Monday, November 28, 2011

Alangkah Lucunya (negeri ini)

Kita selalu mencari-cari cerita yang bagus skripnya dan lakonannya plus cinematography-nya yang bagus. Dan kebanyakan cerita yang kita jumpa adalah filem dari indonesia. Cerita yang sering menangkap jiwa kebiasaannya yang berunsur kemasyarakatan, realigi, dan sedikit kelucuan di samping mesej yang cuba disampaikan juga baik.

Antara cerita yang bagus pernah ditonton adalah Perempuan Berkalong Sorban, Ketika Cinta Bertasbih, Emak Ingin Naik Haji dan Alangkah Lucunya (negeri ini) - Negeri yang dimaksudkan di sini adalah Indonesia.


Pertama kali mencari cerita ini bukannya directly untuk mencari kisah ini tapi untuk mencari siapa yang menjadi watak lelaki utama dalam kisah Emak Ingin Naik Haji sebab seakan kita berjatuh cinta dengan lakonannya. Watak anak lelaki yang dibawanya mengesan kerana bersungguh-sungguh dalam merealisasikan keinginan ibunya yang ingin naik haji sungguhpun mereka dalam kalangan keluarga yang susah.

Kisah Alangkah Lucunya (negeri ini) [A.L.N.I] membawa kisah unik yang bagus untuk ditonton. Hasilan karya Deddy Mizwar ini ternyata tidak menghampakan kerana jalan ceritanya yang menarik.



Cerita ini mengisahkan tentang seorang graduan universiti peringkat sarjana pengurusan, Muluk, yang tetap-tetap tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan pendidikannya. Dia mencuba mencari pekerjaan dan akhirnya memutuskan untuk menjana pendapatan melalui penternakan cacing. Namun, akhirnya dia menjumpai seorang kanak-kanak yang menjadi penyeluk saku dan memasuki kumpulan penyeluk saku tersebut dan menawarkan diri untuk menguruskan kewangan kumpulan tersebut.


Pada mulanya, ketua kumpulan itu merasa berat untuk menerima Muluk tetapi kesungguhan Muluk dalam menerangkan tentang kepentingan pengurusan membuatkan dia diterima dalam kumpulan tersebut. Bermula dengan pengurusan kewangan, dan Muluk membawa kawannya yang selama ini menganggur untuk mengajar anak-anak penyeluk saku itu membaca dan menulis. Dan Muluk juga membawa masuk Pipit untuk mengajarkan ilmu agama pada anak-anak ini yang selama ini tidak mengenali agama mereka.

Konsikuensi yang cuba dibawa pada anak-anak ini adalah kepentingan untuk mencari duit yang halal dan tidak meneruskan kerjaya mereka selama ini iaitu menyeluk saku.


Antara elemen-elemen yang cuba diselitkan adalah kepentingan untuk mendidik anak bangsa agar menjadi manfaat pada ummat dan kepentingan pendidikan duniawi dan ukhrawi pada generasi muda. Plus, mereka yang seharusnya bertanggungjawab pada kemiskinan dan kesusahan hidup rakyat adalah pihak atasan yang telah diberikan kepercayaan.

Kesungguhan Muluk dan sahabat-sahabatnya dalam menggunakan ilmu yang mereka tahu pada jalan yang baik merupakan sesuatu yang perlu dicontohi. Anak-anak dididik agar menjauhi perkara-perkara keji dan mengenali perkara-perkara yang baik. Selain itu, bermanfaat pada orang lain adalah salah satu daripada ciri-ciri individu muslim yang ditonjolkan dalam kisah ini. Tidak kira suasana itu asing, kita membuatkannya tidak asing dengan kebaikan.

Justeru, dakwah itu boleh berlaku dalam pelbagai cara. :)

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An-Nahl, ayat 125).
Wallahu a'lam

Selamat menonton!

2 comments:

inciksuper said...

saya seronok dgn pos ni sbb buat pertama kali nya saya faham . hehe

Bintu Rafee said...

haha yeke? ingatkan banyak pos before ni faham dah. tak pe2. nanti dah melalui kehidupan kamu akan faham juga :)