Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Tidak Kau ciptakan ini dengan sia-sia



Pusing kiri...
Pusing kanan...
Apa yang anda lihat?

Tidak.
Lihat tangan anda.
Itu sudah cukup untuk menjadi cerminan kehebatan Allah.

Pada kulit anda ada sel-sel kulit yang kecil yang selalu melakukan proses ganti kulit.
Tapi anda tak perasan kan?
tak sakit kan?
dan tak pernah pun rasa kulit anda jatuh selepuk selepas melakukan penggantian.
unikkan?

dan pada siapa lagi yang selayaknya mendapat pujian dan kesucian?
siapa lagi yang patut kita cintai dan berterima kasih selain daripada Allah yang Maha Menciptakan?

Pada Hari Pertimbangan nanti, sebiji mata kita tidak mampu dibayar dengan seumur hidup kita beribadah.
Tak mampu menyamai walau separuh.
Zikir kita setiap kali, ucapan syukur kita setiap kali...
Tidak mampu membayar kenikmatan Allah yang baaaaaaaaaaaaaanyak ni.

Maka, sanggup lagikah kita...
Kita yang daif tak punya apa, meminta setiap masa, berbuat dosa padaNya?

Subhanallah! Marilah kita sama2 menjadi hambaNya yang bersyukur. setiap masa...

Tuesday, March 1, 2011

Kegilaan apakah ini?

Dengan namaMu kami mendapat nikmat...


Tadi dapat email dari kakak usrah yang di forward dari kawannya pasal kegilaan mereka yang 'berani' atau kurang ajar melawan kekuasaan Allah.

Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS 55:55)


Semoga kita mengambil pengajaran atas kebodohan makhlukNya yang tidak pandai bersyukur dengan nikmatNya.


As salam..............Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di’lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila.
Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ya Allah, jauhkanlah diri kami daripada melakukan perkara2 yang dimurkaiMu. 
Hidupkanlah kami dengan redhaMu dan rahmatMu yang tak pernah putus2. 
Tetapkanlah kami hingga akhir hayat kami dengan kesudahan yang baik. 
Ampunkanlah kami atas dosa dan kelalaian kami. Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dan dhaif tanpa kerahmatan daripadaMu. Ameen...


Wallahu a'lam...