Friday, January 21, 2011

aku hanya punya sebilah kapak

Suatu hari, ada seorang lelaki tua yang kaya sangat dalam keadaan yang sangat nazak. Memandangkan masanya di dunia sudah semakin singkat, dia ingin meninggalkan pesanan terakhir pada anaknya.


"Wahai anakku, ke marilah anakku..."


"Wahai ayahku, apakah yang mengganggu jiwamu?"


"wahai anakku, aku semakin mendekati kematian. Aku ingin meminta padamu mencari seseorang untuk menemaniku di dalam kubur..." Orang kaya itu terbatuk-batuk.


orang kaya itu menyambung, "orang tersebut hendaklah menemaniku selama 3 hari 3 malam. dan jika orang tersebut berjaya memenuhi permintaan, berikanlah separuh daripada harta yang kutinggalkan kepadanya sebagai ganjaran.."


Anak itu terdiam. "Baiklah ayahku..."
...


Selang beberapa ketika, orang kaya tersebut meninggalkan alam dunia. Si anak tersebut pening memikirkan siapa yang akan menemani ayahnya di dalam kubur yang gelap. Dia sendiri tidak mahu melakukan hal tersebut. 


Lalu, dia mencari serata kampung siapa yang sanggup menemani mayat ayahnya. Setiap rumah diketuk. Setiap orang ditanya dan tiada siapa yang nak buat. Dalam kepenatan dia mencari, seorang tua menegurnya.


"Anak, ada seorang tukang kayu yang miskin tinggal di pinggir hutan. Tanyalah dia, apakah dia sanggup menemani mayat ayahmu itu."


Lalu, anak itu mencari tukang kayu yang dimaksudkan oleh orang tua tersebut. Anak tersebut melihat rumah tukang kayu itu sangat daif. Ketika itu, tukang kayu tersebut sedang membelah kayu di hadapan rumahnya itu.


"Sejahtera ke atasmu. Aku datang untuk meminta bantuan darimu. Aku mampu memberi sebahagian daripada hartaku kepadamu di mana ia dapat mengubah kehidupanmu sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Tetapi dengan satu syarat. Tinggal bersama mayat ayahku di dalam kubur selama sehari semalam."


Kata anak tersebut menguji.


"Wahai anak orang kaya, sesungguhnya aku hanya memiliki kapak ini sebagai milikanku. Dengan kapak inilah aku mencari wang untuk menampung belanja seharian. Aku hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."


Anak itu terdiam dan bertanya, "Maka, adakah engkau bersetuju?"


Tukang kayu itu tersenyum. "Baiklah. aku bersetuju."


"Baiklah. Pada petang ini ayahku akan dikebumikan. Maka, bersiaplah dirimu untuk bersama-sama ayahku."
...


Pada petang itu, pengebumian orang kaya itu dilaksanakan. Tukang kayu itu sama-sama duduk di suatu sudut di dalam kubur orang kaya itu.


Pada malam ketiga, tukang kayu itu bermimpi didatangi oleh malaikat yang menyoal di dalam kubur. Keadaan pada masa itu sangat gelap dan yang kedengaran hanyalah suara yang kuat seperti halilintar.


"Apa harta yang kau ada?"


"Aku hanya memiliki sebilah kapak bersamaku."


"Apa yang kau lakukan dengan kapak itu?"


"Aku gunakannya untuk mencari kayu api."


"Apa yang kau lakukan dengan kayu api itu?"


"Aku jual kayu api itu untuk mendapatkan wang."


"Apa yang kau lakukan dengan wang itu?"


"Aku gunakan untuk menampung keperluan hidupku."


Dan seterusnya persoalan demi persoalan dilontarkan oleh malaikat tersebut kepada tukang kayu itu. Seakan setiap satu soalan yang ditanya akan pecah kepada soalan-soalan kecil dan soalan-soalan kecil pecah kepada soalan yang lebih kecil. Kira macam exam dalam kubur.


Tukang kayu itu terjaga dalam keadaan menggeletar. "Aku sudah mati?"
...


Pada keesokan harinya, orang kampung mengeluarkan kembali tukang kayu itu. Si anak ingin memenuhi janji dan menyerahkan sebahagian daripada hartanya kepada tukang kayu.


