Tuesday, March 19, 2013

Muslimah yang biasa-biasa yang teringin jadi luar biasa

Lama tak ngepost. :D Banyak perkara yang berlaku dalam hidup sehinggakan kita merasa cukuplah untuk disimpan antara diri ini dan Pencipta alam semesta. Kadang-kadang diri ini merasa cukuplah aku menangisi diri di tikar sejadah dan tidak mengabarkan pada sesiapa pun.

Alhamdulillah selama hidup hingga saat ini, semuanya berjalan lancar. Mungkin ada terjatuh sekali sekala, tapi terus bangkit lah. Jangan dibiar jatuh lama-lama. Nanti kita hanya membusuk di muka bumi ini. Tiada function.

Nak kongsi satu post di FB kat sini. Banyak sekali yang menarik tapi kali ini aku merasakan terkena dengan diri sendiri, sebagai muslimah. :)

Barangkali kalian yang lain pengisian hidup banyak pada cinta atau cubaan hidup. Tapi, aku banyak pada perubahan diri. Mungkin orang tidak merasakan aku ini tidak terlalu banyak berubah. Tapi aku sendiri merasakan aku ini lain dari silam ku yang dulu.

Nah, ini untuk kalian yang sama denganku:


Assalamualaikum awak awak awak..! =D

Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.

♥ I’m proud to be muslimah ♥


Untuk kalian yang sama dengan ku, kita sama. Kita sama kerana kita hidup kerana Allah dan kerana Dia kita muslimah. Dan kerana Dia kita bangkit semula walau berkali-kali jatuh.

Aku sayang kalian <3
Wassalam.



Bersama akhawat semasa Family Day



2 comments:

index box said...

this is very nice blogg

keep posting



salam,

judi bola online | agen sbobet indonesia

Miss Curious said...

Jazakillah ukhti..

Mengingatkan kembali perjalanan hidup kita ini penuh dengan jatuh bangun.

Semoga kita akan terus gagah untuk bangkit setiap kali kita tersungkur. ^_^V