Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

cinta sahabat



Bagi orang mukmin, mereka mengingati sabda Junjungan: Ashabi kannujum, biayyihim iqtadaitum ihtadaitum. Maksudnya: 


'Sahabat aku seperti bintang di langit, sesiapa di kalangan mereka yang kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk.’



p/s: Thanks to Syidah sebab letak video ni dalam blog ^_^

Tuesday, June 21, 2011

Dari 'Umar kepada 'Abdullah

Pertanyaan 'Umar bin al-Khattab pada 'Abdullah bin Mas'ud:


Ayat apakah yang paling agung?
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Tetap Hidup, yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur."
(Surah al-Baqarah: 255)

Ayat manakah paling jelas?
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat."
(Surah an-Nahl:90)

Ayat apakah yang paling menyeluruh?
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya)! Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya)!"
(Surah az-Zalzalah:7-8)

Ayat manakah paling menggerunkan?
"(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan dia pula akan mendapat - selain dari Allah- seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya."
(Surah an-Nisa':123)

Ayat manakah yang membangkitkan rasa berharap dengan rahmat dan keampunan Allah?
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah az-Zumar:53)

= Semoga Allah meredhai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w =

Wednesday, May 25, 2011

"Susahnya jadi Adilah.."

Kadang-kadang kite fikir, "Susahnya jadi Adilah...". eheh. bukan kerana diminati orang. Cuma orang selalu salah faham dengan kite.

Bila berlaku sesuatu perkara, kite selalunya akan bersikap berdiam diri. Masa tu kite cuba sangat-sangat untuk tidak berfikir buruk pasal orang tu. Tapi masalahnya ada orang yang tersalah faham pula dengan kite. Berfikir bahawa kite tak suka dengan dia, fikir kite tak nak kawan dengan dia. Dan itu menyebabkan kite menangis di dalam hati. Tu kite tak bercakap lagi, kalau tak, lagi parah keadaan nampaknya. nge~

Bila berlaku keadaan di mana kite jadi serba salah, biasanya kite akan mendiamkan diri, dengan muka yang tidak menunjukkan apa2 perasaan sama ada sedih.. atau suka. Tapi masalahnya orang akan ingat kite marah dengan dia. ish3.

Bila berlaku sesuatu yang tak baik antara kite dengan seseorang, kite selalu meminta pada Allah agar melembutkan hati kite agar menerima itu sebagai kesalahan sendiri dan kite bukannya baik selalu. Masa tu kite selalu muhasabah.

Tapi... bila kite berdiam diri, orang tu akan tersalah faham dengan kite...uhuk 

Sebab tu kite fikir kadang-kadang, "Susahnya jadi Adilah..". Mungkin sebab muka kite yang 'garang', jadi orang menafsirkan hati kite juga selalu garang kot. Dan hal itu tidak selalunya benar...

...

Nabi SAW bersabda: 
"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." 
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)


p/s: bagi sahabat yang menerima kritikan tentang diri kite, tolong perpanjangkan hal ini pada sahabat tersebut. Jasa korang sangat dihargai :D

Selalunya perselisihan itu berlaku hanya disebabkan salah faham. Dan, di sini, kite nak membetulkan salah faham itu semampunya. Wallahu a'lam...

Wednesday, March 9, 2011

izinkanku berubah

Saya telah berdosa dengan ramai orang kerana sikap saya yang ego. Maafkan saya sahabat kerana telah melukakan hatimu sepanjang kita berukhuwah. Siapa anda saya tidak pasti. Tapi kesekian kalinya saya berlumuran dosa...

Maafkan saya sahabat...

Ya Allah, aku mohon padaMu agar aku tidak menjadi fitnah di dunia ini.

Lembutkanlah lidah ini...
Lembutkanlah hati ini...
Lembutkanlah diri ini...
Agar mudah untuk menuturkan zikrullah...

Jagalah lidah ini...
Jagalah hati ini...
Jagalah diri ini...
Agar tidak terjerumus dalam nerakaMu yang panas menggelegak...

Indahkanlah lidah ini...
Indahkanlah hati ini...
Indahkanlah diri ini...
Agar menjadi asbab kepada keredhaanMu menyelubungi kehidupan ini...

Kuatkanlah langkah kaki ini untuk melangkah dengan gagah demiMu...
Kerna saat ini aku merasa sangat lemah dan sendirian...