"Inilah ganjaran kau selepas berjaya memenuhi syarat."


"Tidak mengapalah. Aku yang hanya memiliki sebilah kapak lalu ditanya oleh malaikat dengan soalan yang sangat banyak. Apatah lagi jika aku memiliki harta tersebut, maka banyak lagilah soalan yang perlu aku jawab di hadapan malaikat."


Tukang kayu tersebut hanya berlalu meninggalkan orang kampung yang lain. Kembali dengan satu pengajaran yang tak akan dilupakan selamanya.


P/s:
Kehidupan di kubur bukan suatu angan-angan atau dongengan. Malah itu adalah salah satu alam yang akan kita lalui selepas alam dunia ini. 


Poinnya di sini, sungguhpun tukang kayu hanya memiliki sebilah kapak, setiap kegunaan kapak dan hasil yang dia dapat dipersoal oleh malaikat. Jika dibandingkan dengan kita, banyak lagi milikan kita dan bayangkan banyaknya soalan yang akan kita jawab nanti. 


Contohnya, pakaian kita. dari mana kita dapat? bila kita pakai? adakah menutup aurat? adakah kita riya'? Jika tak memenuhi tuntutan syariat pakaian yang kita pakai, kita akan dipersoalkan tentang dosa memakainya, dosa orang yang melihatnya dan macam-macam lagi. sehingga tak terjangkau fikiran.


Itu tentang pakaian. Bagaimana dengan duit? setiap sen yang kita laburkan, adakah pada jalan yang betul? Adakah kita menyumbang pada jalan Allah.


Satu kisah, Abdul Rahman bin 'Auf r.a yang terkenal dengan sifatnya yang pandai berniaga dan pemurah. Setiap harta yang dia dapat akan diinfaqkan pada jalan Allah sama ada untuk perang atau membantu orang-orang yang memerlukan. Namun, dikisahkan bahawa beliau memasuki syurga lewat berbanding yang lain. Lalu ahli syurga bertanya, "kenapa kamu lambat?" Lalu Abdul Rahman bin 'Auf menjawab, "Aku terlambat kerana terlalu banyak soalan ditanya padaku tentang hartaku."


Sedangkan Abdul Rahman bin 'Auf itu sendiri membelanjakan hartanya pada jalan yang benar tetap dipersoalkan sebegitu lama apatah lagi kita yang membelanjakan harta tetapi banyak kepada pembaziran.


Itu adalah dari sudut harta. Bagaimana pula dengan masa kita? adakah masa kita semuanya dilaburkan pada jalan Allah? bersembang hal yang sia-sia, menonton TV, movies, mengumpat, tidur berlebihan dan lain-lain yang banyak perkara sia-sia yang memenuhi masa kita. 


Bagaimana pula dengan mata kita, tangan kita, kaki kita, mulut kita. plus, pinjaman-pinjaman lain yang Allah beri pada kita. fuh! tak terkira banyaknya. dan soalan-soalan yang akan diajukan pada kita juga akan banyak...dan bertimbun-timbun


Jadi, ape yang kita boleh buat pas ni?Lepas ni kalau kita nak buat ape2 yang tak baik, fikirlah, mampu tak kita nak jawab dengan malaikat nanti plus depan Allah nanti di akhirat. Janganlah kita ni sombong sangat dengan diri sendiri sebab apa yang kita ada skang ni pun hanyalah pinjaman daripada Allah. betul. kita tak punye apa2 nak bawa selain kebaikan dan kejahatan yang kita buat. dan yang pasti kita akan dibalas setimpal dengan apa yang kita buat. 


sama-sama kita menginsafi segala apa yang kita telah buat dan berubahlah menjadi insan yang lebih baik pas ni.


wallahu a'lam..

4 comments:

Anonymous said...

Waa... menarik nye... Mabrukk!! hehe... (-_-")

Adra Rafee said...

bukan yang ni la aida...

syahidah said...

asalam k dilah ^__^
besttnye post ni! sgt menginsafkan @__@

Adra Rafee said...

wassalam syidah. yeke? alhamdulillah. terima kasih syidah ^_^