Friday, March 11, 2011

Uhud

Kisah Perang Uhud kembali mengisi halaqah kami. Bukan tidak biasa dengan nama perang Uhud tapi kali ini ia disentuh dengan penuh penghayatan.

Perang Uhud pada awalnya natijahnya sama dengan perang Badr. Kemenangan Muslim ke atas kekafiran pada awalnya sangat membayangi masa depan Islam. Namun, kelalaian pada saat2 akhir perang itu telah membawa kepada ramai sahabat yang gugur syahid.

Bayangan ghanimah di bawah bukit membuatkan sahabat2 yang berjaga di atas bukit turun justeru mengingkari perintah Rasulullah. Disebabkan keingkaran mereka, muslim hampir jatuh pada kekalahan. Disebabkan keingkaran mereka, Rasulullah telah tercedera sehingga besi menusuki pipi baginda.

Rasulullah inilah yang teguh menyebarkan islam walaupun seringkali dilempar batu dan diancam bunuh oleh kuffar.

Rasulullah inilah yang tetap bersabar memberi makanan kepada yahudi buta yang seringkali menghinanya.

Rasulullah inilah yang tetap berdiri di tengah malam menghadap Tuhannya menyatakan syukur sehingga bengkak kakinya.

Rasulullah inilah akhlaknya seperti al-Qur'an.

Rasulullah inilah yang membawa kerahmatan kepada seluruh alam.

Rasulullah inilah yang kerap menangis memikirkan ummatnya.

Dan Rasulullah inilah yang tercedera di dalam perang kerana kelalaian Muslim itu sendiri dengan sejemput dunia.

...

Dan, adakah kita juga akan menyebabkan jatuhnya dakwah islam? Adakah kerana kelalaian kita pada dunia akan menyebabkan statiknya dakwah sehingga tiada apa2 pengembangan?

Adakah kerana kita?

Tepuk dada, tanyalah iman.

Wallahu a'lam.

2 comments:

a.j. said...

guilty as charged. InshaAllah akan diperbaiki.

Unknown said...

ya akhi, setiap kita dipertanggungjawabkan yang sama. sebagaimana juga penulis, lebih2 lagi merasa bersalah