Showing posts with label Prophet pbuh. Show all posts
Showing posts with label Prophet pbuh. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Uhud

Kisah Perang Uhud kembali mengisi halaqah kami. Bukan tidak biasa dengan nama perang Uhud tapi kali ini ia disentuh dengan penuh penghayatan.

Perang Uhud pada awalnya natijahnya sama dengan perang Badr. Kemenangan Muslim ke atas kekafiran pada awalnya sangat membayangi masa depan Islam. Namun, kelalaian pada saat2 akhir perang itu telah membawa kepada ramai sahabat yang gugur syahid.

Bayangan ghanimah di bawah bukit membuatkan sahabat2 yang berjaga di atas bukit turun justeru mengingkari perintah Rasulullah. Disebabkan keingkaran mereka, muslim hampir jatuh pada kekalahan. Disebabkan keingkaran mereka, Rasulullah telah tercedera sehingga besi menusuki pipi baginda.

Rasulullah inilah yang teguh menyebarkan islam walaupun seringkali dilempar batu dan diancam bunuh oleh kuffar.

Rasulullah inilah yang tetap bersabar memberi makanan kepada yahudi buta yang seringkali menghinanya.

Rasulullah inilah yang tetap berdiri di tengah malam menghadap Tuhannya menyatakan syukur sehingga bengkak kakinya.

Rasulullah inilah akhlaknya seperti al-Qur'an.

Rasulullah inilah yang membawa kerahmatan kepada seluruh alam.

Rasulullah inilah yang kerap menangis memikirkan ummatnya.

Dan Rasulullah inilah yang tercedera di dalam perang kerana kelalaian Muslim itu sendiri dengan sejemput dunia.

...

Dan, adakah kita juga akan menyebabkan jatuhnya dakwah islam? Adakah kerana kelalaian kita pada dunia akan menyebabkan statiknya dakwah sehingga tiada apa2 pengembangan?

Adakah kerana kita?

Tepuk dada, tanyalah iman.

Wallahu a'lam.

Wednesday, March 2, 2011

Malam ini sangat menyucikan

Dengan namaMu ya Allah... kuatkanlah kami di jalanMu...


Hari ni rasa tersentuh dengan penutup usrah oleh Kak Ji. Belajar dari sirah Rasulullah yang berlaku selepas perang Hunain, pasca Fathu Makkah.


Semasa perang ini, ramai orang2 Makkah yang baru memeluk islam menyertai perang tersebut. Mereka yang baru masuk islam, pastilah tahap keimanan mereka belum mantap dan pemahaman tentang islam masih baru2.


Dipendekkan cerita, Muslim memenangi perang tersebut melawan orang kafir. Semasa pembahagian harta, Rasulullah menyerahkan ghanimah pada golongan Makkah. Bila Rasulullah buat macam tu, macam2 cakap belakang oleh orang2 Ansar. "Rasulullah sudah kembali kepada kaumnya." dan macam2 lagi.


Kata2 orang Ansar sampai pada telinga Rasulullah. Lalu Rasulullah minta orang2 Ansar dikumpulkan.
"Wahai orang2 Ansar, aku telah mendengar kata2 kalian dan kalian tidak berpuas hati denganku. Bukankah ketika kalian masih dalam keadaan sesat dan Allah memberi hidayah pada kalian dengan perantaraanku? Bukankah ketika kalian menderita kemudian Allah mencukupkan kalian dengan perantaraanku? Bukankah ketika kalian saling bermusuhan kemudian kalian dipersatukan hati kalian dengan perantaraanku?"
Mereka menjawab, "Benar, Allah dan RasulNya lebih banyak kurnianya. Kemudian Rasulullah bertanya, "Wahai kaum Ansar, mengapa kalian tidak menjawab kata2ku?". "Bagaimana kami perlu jawab ya Rasulullah? Semuanya adalah kurnia Allah dan RasulNya", mereka bertanya.


Rasulullah melanjutkan,
"Demi Allah, jika kalian mahu, tentu kalian dapat menjawab seperti ini: 'Engkau datang kepada kami dalam keadaan kau didustakan, kemudian membenarkanmu. Engkau datang sebagai orang yang dihina, kemudian kami membelamu. Engkau datang sebagai orang yang diusir, kemudian kami melindungimu. Engkau datang sebagai orang yang menderita, kemudian kami menyantunimu.' Wahai kaum Ansar, apakah kamu merasa jengkel kerana tidak menerima sejemput sampah keduniaan yang tak ada ertinya? Padahal dengan sampah itu, aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru saja masuk islam, sedangkan kalian memiliki keislaman yang tak perlu diragukan. Wahai kaum Ansar, adakah kalian merasa marah melihat orang lain pulang membawa kambing dan unta, sedangkan kalian membawa pulang Rasulullah? Demi Allah, apa yang kalian bawa pulang itu lebih baik daripada apa yang mereka bawa. Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, kalau bukan kerana hijrah, pasti aku menjadi salah seorang dari Ansar. Jika orang lain berjalan di lereng gunung, dan kaum Ansar berjalan di lereng gunung yang lain, pasti aku turut berjalan di lereng gunung yang ditempuh kaum Ansar. Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu pada kaun ansar, pada anak kaum Ansar, dan cucu2 kaum Ansar."
Mendengar ucapan tersebut, kaum Ansar menangis. 
dan begitu juga kami.


Kita pasti terfikir kenapa kawan2 kita yang lain berseronok2 berbual kosong, tengok movie, pergi jalan2. Tapi kita, Allah letak untuk buat dakwah. Sibuk buat program, datang usrah, dengar talk, berbicara perkara2 agama, berbicara tentang dakwah, kena mujahadah selalu. Kenapa bahagian dunia yang menyeronokkan yang kawan2 kita lain dapat kita tak dapat. Malah perlu bersusah2 dan spend masa. Kenapa?


Berfikirlah seperti sahabat2 Ansar. Cukuplah Allah dan Rasul berbanding sejemput sampah dunia. Cukuplah segala yang kita lakukan dan dapat adalah untuk Allah dan Rasul. Cukuplah hanya Allah dan Rasul sebagai sebab untuk meneruskan hidup.


Malam ni sangat menyucikan dan basah dengan kisahmu ya Rasulullah...


Wallahu a'lam.

Friday, February 25, 2011

Nikah gantung boleh mencegah zina





Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :


dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui.
An Nuur : Ayat 32



Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
 Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat


>>klik sini (sumber)

Wednesday, February 23, 2011

Bungkuskan kemarahanmu itu

Dengan namaMu aku hidup...


Syirah tak marah la...
Hari ni ada seorang sahabat berkongsi rasa hatinya.


"Tadi rasa marah sangat kat seorang brother ni. Sampaikan ramai jugak yang tau saya marah. Lepas tu tidur sebab tension sangat. Tapi kan, bila bangun balik, rasa terfikir balik. Kenapalah marah sangat dengan benda yang kecil macam tu. Rasa macam tak patut je jadi macam tu sampaikan ramai tahu."


Kenapa ya kita rasa macam tu?


Rasanya bukan jarang2 bila kita marah pada orang then kita rasa marah sangat pada orang tu. Tapi, bila kita tak fikir kejap pasal benda tu, contohnya tidur, kita jadi okay lepas tu. Kenapa ya?


:)


Masa kita marah tu, siapa yang menguasai diri kita? Pastilah bukan iman kita tetapi nafsu kita. Lalu, bila nafsu memenangi hati kita, kita mungkin tak ingat pada Allah. Jadi, kalau kita tak ingat Allah, masa tulah syaitan menguasai diri kita.


Syaitan itu kan opportunist. Keluar bila nampak peluang dia nak menghasut kita dan bersembunyi kembali bila kita kembali mengingati Allah. Sebab tu bila marah, cepat2lah isti'azhah dan istighfar. Kita masa tu terlalu dikuasai emosi sehingga lupa yang mana betul dan yang mana tak. Yang mana marah kerana Allah dan yang mana kita marah sebab diri kita.


Biasanya syaitan akan menghasut kita supaya melihat perkara salah yang kita buat sebagai betul. Perasaan bahawa kita buat tu 'betul' diperbesar2kan dan dimenangkan dengan pelbagai alasan yang kadang2 tak logik dengan iman. Dan perasaan bersalah kita 'dikecilkan' dan ditutup dengan alasan2 supaya apa yang kita buat dipandang sebagai sesuatu yang betul.


Contohnya, kita marah pada seseorang. Walaupun perkara tu sebenarnya boleh diselesaikan dengan duduk berbincang dengan baik, diri kita memilih untuk meluahkan perkara tersebut dengan nada marah kepada orang sekeliling. Kata macam2 pasal orang tu sehinggakan mungkin ada orang yang tak faham dengan perangai kita jadi salah faham dengan kita. dan consequence dia jadi worse than before.


Sebab tulah Nabi kita ajar dalam hadithnya:



Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapa kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.”
(Riwayat oleh Imam Bukhari.)

Bukanlah bermakna Rasulullah menyuruh kita melenyapkan terus perasaan marah itu tetapi Rasulullah menyuruh kita supaya tidak terlalu mengikut perasaan itu. Perasaan marah adalah mustahil untuk dilenyapkan terus dari hati manusia.

Rasulullah pernah menerangkan: 
“Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”
Jadi, marah itu satu daripada sifat manusia. Dalam manusia itu pasti ada perkara2 sensitif yang boleh mencetuskan kemarahannya. Namun, tak bermakna kita perlu mengikutkan perasaan kita yang sedang marah kerana marah itu adalah api yang membakar daripada syaitan. Kawallah kemarahan anda dan salurkanlah ia pada jalan yan betul dan sebab yang betul. :)


Wallahu a'lam...

Wednesday, February 16, 2011

Kecil di mata kita belum tentu kecil nilainya

Kisah ini tidak dinyatakan di mana ia berlaku dan bila...


Seorang imam yang berkhidmat di sebuah masjid sering mengedarkan risalah pada hari Juma'at. Bersama-samanya setiap kali adalah anak lelakinya. Mengedarkan risalah menjadi rutin mingguan mereka setiap kali menjelang hari Juma'at. Mereka akan ke tepi jalan dan pulang ke rumah selepas selesai mengedarkan setiap cetakan.


Lalu, pada Juma'at yang sekelian kalinya, hujan turun dan membasahi bumi. Imam itu menjadi berat hati untuk keluar untuk melakukan rutin mengedarkan risalah kerana risaukan kesihatan anaknya yang masih kecil itu.Namun, anak tersebut sangat2 berkeinginan untuk keluar mengedarkan risalah sungguhpun hari hujan. Lalu, si ayah menuruti keinginannya dan keluar ke tepi jalan dengan masing2 memakai baju hujan.


Setiap manusia yang melalui tempat mereka berjalan, mereka hulurkan risalah sehinggalah pada satu ketika, hanya sehelai risalah yang tinggal. Si anak ternampak sebuah rumah dan sangat berkeinginan untuk memberi risalah kepada ahli rumah tersebut.


Pintu diketuk dan salam diberi. Lalu yang keluar adalah seorang lelaki. 


"Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kamu". dan si anak itu berlalu meredah hujan...


Selang beberapa hari, selepas imam memberi khutbah, semua ahli masjid pun pergi dan yang tinggal adalah lelaki berkopiah. Lelaki berkopiah itu pergi berjumpa dengan imam.


"sesungguhnya saya datang ke masjid ini untuk pertama kali. Sebelum ini saya bukanlah seorang Muslim dan saya adalah sekarang.", kata lelaki berkopiah tersebut.


"Sebenarnya, saya hampir membunuh diri kerana terlalu tertekan selepas kematian isteri saya. Pada ketika saya hampir2 mahu menggantungkan diri saya, seseorang telah mengetuk pintu rumah saya. Pada ketika itu, saya berkira-kira untuk mebuka pintu. Namun, dengan kuasaNya, saya mengambil keputusan untuk membuka pintu. Pada ketika itu, seorang malaikat kecil berada di depan pintu saya dan memberikan saya risalah lalu mengatakan "sesungguhnya Allah menyayangi kamu". Pada ketika itu, saya menjadi tersentak. Dan atas sebab ayat itu, saya berada di sini dan menjadi seorang Muslim"


Imam tersebut mengetahui bahawa malaikat kecil itu adalah anaknya. dan imam itu memeluk anaknya
...

"usahlah memperkecilkan sebarang perbuatan baik tidak kira sekecil mana sekalipun, walaupun ia sekadar wajah yang gembira dan senyuman yang kamu berikan kepada saudaramu"


(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kecil di matamu, belum tentu perbuatan itu kecil di mata Allah. :)


Siapa sangka perbuatan baikmu yang mudah dan yang kamu pandang tidak memberi impak yang besar itu sebenarnya hebat di mata Allah?


Siapa sangka kata2mu bersama senyuman boleh melegakan gejolak hati manusia dari menghamburkan kemarahannya?


