Wednesday, July 25, 2012

the criminal



Meriyadhahkan otak dan jiwa setelah penat belajar. Subhanallah.. cantiknya China. hehe

Satu video yang sangat menggugah jiwa dan perasaan, lagi2 lagi kalau dalam hati tak de taman. huh. Penuh dengan hasad dengki. Tapi, kalau ada taman pun, terasa gak sebab hasad dengki ada dalam kebanyakan hati kite. huhu

Ape pun, video ni memang terbaik dan memang sangat ditunggu-tunggu produk Madmiechannel ni. Boleh dikatakan peminat juga la... jangan lupe subscribe!

Tu satu cite. Cite yang sebenar adalah, hasad dengki adalah antara virus ukhuwwah yang perlu dijauhi. Sape2 pun, kalau ada hasad dengki, akan ada juga dalam dirinya bersangka buruk dengan orang. Pastu, datang dengan pakej mengumpat. Ada pulak dalam hati susah nak rasa kasih pada kawan tu. Dan akhirnya, akan rengganglah ukhuwwah tu.

Sebab tu lah, bahaya sangat hasad dengki ni. Tapi, tak lupe juga, Allah sertakan dengan doa untuk kite berlindung dari perasaan dengki ni. Wah, saaayang Allah. Dia tak lupe bahawa kite sebagai hambaNya ni, akan terterbit rasa dengki kat orang lain.

Sebelum dengki dalam hati kita memakan pahala-pahala kita seperti ulat yang makan daun, baiklah kite bersihkan hati, dan mohon bantuannya agar kite tak dengki-dengki dengan orang lain.

Let's syukur, stop dengki!


1 comment:

Unknown said...

salah.. hasad merosakkan amalan seperti api membakar kayu