Wednesday, September 26, 2012

oke. oke.

Mood: Geram

oke. oke.
Rasa-rasanye... rasa-rasa jela... kitela orang yang paling sibuk. Sibuk dengan macam-macam benda. Kelas, wad, usrah, daurah. Sampai kadang-kadang nak beribadah lebih sikit pun berkira. Riadhah pun tak sempat2.Sebab? Banyak keje la katakan.. (hoho). Ntah keje ape ntah.

Bila ada masa lebih sikit, rasa penat nak tido. Tidonye plak lebih2.Penat la katakan. Yelah, sibukkan. Tak de masa nak tido. Yeke sibuk dengan keje? Sampai tertangguh-tangguh keje yang penting. Geram.

Pastu, ada masa lapang, buat ape? Online, update applications kat handphone, tengok buku, tengok video kat You tube. Wah, banyak plak masanya. Tu la yang sibuknya, kan?

Ni baru student, tak keje lagi. Nanti kalau ada rezeki berkeluarga, ada anak, nak campak mana tu? Nak ringan-ringankan dakwah? Atau... nak lepaskan terus? Pastu, tau2 hilang... melayang... futur...

Na'uzubillah. Bangunlah dari mimpi ini, Adilah! Kerja yang ada adalah melebihi masa yang tersisa. Lalu, kau nak campakkan dakwah tu macam ape? Adakah kau hanya ingin menjadikan dakwah hanya sebahagian dari lembaran hidup kau? Bukankah jalan ini yang kau pilih. Bahkan Allah boleh memilih sesiapa sahaja untuk memenangkan jalan ini.

Sudah2lah dengan mimpi ini. Kembalilah pada realiti. Jangan kau tiba-tiba terjaga dan menyesal hanya bila orang meninggalkan kau di kuburan sendirian?

No comments: