aku jadi bingung dan keliru selama ini dengan meter iman aku yang semakin menurun. aku banyak meninggalkan mutaba'ah ibadahku. hanya melaksanakan tahapan yang minima sahaja dan tidak ada peningkatan. aku setiap hari sama sahaja atau semakin teruk. celakalah mereka yang harinya lebih buruk dari semalam. aku celaka kah?
aku dapat merasa aku makin terkebelakang berbanding sahabat-sahabat seperjuangan. aku asyik memikirkan hal sendiri hingga lupa hal ummah, hingga lupa hal yang lebih penting untuk dirunsingkan. aku jadi mudah terasa dengan hal kecil yang tak penting dan meninggalkan hal besar yang dijamin syurga Allah.
perkara yang penting aku buat sambil lewa dan tidak melihat peluang di situ. aku ingin meningkatkan diri ke tahapan yang lebih baik. aku ingin berkeyakinan untuk membuat kebaikan supaya islam sampai pada semua. aku perlu perlatihan, aku perlu melihat semua perkara sebagai peluang, aku perlu menjadi lebih baik. sesungguh dunia adalah sekadar ujian untuk mendapat akhirat yang lebih baik.
" dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" (QS 6:31)hari ni terbelai dengan ayat ini. hari-hari, setiap masa, jiwa dibelenggu dengan perkara dunia. aku jadi lemah hingga aku lupa Allah itu ada sentiasa.
aku jadi mengerti ya Allah. aku perlu menggunakan dunia untuk meraih cintaMu. aku mesti meningkatkan diriku supaya aku memenuhi kehendak dakwah. walau siapapun aku, dimana pun aku berada, dakwah itu satu yang perlu. Wajib ada bahagian dakwah dalam hidupku. kuatkanlah aku ya Allah, mantapkanlah akidahku, jelaskanlah matlamatku. aku menyerahkan diriku di jalanMu...
2 comments:
jom dil, tingkatkan amal!!! :)
Mari3. inshallah, syurga menanti
Post a Comment