hairankah?


itulah kekuatan aqidah. itulah kekuatan iman. itulah keislaman yang sebenar-benarnya. mereka itu bergantung sepenuhnya kepada Allah. 


itulah aqidah yang sempurna. itulah ciri2 mereka yang dimasukkan ke dalam syurga Allah. 


belajarlah dari mereka yang dah tak de kerana kita dah tahu kesudahan mereka.


dalam checkpoint pertama tu, banyak sangat benda yang dah belajar. rupa2nya rasa yakin pada bantuan Allah tu tak cukup sempurna lagi. rupa2nya masih lemah pegangan saya pada tali Allah. rasa malu sangat.


ape2 pun, sama kita koreksi diri. cek mana2 yang kurang. sebab dalam dunia yang sementara ni tak de lagi tempat pergantungan yang terbaik lagi selain kepada Allah...
Walking in clouds to find You

Friday, January 7, 2011

renew everyday

deviantart.com
Renungan bersama:

berapa banyak masa kita yang kita habiskan untuk mengingati Allah? Adakah semasa kita melakukan urusan dunia kita masih mengingati Allah? sedang semasa solat sering kali kita hilang khusyuk. kita hilang rasa takut pada Allah. kita jadi tak malu dengan Allah.

perbaharui iman kita setiap kali. bersyukurlah masih diberi kesempatan lagi pada masa ini untuk hidup dan bertaubat...