Siapa sangka hanya sekadar do'a mampu membebaskan manusia daripada perhambaan dunia?


Siapa sangka ucapan salammu mampu menceriakan hari seseorang?


Siapa sangka?


Allahu baseer. Allahu Lathif.



dan siapa sangka, selalu berselawat kepada Rasulullah mampu menyelamatkan kita dari azab api neraka. :) plus, menambahkan cinta kita kepada kekasih Allah.


P/S: harap belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul. :)


Wallau a'lam

Friday, January 28, 2011

Az-Zahra

Salam.






Setelah Fatimah az Zahra meningkat dewasa, telah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga. Dia menjadi seorang wanita yang solehah dan cantik lagi beriman. Cintanya pada Allah sangatlah tinggi. Kehidupannya yang susah membuatkannya tidak pernah merungut malah menyerahkan kepada Allah untuk menentukan. 


Lalu, apakah yang dia telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, dia melilau2 mencari teman hidup di jalanan? pastilah tidak :) adakah dia sibuk2 menjaja kebaikannya di khalayak ramai supaya diminati ramai? pastilah tidak. :)


Kemudian sahabat2 Rasulullah yang bukan calang2 hebatnya seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab datang bertemu Rasulullah untuk meminang Fatimah az-Zahra.


Apabila Abu Bakar bertemu Rasulullah untuk meminang Fatimah, Rasulullah meminta supaya diberikan masa untuk berfikir. Namun, Abu Bakar tahu bahawa lamarannya ditolak.


Kemudian, Umar al-Khattab mencuba nasib. Jawaban yang sama diterima oleh Umar. Lalu Umar tahu bahawa lamarannya juga ditolak.


Sahabat2 meminta Ali bin Abi Thalib pula meminang Fatimah. Ali bin Abi Thalib pun pergi bertemu Rasulullah...


Lalu, Ali yang datang berjumpa dengan Rasulullah tersipu-sipu menyatakan isi hatinya. "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku terkenangkan Fatimah."


Rasulullah dengan tersenyum menyatakan, "Selamat Datang!" Ternyata Rasulullah menerima lamaran Ali bin Abi Thalib untuk anaknya, Fatimah.


Rasulullah sebagai ayah sangat mengenali anak perempuannya Fatimah. Rasulullah tahu bahawa sememangnya  Fatimah menyukai Ali sejak kecil lagi kerana mereka merupakan teman sepermainan. Dan atas sebab itu juga Rasulullah menantikan lamaran Ali untuk anaknya, Fatimah sungguhpun sahabat rapatnya Abu Bakar dan Umar masuk meminang dahulu.

Abu Bakar dan Umar bukanlah sahabat yang calang2. Mereka merupakan nama sahabat yang disebut sebagai 10 orang yang dijamin syurga. Orang yang dijamin syurga bukanlah mereka yang cikai2. betul tak?

Apabila Rasulullah menantikan lamaran Ali bin Abi Thalib, sepertinya Rasulullah itu merupakan ayah yang saaaaangat prihatin dengan anak perempuannya, saaaangat mengenali anak perempuannya sehinggakan dia tahu isi hati anaknya. Dia tahu Fatimah mencintai Ali bin Abi Thalib. 

Sweetnye Rasulullah! :) and of course, sweetnye cinta Fatimah dan Ali. :)


p/s: Rasulullah tak melarang kita mencintai seseorang. malah dia menggalakkan. tapi, cinta itu perlulah berdasarkan cinta kepada Allah. bukanlah cinta yang tak berdasar sehingga membuatkan kita lupa dengan Allah dan merasa terawang-awang dengan cinta tu. 


cinta itu fitrah tapi fitrah itu mendekati kesucian dan bukan kehinaan. 


Wallahu a'lam

Sunday, December 19, 2010

yang terpilih


the highest rated comment in youtube.com on this video:

"I wish our dear prophet (pbuh) could still be here with us to advise us and help us. So much of the world is weakened in their faith. If only it could be like the days of Muhammad pbuh and the sahabah where people were dedicated to Allah swt fully and completely that it would bring tears to their eyes. That people would fall to their knees in prayer even while in pain .


May Allah Bless Maher zain for bringing us the reminder of our beloved prophets good and kind character..mashAllah and ameen"
-Salam seeker
May Allah bless us all.