Saturday, June 1, 2013

Terima kasih, Dr.!

"Kadang-kadang kita rasa kehidupan kita susah. Tapi lepas berkongsi kisah, ternyata ujian Allah pada mereka yang lain lebih berat dari kita"

Semalam melalui oncall yang panjang dan penuh makna. Tak sangka mentor (Mr. Ariff) nak ajak p minum sekali kat warung. Temankan dia juga la tak makan lagi and dia pun nak sambung oncall. Dah alang-alang temankan, dia pun belanja makan. :)

Semalam sepatutnya oncall kami habis sampai jam 12 tengah malam je. Tapi semalam jam 12 tengah malam baru mula. hehe. Tapi sekejap je doktor review setiap patients. Jadi dekat jam 1 baru habis round new cases malam tu. Lepas tu saje je ajak makan, tak sangka doktor nak belanja semua malam tu. Apa lagi, rezeki jangan ditolak.

Lepas dapat tempat and order, doktor mula bercerita pasal kehidupan dia. Doktor merupakan senior kami badge ke 4. Kami badge ke 13. Hm, kite macam abang adik la. Memang itu pun perasaan kami semua dengan dia.

Masa bercerita tu tak sangka orang simple macam doktor, punye kisah yang menggugah jiwa. Semasa dia study, ada sahaja halangan-halangan yang datang sama ada dari segi family, atau kematian anaknya semasa dilahirkan. Ujian Allah. Kita yang mendengar merasa berat, apatah lagi orang yang memikulnya. Semasa dia undergraduate, ada sebahagian doktor yang predict dia takkan habis belajar, but yet, he finished his study. Sambung masters lagi. Perception orang kalau cakap macam tu, dan kalau kita tak kuat, memang rasa down gila.

Kehidupan masa student ni merupakan saat-saat yang kita semua akan ingat sebagai satu badge. Mungkin untuk kita gelakkan bersama, atau kita muhasabah bersama. Setiap satu dari kita bila berada dalam satu badge, punya kisah yang tersendiri. Dan itulah kisah kehidupan.

Persepsi kita pada sesetangah orang, contohnya garang, pasti punya kisah sendiri di sebalik itu. Sesungguhnya aku belajar untuk tidak bersangka jahat dengan seseorang. (maafkan aku Allah).

Satu pengajaran yang antara kami semua belajar pada malam tu adalah perkahwinan mungkin manis pada sesetengah orang. Tapi ada juga kisah yang menyedihkan. Apa pun, carilah pasangan yang memahami kita yang bekerja sebagai doktor. Dan itulah jodoh. Kalau pun dapat berkeluarga di dunia, moga ia berkekalan hingga ke syurga. Dan kalau kita  telah berusaha di dunia, tapi bahagia itu tak dapat dikecap, serahkan itu pada Allah. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik di syurga kelak.

Dan kisah aku? aku juga sedang membinanya. Moga nama Allah tertulis di sepanjang perjalanan hidup ini. Dan moga Allah redha. Amiin..


3 comments:

aizat nasri said...

Batch, bukan badge. ke mmg ko maksudkan badge?? lencana. hu3.

Nur Liyana said...

baru nak komen...rupanya boss aizat dah betulkan..hihi..btw, nice story ;)

Adra Rafee said...

ha... kalau kte tak salah tulis, korg pun tak komen. hehe. guwau2..

ape2 pun tq korg. ;P