Monday, July 16, 2012

Arnab dan kura-kura di bulan Ramadhan

Ahad lepas berpeluang untuk jadi fasi untuk program Aulad bawah IkramJunior. Memang satu pengalaman yang baru sebab tak pernah terlibat secara langsung.

Kali ni memang satu pengalaman baru sebab perlu berfikir pasal aktiviti yang akan diadakan. Apa-apa pun memang salute habis dengan mereka yang terlibat, dengan makcik-makcik yang dah lama dalam tarbiyah.

Dorang mampu untuk memakai topi kanak-kanak (yakni berfikir seperti kanak-kanak) dan membuang topi dewasa mereka supaya aktiviti yang disusun, difahami oleh anak-anak dan mencapai matlamat.

Dalam program tu, memang sangat belajar dengan mak cik-mak cik macam mana nak layan budak-budak. Kak Mar cakap, dengan budak-budak ni, kite kena banyak bersabar, jangan cepat terasa dengan mereka. Sebab kalau mereka tak nak, memang mereka tak nak. Kalau mereka nak menangis, mereka kan menangis.

Masa tu memang tak terasa lagi perangai dorang. Tapi bila masa program, memang serabut juga kadang-kadang. Macam-macam kerenah.

Tema program aulad ni adalah 'Syoknye Ramadhan'. Tujuannya memang untuk menaikkan semangat budak-budak (dan juga committee) bagi menyambut Ramadhan.

Masa program, kite jaga Tresure hunt, check poin 5. Treasure hunt ni untuk mereka yang berusia 8-12 tahun. Jadi, memang variasi umur dan kematangan dapat dilihat.


Hmm... apa task dia? hehe Dorang dikehendaki untuk mengira arnab dalam gambar. Bila dah konfem, baru boleh bagitau. Lepas task 1 dah betul, baru boleh proceed task ke-2. Task ke-2, mereka dikehendaki untuk membuat 1 ayat seorang, di mana ayat-ayat tu membentuk 1 cerita dan dalam setiap ayat ada perkataan 'arnab'. Tema bagi cerita adalah 'Ramadhan'. 

Memang kelakar sangat cerita yang adik-adik ni buat. Ada yang tak jadi 1 cerita, ada yang cerita arnab beranak, arnab mati, makan satay arnab. Ada kumpulan ni memang bagus sangat cerita dia. memang menampakkan dorang ni berfikir, walaupun yang berfikir tu adalah satu dua je. huhu



"Pada satu hari di bulan Ramadhan, arnab berjalan-jalan"
"Arnab pun terjumpa kura-kura"
"Arnab pun bertanya pada kura-kura, 'adakah kamu berpuasa hari ini?' "
"Kura-kura pun menjawab, 'ya, saya berpuasa hari ini' "
"Arnab pun bertanya lagi, 'adakah kamu solat terawikh semalam?' "
"Kura-kura pu menjawab, 'ya, saya solat terawikh semalam.' "
"Arnab pun berkata, jom kite solat terawikh malam ni."

Cerita ni sangat simple tapi sangat smooth. Dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Somehow, terlupa plak nak rakam. Hehe



Banyak beza antara kumpulan budak lelaki dan kumpulan budak perempuan. Budak lelaki memang berani untuk bercakap dan berbuat salah walaupun ape yang keluar dari mulut mereka memang mengarut. Budak perempuan, sangat berhati-hati, takut buat kesalahan. Takut orang cakap salah. -.-"

Kite pun tak pastila sama ada kite pun macam tu masa kecil dulu... hm..



Lepas tu mereka ada program chef cilik, di mana mereka diberikan bahan-bahan untuk buat sandwich telur dan resepi ni boleh dibuat semasa sahur nanti. Ada yang dah tau tu memang cepatla, ada yang dah buat tu, terus makan. Ada yang buang roti tu. Sedih sangat tengok makanan tu kena buang.

Tapi yang tersentuhnya, ada yang nak bawa balik, dan tak makan sebab nak bagi mak dia rasa.. oh, touchingnye. Rasa sangat seronok sangat kalau ada anak macam tu. Kalau la kite jadi mak dia, mesti rasa sangat terharu... T.T

Hm.. memang penat la lepas program sebab dari semalam prepare barang-barang untuk treasure hunt. Tapi seronoklah. Banyak sangat pengalaman baru, melayan karenah budak-budak. Kite boleh bayang la keadaan kite nanti masa dah berkeluarga, ada anak-anak kecil, pastu handle program. 

Moga-moga kite jadi superwoman macam mereka juga. Ameen...

Barisan fasi yang sangat kite hormati dan segani. Terima kasih atas segalanya...


No comments: