Wednesday, February 23, 2011

Bungkuskan kemarahanmu itu

Dengan namaMu aku hidup...


Syirah tak marah la...
Hari ni ada seorang sahabat berkongsi rasa hatinya.


"Tadi rasa marah sangat kat seorang brother ni. Sampaikan ramai jugak yang tau saya marah. Lepas tu tidur sebab tension sangat. Tapi kan, bila bangun balik, rasa terfikir balik. Kenapalah marah sangat dengan benda yang kecil macam tu. Rasa macam tak patut je jadi macam tu sampaikan ramai tahu."


Kenapa ya kita rasa macam tu?


Rasanya bukan jarang2 bila kita marah pada orang then kita rasa marah sangat pada orang tu. Tapi, bila kita tak fikir kejap pasal benda tu, contohnya tidur, kita jadi okay lepas tu. Kenapa ya?


:)


Masa kita marah tu, siapa yang menguasai diri kita? Pastilah bukan iman kita tetapi nafsu kita. Lalu, bila nafsu memenangi hati kita, kita mungkin tak ingat pada Allah. Jadi, kalau kita tak ingat Allah, masa tulah syaitan menguasai diri kita.


Syaitan itu kan opportunist. Keluar bila nampak peluang dia nak menghasut kita dan bersembunyi kembali bila kita kembali mengingati Allah. Sebab tu bila marah, cepat2lah isti'azhah dan istighfar. Kita masa tu terlalu dikuasai emosi sehingga lupa yang mana betul dan yang mana tak. Yang mana marah kerana Allah dan yang mana kita marah sebab diri kita.


Biasanya syaitan akan menghasut kita supaya melihat perkara salah yang kita buat sebagai betul. Perasaan bahawa kita buat tu 'betul' diperbesar2kan dan dimenangkan dengan pelbagai alasan yang kadang2 tak logik dengan iman. Dan perasaan bersalah kita 'dikecilkan' dan ditutup dengan alasan2 supaya apa yang kita buat dipandang sebagai sesuatu yang betul.


Contohnya, kita marah pada seseorang. Walaupun perkara tu sebenarnya boleh diselesaikan dengan duduk berbincang dengan baik, diri kita memilih untuk meluahkan perkara tersebut dengan nada marah kepada orang sekeliling. Kata macam2 pasal orang tu sehinggakan mungkin ada orang yang tak faham dengan perangai kita jadi salah faham dengan kita. dan consequence dia jadi worse than before.


Sebab tulah Nabi kita ajar dalam hadithnya:



Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapa kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.”
(Riwayat oleh Imam Bukhari.)

Bukanlah bermakna Rasulullah menyuruh kita melenyapkan terus perasaan marah itu tetapi Rasulullah menyuruh kita supaya tidak terlalu mengikut perasaan itu. Perasaan marah adalah mustahil untuk dilenyapkan terus dari hati manusia.

Rasulullah pernah menerangkan: 
“Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”
Jadi, marah itu satu daripada sifat manusia. Dalam manusia itu pasti ada perkara2 sensitif yang boleh mencetuskan kemarahannya. Namun, tak bermakna kita perlu mengikutkan perasaan kita yang sedang marah kerana marah itu adalah api yang membakar daripada syaitan. Kawallah kemarahan anda dan salurkanlah ia pada jalan yan betul dan sebab yang betul. :)


Wallahu a'lam...

3 comments:

dai'e said...

mengikut kajian para saintis, jika marah itu melebihi 4 minit, ia dikategorikan dalam kategori "DENDAM"..

dai'e said...

tak leh bla gamba tu.. haha..!! XD

Unknown said...

bila dah dendam, macam2 benda buruk jadi kan? sebab tu bila dah marah, banyak2kan istighfar...