Monday, December 20, 2010

berjimat

nampaknya biasiswa JPA masuk bulan 1. fuh, duit dalam bank ntah tinggal brape je. ada lagi rasanya. hehe.


tapi risau pada kawan-kawan yang tak de duit. yang terlebih belanja masa ada duit ari tu. kot-kot perlukan bantuan, inshallah duit saya ada lagi untuk bantu korang. janganlah sampai tak makan ye. makan tu penting masa belajar ni. kalau nak puasa pun ok jugak. puasa makan, puasa berbelanja yang bukan-bukan.


memanglah kata orang, beringat sebelum terkena. beringat bila berbelanja sebelum memakan diri sendiri sampai tak de duit bila scholar masuk lambat. kita tak tau bila Allah nak tarik nikmat berbelanja, nikmat ada duit ni. haih...


nikmat ada duit ni sapa-sapa pun suka kot.

"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta kepada apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik"
(QS 3:14)
kita boleh kata macam-macam kita nak. Suami, kekasih, harta, anak-anak, rumah, kereta, duit. kita boleh kata sume tu syurga dunia. sume tu sebab-sebab kita terlalu sayang nak tinggalkan dunia. Allah tau semua tu. sebab tu Allah cakap, itulah kesenangan dunia, itulah kecintaan manusia. tanpa berselindung Allah nyatakan itu.


tapi... kembali kepada Allah jugalah akhirnya kita. itulah tempat paling baik untuk kita. itulah fitrah kita. Allah tahu kita sayangkan harta dunia, tapi Allah sayang pada kita lebih dari itu. Allah mahu kita kembali. tak cukup hanya beribadah kepadaNya yakni solat siang malam 5 kali, at least, Allah mahu juga kita kembali. Allah nak jumpa kita depan-depan. Allah rindu kita lebih dari kita jangka. perasan tak semua tu kawan-kawan?


semoga ini semua menjadi peringatan kepada kita. berjimat ye before masuk JPA yang nanti. :)

No comments: