Showing posts with label Incidents in life. Show all posts
Showing posts with label Incidents in life. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Yang kuat bukannya badan, tapi HATI

First day in HOSHAS, Temerloh.

Wow! memang menakjubkan melihat orang sekeliling yang sibuk meng'cure' orang lain. Kita yang first time sampai ni terpinga-pinga lagi dengan prosedur dan cara nak clerk patient.

At first memang rasa masih tak layak lagi je menjejakkan kaki ke hospital dan bergelar Clinical student. Tapi, kuatkan juga kaki round-round di sekeliling Paediatric ward dan beramah mesra dengan beberapa patient.

Tadi jumpa dengan seorang kanak-kanak yang menghidap Mitral stenosis, masalah dengan injap mitral di jantung. Petang tadi dia dan family bersiap-siap untuk discharge dan ke Institut Jantung Negara (IJN)

Lagi, jumpa dengan patient Surgical. Baru dioperate kaki sebab accident motor-kereta.

Ada juga patient kena chicken pox atau Varicella infection.

Rasa baru sikit je patient yang kita jumpa. Tapi penat satu badan terutama kaki. wuwu...

Tapi kan...


Jadi beringat ye... Kuatkan hati.. ^^ [Kredit]

Dan tadi ter'stumble' dengan something interesting pasal doa Abu Bakr r.a... Best sangat! :D



Menariknya do'a ni... Everything yang kita buat atau sedihkan atau rintihkan, seutama-utamanya dikhabarkan pada Allah...

Mungkin hati kita terguris dengan kata-kata orang and all that, it is memang Allah's power nak buat semua tu. Sebab tu, hati mesti kuat. Dan semua tu adalah ujian yang Allah beri untuk menguji hati kita benar2 untuk Dia atau tak. Kita betul-betul harap redha Allah ke tak.

Sebenarnya ada satu cerita pasal doktor kat sini yang buat kita rasa kagum sangat dengan dia... Tapi tak tau nak buat ayat cam nela... so, simpan dulu kot. ^^

Selamat berbuka pada yang berpuasa hari ni. Tahniah kita ucapkan.

p/s: Jagalah hati. Kalau hati tu baik, baiklah seluruhnya. Kalau hati tu jahat, jahatlah seluruhnya. Segalanya bermula dengan hati. Dari hati turun ke seluruh anggota yang mengawal ibadah kita. Wallahua'lam...

Temerloh

Wow! besarnya sawang labah-labah!

Yup. Sekarang kami dah masuk rumah yang disediakan UIA di Temerloh untuk posting Paediatric. Rumah teres 2 tingkat ni macam dah lama ditinggalkan dan diduduki sebelum ni oleh budak-budak Nursing.

Penat mengemas semalam. Tingkat bawah dan bilik kami agak berabuk dan perlukan rawatan extensive. hehe

Setakat ni kehidupan kami di sini okay. Cuma nak terapkan solat berjemaah di sini bersama-sama housemates yang kira-kira 9 orang termasuk kita.

Tengokla macam mana first day di hospital hari ni. Ada subgroup yang dah kena present Short cases and Long cases. Meaning nak clerk patient. Seram... sebab tak pernah clerk patient dan plus, nak buat pula pada budak-budak.

Serius. Nak clerk patient budak-budak dengan orang dewasa sangatla berbeza kot! Based on size and perangai patient. Doakan kami tak marah patient dan menganiaya mereka. huhu

Rabbana yassir. Wa la tu'assir.


Saturday, September 17, 2011

Welcome to today


Setiap hari adalah hadiah...
Ya...
Kita tak minta padaNya tapi Dia yang beri...

Dan tak semua orang dapat hadiah ini...
Ada yang pergi dahulu

Sebab tu...
Hargailah setiap hari dan setiap saat yang kita dapat...
Setiap hari diberi pada kita supaya kita dapat kebaikannya..

Kebaikannya itu supaya kita berubah menjadi lebih baik..
Lebih baik...
Jika solat kita masih sama seperti 10 tahun lalu...
bermakna kita telah membazirkan 10 tahun kidup kita...

Jika nilai ibadah kita masih sama seperti 10 tahun lalu...
Apalah bezanya kita dengan diri kita yang dulu...

Hargailah hari-hari kita...

Saturday, September 10, 2011

Relief

hari ni memang sangat relief. Sebab apa?

Sebab dapat meluahkan perasaan yang telah lama terpendam. It is good to have some time to reflect bout our feeling dan akhirnya terluah juga.

Selama cuti ni, terlalu lama berfikir akan perasaan sendiri dan mengait kembali hati yang berkecai, dan akhirnya perasaan ini diluahkan.

Dan hasilnya, relief yang tak terkata. Dengan merendahkan ego diri dan mengharapkan maghfirah juga redha Allah, perasaan maaf berjaya diluahkan. Walaupun hanya dengan tulisan, harapannya hatinya yang berkecai selama ini dapat dikait semula.

Selama ini pasti dia telah menghabiskan masa dan tenaganya bagi menegur kesalahan kita. Tula, baru sekarang nak minta maaf.

Hoping that everything will go back to normal (or maybe not that 'normal') but things are getting better. Doakan kita jadi lebih baik. ^__^

Thursday, August 25, 2011

comelnya baby Muhammad....

Semalam berkesempatan untuk ke rumah Afifah di Bandar Baru Salak Tinggi. Untuk ape? hehe untuk melawat dia yang telah beberapa minggu melahirkan seorang mujahid yang bernama Muhammad al-Fateh.

Wa.. nama semangat. Seperti mak ayahnya yang bersemangat dalam dakwah. huhu

Disebabkan nak tengok baby, Syirah pun ponteng tadika. wah wah wah. Tak tau la siapa yang ajar~ Tapi dia sangat seronok semalam sebab dapat pegang baby. walaupun bukan keluarga sendiri punye tapi best ape. hehe

Yang turut pergi : Nadiah, Kak Izzah, dan Kak Fizah. Kami pergi bersama bersama kereta Nadiah.

Lama tak jumpa Afifah, jadi beberapa jam juga menapak di rumah dia. Belikan 1 permainan untuk Muhammad tapi bukan untuk usia sekarang. Mungkin setahun ke atas.

Muhammad dilahirkan pada 8 Ogos 2011 pada jam 6 petang. Alhamdulillah dilahirkan normal dan proses kelahiran juga normal.

Muhammad al-Fateh
Syirah sendiri tak lepaskan peluang untuk pegang Muhammad. Mula-mula dia takut. Tapi selepas diencourage oleh kakak-kakak, terus dia semangat.

Best nye ada baby. ada rezeki nanti, tunggu la anak sedara ye Syirah...

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari
dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Inshallah Muhammad al-Fateh akan menjadi seperti Muhammad al-Fateh, tokoh islam yang terbilang dan cool. 

Pada Afifah dan suaminya, Fadhil: Selamat mendidik Muhammad menjadi anak yang soleh. :)

Pada kawan-kawan yang masih belum menikah: Cepat-cepatlah ye. hehe 

Monday, August 22, 2011

buat geng yang nak kejar ramadhan yang berbaki...



poster i'tikaf.jpg


Jadual pentazkirah:
Tarikh
Hari
Lepas Subuh
Lepas Asar
Lepas Terawih
20
Sabtu
 
 
Ustaz Wan Subki
Tajuk:Adab I’tikaf &Lailatul Qadar
21
Ahad
Dr. Aminuddin(MUBIN)
Tajuk:Bisnes Dalam Dakwah
 
 
22
Isnin
 
 
Ustaz Hasanuddin(belum confirm)
Tajuk:Ramadhan di Palestin
23
Selasa
Ustaz Fadzil Salleh
Tajuk:Tarbiyah Qur’aniyah
 
 
24
Rabu
Ustaz Parid Syeikh Ahmad
Tajuk:Peperangan di Bulan Ramadhan
 
Ustaz Muhaimin
Tajuk:Tarbiyah Ruhiyah
25
Khamis
Ustaz Shahrom(Muallim Al-Amin)
Tajuk:Pemuda & Masjid
 
 
26
Jumaat
 
Ustaz Alias Othman
Tajuk:Bekalan Taqwa dari Bulan Ramadhan
Syeikh Hamid Elawa(belum confirm)
Tajuk:Ruhbanul bil Lail wa Fursanun bin Nahar
27
Sabtu
Prof. Sahrim
Tajuk:Hamba Rabbani, bukan Hamba Ramadhani
 
 
28
Ahad
 
 
 
 
 
29
Isnin
 
 
 
 
 

Tentative Harian:
Bil
Aktiviti
Masa
Lokasi
1
Ma'thurat,Tazkirah & Tilawah Fardi dalam kumpulan
Subuh - 8:00pagi
Tiang belakang Level 2
2
Hafalan Al-Quran dan hadis 
10:00pagi-12:00tgh
Level 3
3
Tilawah Fardhi dalam kumpulan
Zohor- 3:30ptg
Level 3
4
Ma'thurat & terjemahan 1 Juz Al-Quran yg akan dibaca semasa tarawih malamnya
Asar-6:30 Ptg
Level 3
5
Tazkirah, Tadarrus Jama'ie ,tidur &qiyam di Masjid
Lepas Terawih-Subuh
Tiang belakang Level 2
 

SEBARKANNNNN!!!!!

Wednesday, August 17, 2011

Sembunyikan keselebetanmu

Sebelum tu, nak mengucapkan TAHNIAH!!!! kepada adik perempuanku yang comel lagi baik, Amal Insyirah kerana berjaya menyelamatkan beberapa hari bulan puasamu daripada 'diselamatkan'.

Usaha Syirah semoga menjadi contoh yang mendalam bagi mereka-mereka di luar sana yang masih mencari kelebihan puasa dan akhirnya tak puasa disebabkan tak mendapat sebab yang cukup kukuh untuk berpuasa.

Melalui lisan insan yang agung, Allah azza wa jalla menitipkan;

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa,  (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Sesungguhnya akak dan juga ibu dan semuanya tak mampu nak membalas puasa Syirah melainkan Allah semata-mata. Ibu beli susu strawberry tu untuk memotivate Syirah tapi tidaklah mampu membalas pahala puasa Syirah.

Hanya Allah.

...

Hanya tiba-tiba terfikir:

Sembunyikanlah keselebetanmu, dan serlahkanlah kematangan dan kelebihanmu
Bukanlah mengajak anda hipokrit
Tapi sekadar mahu menyelamatkan nama ISLAM yang terdapat pada namamu

Tapi, apa salahnya hipokrit?
Kalau itu adalah untuk Allah.
Tidakkah redha Allah itu cukup mengiurkan?

Adilah: Bukankah kita ini pelakon dan Allah itu Directornya yang maha Agung?





17 Ogos

Hari ni 17 hb Ogos...

Bila difikir balik, cepatnye masa berlalu. Rasa baru cuti bulan 6 hari tu. Sekarang dah bulan 8. Bulan 8. Masuk Kuantan semula awal bulan 9. Kurang 3 minggu je lagi.

Muhasabah. Muhasabah.

Apakah peningkatan yang sudah dilakukan setakat ni?
Apakah Qur'an sudah dikhatamkan sepanjang cuti ni?
Berapa kali solat dhuha dilakukan dalam seminggu?
Qiyam tinggal tak?
Ada tak kata-kata kita yang menyakitkan hati ibu bapa kita?

etc...etc... masing-masing boleh cek sendiri.

Kita? Malula nak cakap. Jauh panggang dari api.. [sesuai ke peribahasa ni? suka suka je... rosak bahasa ibunda..hehe]

Tapi patutnya genggam bara api, biar sampai jadi arang. Muslim kan bangsa yang berjaya lagi bergaya. Buat semua benda yang terbaik punya. Yela, target hidup kan nak SYURGA.

Dan SYURGA adalah tempat kembali yang terbaik dan bukan semua orang dapat.

Tapi muhasabah je tak dapat apa-apa. Dapat penyesalan tapi tak de perubahan tak de makna juga.

Jadi, bila buat checklist, problem ada, TINDAKAN SUSULAN pun kena ada juga. Menyesal, menyesal juga. Tapi syarat taubat kan ada juga tindakan.

Sekarang. Tindakan. Tindakan.

Biar sikit-sikit tapi istiqamah...

Istiqamah. Istiqamah.

Adilah: Now or Never. Just do it. Impossible is nothing. Terbaik...