Thursday, December 1, 2011

Saya suka! saya suka! ^_^

Semalam jalan-jalan di KL. Kite, bu, aida dan syirah menuju ke Muzium Negara dengan teksi dari Pusat Asasi UIA, PJ. Tujuan utamanya memang nak jalan-jalan ke KL before pulang ke Kuantan hujung minggu ni. (ouh. headache mengingatkan akan mula posting Surgery lepas ni... huhu)

Lama tak menjejak kaki ke muzium. Harga tiket pun dah naik 10 kali ganda dari last skali datang. Huhu. Cepat betul harga tiket naik rasanya.

Masa masuk tu, kat ground floor ada pameran mutiara Rafflesia. Kat situ ada gambar-gambar artis yang pernah menggunakan khidmat syarikat tu. Memang cantik pameran tu dengan hiasan serba putih.


Pada mereka yang suka pada barang kemas dan mutiara mungkin suka dengan pameran ni. Kita suka juga tapi suka tengok je... hehe

Lepas tu, kami ke galeri yang memang ada di situ. Ada 4 galeri: pra sejarah, kesultanan melayu, zaman kolonial, malaysia kini.

Masa kita menjejakkan kaki ke sana,banyak pameran dapat dilihat bermula dari permulaan tamadun ke Malaysia Kini. Kadang-kadang rasa tak masuk semua fakta dalam kepala... (-.-")

Dan of course, bukan semua yang berlaku dalam sejarah dapat diterangkan hanya dengan meletakkan gambar dan sedikit penerangan. Sejarah yang berlaku itu complex dan apa yang berlaku di Malaysia dan Tanah Melayu hanyalah secebis yang berlaku di dunia. Dan apa yang berlaku di setiap tempat di dunia adalah berkait rapat antara satu sama lain. (Kena baca sejarah dunia balik...)
Macam Dr. Hafidzi cakap, Bila kita tengok sejarah negara kita, kita lupa pada peranan Cheng Ho, peranan Ayuthia, peranan Parameswara. Akhirnya yang kita nampak hanyalah Hang Tuah...
*Sejarah..sejarah... sesungguhnya aku mencintaimu lebih lagi sekarang kerana aku menyedari kepentinganmu kini...

Lepas tu ibu tanya, tau tak batu-batu A' Famosa kat Melaka tu dibuat dari ape? Orang-orang Portugis amek dari mana? Kami semua terdiam. Tak taula ibu. Batu-batu diambil dari mana?
Ibu cakap: Batu-batu yang digunakan adalah dari batu nesan Sultan-sultan dahulu dan batu-batu dari bukit terdekat.
Kite cakap: Jahatnye! Dahla sultan-sultan dahulu sangat baik dan pemimpin-pemimpin yang adil. Kire dorang tu dekat sangat dengan Allah. (Kalau pemimpin yang adil kan do'a dorang makbul dan mereka dulu menjalankan syariah Allah di muka bumi)

Ibu cakap: Dorang kan datang kat Tanah Melayu dengan 3G, Gold, Glory and God.

Tapi memang lain rasanya bila pi muzium berbanding dulu kecik-kecik yang hanya melihat dengan mata kepala. Sekarang, dengan usia yang lebih matang, kita melihat dengan mata hati dan mata iman. Barulah melihat betapa kejinya penjajah masa dulu yang sanggup membunuh 'ulama masa dulu. ^_^

Pastu, kalau baca pasal kapal Flor de Lamar (betul ke eja..?), kapal tu telah tenggelam masa bawa balik hasil bumi tanah Melayu ke tempat mereka. Kita terfikir, ni mesti sebab do'a orang-orang baik masa tu telah dikabulkan Allah. (padan muka..)

Lepas tu, kami melihat kejayaan Malaysia Kini dan Syirah sempat bergambar... jadi angkasawan! ^_^ comel je~


Lepas tu, kami makan jap di cafetaria yang ada kat situ. wuwu~ lapar juga jalan-jalan kat sini. Dah zuhur, kami pun solat zuhur di sana.

Then... kami pun ke pameran Jejak Upin & Ipin! Excited juga pi sana walaupun tak complete lagi pun pameran tu sebab baru semalam dilancarkan. Jadi, ada beberapa bahagian belum di set upkan macam Boutique Upin & Ipin.


Macam-macam ditayangkan di sini. Yang menarik adalah langkah-langkah mereka sebelum sampai ke tahap sekarang ni. Susah payah mereka terbayar yang bermula dengan pejabat yang kecil sehingga terkenal di negara jiran sekarang ni. Kental sungguh jiwa mereka! ^_^
Bila difikirkan, jika mereka mampu berdiri teguh menyebarkan apa yang mereka suka dan minat iaitu animasi, apa lagi kita yang cinta dan mencintai Allah. Sesungguhnya kita lagi-lagi perlu berdiri teguh dalam jalan ni kerana pengakhiran kemenangan Islam itu sesuatu yang pasti! ^_^
Cerita Pada Zaman Dahulu akan ditayangkan di TV al-Hijrah sabtu ni...
Di karpet merah... ^_^


Kenangan di muzium ni akan dikenang selama mungkin dan pengajaran hidupnya akan dikenang selamanya. Seronok bila dapat jalan-jalan bersama keluarga dan perkongsian ilmu dan hati selama berada di sini...

P/s: sesiapa yang berkesempatan, jom kita ke Dewan Muktamar jumaat ni menonton rancangan Solehah TV al-Hijrah! ^_^

No comments: