Friday, November 16, 2012

Lainnya sahabat dengan kite...

Mungkin ada antara kita telah berfikir atau sedang berfikir atau belum terfikir, macam mana nak mulakan dakwah di dalam kelompok masing-masing. Cuba kite amek contoh Rasulullah...

Rasulullah dulu memulakan dakwah sorang-sorang. Dan sekelilingnya adalah orang-orang yang ganas. Maksudnya, ada yang bunuh anak, ada yang minum arak, tak tutup aurat. Macam-macam. Nak katanya, tak de pun di sekelilingnya yang faham islam suku-suku, atau separuh. Yang mungkin baik masa tu tak minum arak adalah Rasulullah dan Abu Bakar. Even Umar dan Ali pun minum arak. (Gambarkan teruknya keadaan masa tu)

Cuba kite bandingkan dengan keadaan yang dekat dengan kite. Siapa muslim yang mungkin teruk pada mata kite? Minum arak? Tak tutup aurat? Jadi nak cakap kat sini, dakwah masa zaman Rasulullah lagi teruk keadaan permulaan.

Ok. Bila Qur'an turun, adakah turun ayat haramkan arak terus? atau suruh hijab terus? Hukum aurat turun pada 5 H, iaitu 18 tahun selepas islam dimulakan. Tadi, semuanya bermula dengan aqidah. Itulah Fiqh Awlawiyat. Yang mana yang aula, yang mana kurang aula. So, kite kena tengok yang mana penting, mana kurang penting.

Jadi, skang ni, ayat turun. Adakah haramkan arak dan tutup aurat tu paling penting? Tak, kan? Jadi yang ada perkara yang lebih besar lagi nak diuruskan. Sebab tu, Islam bukan agama hukum tetapi hati sebelum hukum. Kire lepas setel aqidah, inshallah setel lepas tu bila nak bagi hukum semua.

Jadi, pada zaman Rasulullah, Rasulullah tak de diploma pendidikan, tak de ijazah psikologi, Rasulullah tak de benda tu. Benda-benda tu adalah sampingan. Jadi, masa tu yang Rasulullah ada adalah Qur'an. Qur'an adalah ubat kepada hati. Iaitu hati yang tak tahu matlamat hidup, hati yang tak yakin dengan Allah.

Sekarang kite tengok orang sekarang, macam mana mereka mengubati hati yang lara? contoh kite ambil orang barat. Mereka mengubati hati yang lara dengan anjing , hiburan, dan lain-lain. Kite tengok orang barat kalau main-main, main-main dengan anjing? Mana anak mereka? Anjing dibela taat sampai besar. Tapi anak, bila besar, dah derhaka pada mak ayah.

Jadi, panduan kite sekarang adalah apa yang Rasulullah buat. Kite tengok masalah masyarakat kite. Anak luar nikah ada berapa orang? Yang terdaftar pada JAKIM dalam 81,000 orang. tapi yang tak berdaftar ada berapa orang? Ok. Sekarang kite tengok sistem pendidikan kite, sistem pendidikan kite dari siapa? Dari orang luar. Kite sendiri sebagai orang islam ada sistem sendiri, tapi? Jadi, Kite takkan berjaya kalau kite ambil dari orang yang gagal. Di US sendiri, berapa anak luar nikah? Dan berapa single parent ada kat US?

Jadi, kite sekarang adalah cikgu, untuk mendidik ummah kite. Jadi, pendidikan kite mula dengan al-Qur'an. Dan Qur'an mendidik hati. Mungkin ada orang tanye, macam mana kite nak menang dengan orang lain kalau kite tak de senjata yang hebat, kelengkapan yang bombastik? Jangan tanya saya, tanya lah Umar, macam mana dia boleh berani nak lawan Rom? Rom kuasa masa tu yang berganda-ganda kuat. Katakan lah, kalau kite berperang, senjata hebat, tapi hati pengecut. Boleh ke kite nak lawan? Dah takut, macam mana nak tembak orang? Tapi kalau kite hanya ada pisau, tapi hati kite berani, ape yang jadi?

Jadi, Umar, masa tu nak tawan Egypt. Umar mengatakan tentera masa tu, seorang macam 1000 orang. Masa tu ketua dalam perang tu adalah 'Amru bin Al-'As. Nak tawan Kaherah. Rom ni tentera dia jahat. Macam mana jahatnya rom ni, diorang yang bunuh Nabi Isa, yang bunuh orang kat cross. Jadi, masa tu, tentera 'Amru ada 6000 orang. Dah berbulan-bulan, tapi tak tembus juga. Jadi, 'Amru pun contact Umar, 'Umar, dah berbulan-bulan dah tapi tak tembus juga. Minta hantarkan 6000 lagi tentera'. Lalu, Umar pun hantar 2004 orang.

Kenapa 2004 orang? 2000 orang adalah menyamai 2000 orang. Dan 4 orang lagi menyamai 4000 orang. Soalan: Siapakah 4 orang sahabat tu?

Ok. Nak cakap kat sini, manusia ni boleh jadi sangat hebat dan boleh jadi sangat teruk. Orang sekarang, boleh jadi, ada 1000 orang tapi bersamaan dengan 0. Jadi, manusia ni dibina dengan al-Qur'an. bukan dengan benda lain. Bukan dengan tahap universiti, bukan dengan harta, bukan dengan admin yang bagus. Nak kata harta, kita ada negara yang kaya macam arab saudi, brunei. Admin yang bagus? Berapa ramai yang belajar admin kat luar negara tapi admin sama je.

Sebab tu lah, dalam surah ar-Ra'd, ayat 11:

Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu, sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.

Selama ni orang salah tafsir ayat ni. Allah takkan jadikan kite kuat, kalau kite tak jadikan diri kite kuat. Betul ke ayat ni? Macam, saya takkan buka pintu ni sampai awak buka pintu ni. Fikirkan...

Jadi, sebenarnya, Allah nak kite ubah apa sebenarnya? Perkara pertama Allah nak kite ubah adalah iman. Jadi perubahan datang dari 2 perkara:

  1. Sunnatullah
  2. Nasrullah
Sunnatullah adalah hukum Allah. Nature. Contoh, kite makan kite kenyang. Orang kafir makan pun kenyang juga. Kite mandi, basah. Orang kafir mandi pun basah juga.

Nasrullah pula, perubahan yang Allah datangkan untuk Muslim sahaja. Nisbah sunnatullah: nasrullah adalah 1:9. Contoh, boleh tak kite tahan matahari? Tak boleh kecuali dengan kuasa Allah. 

Contoh lain; boleh tak kite dengar suara yang jauh tanpa alat apa-apa. Dalam perang Qadisiyah, bila orang Parsi nak bagitau Rustum dah mati, mereka gunakan sistem pelaung. Boleh tengok filem dia ye macam mana dorang buat. Jadi, ia memerlukan beberapa hari untuk sampai pada istana.

Contoh kedua; masa tu Umar dah jadi khalifah, tengah bagi khutbah. Tiba-tiba Umar jerit, 'Kat bukit tu, kat bukit tu.' dan sambung khutbah semula. Orang pelik. Kenapa Umar ni? Umar pun jawab, dia nampak video khas bahawa orang islam masa tu tengah kena ambush dari belakang bukit. Bila tentera balik. dorang pun cite yang dorang terdengar jeritan Umar dan itu menyelamatkan mereka. 

Tapi menang ni bukan dalam perang je. Masa exam pun. :)

Baik. Orang sekarang, macam mana? Macam mana nak dapat yang 9 tu kalau perangai macam .... Couple macam apa, minum arak macam ape. 

nilai 9 tu, boleh cek surah anfal:65.

Kite nak dapat 9 tu, yang 1 tu kena buat betul-betul. Kena sabar, buat betul-betul. Salah pemikiran kite, tak yah belajar, nanti Allah tolong. Salah pemikiran tu. 

Jadi, ubah diri kite seperti dalam al-Qur'an. Seperti sahabat-sahabat. Ubah iman kite, pandangan hidup kite, keyakinan pada Allah. Sebab tulah Qur'an itu adalah kitab Signs, bukan sciences. Kitab yang mengubah kite dari tak baik kepada baik. 

Sebab tulah penting bagi kite untuk tahu cara-cara berinteraksi dengan Al-Qur'an...



Sambungan inshallah...


No comments: