Showing posts with label IIUM. Show all posts
Showing posts with label IIUM. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

new Rector of IIUM

New Rector


Setelah beberapa lama tak de Rector kat UIA, akhirnya telah terlantiknya Prof. Dato' Dr. Zaleha.

"Educating the Ummah, Serving the Nation.."


Wednesday, May 4, 2011

Kenaikan Yuran UIAM: Rasionalkah?

Alasan kenaikan yuran UIAM tidak rasional
Mahasiswa UIAM hari ini dikejutkan dengan kenaikan yuran pengajian yang akan bermula semester 1, 2011/2012.

Kenaikan ini disedari sendiri oleh beberapa mahasiswa termasuk pimpinan mahasiswa, SRC yang mendedahkan penyata yuran yang baru untuk mahasiswa Malaysia. Hal ini sangat dikesali oleh mahasiswa apabila diputuskan semasa cuti semester.

Dalam penyata yuran yang baru tersebut, kenaikan yuran pengajian bertambah sebanyak RM37.50 untuk setiap kuliyyah. Jumlah kenaikan yang dibuat tidaklah terlalu melampau, namun satu penjelasan yang sewajarnya mesti diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada mahasiswa.

Mahasiswa tidak rela untuk membayarnya andai kenaikan tersebut sedikit pun tidak memberi manfaat kepada mahasiswa.

Berdasarkan penyata yuran yang baru juga, peningkatan yuran dikenakan adalah untuk menampung perbelanjaan pengangkutan iaitu bas. Pihak mahasiswa membantah setegas-tegasnya kenaikan yuran ini:

1)Mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas tidak sampai 10 peratus.

2) UIAM dikenali sebagai 'walking university', tidak wajar untuk memperuntukkan kewangan yang lebih untuk bas.

3)Yuran bas dikenakan, namun sebarang penggunaan bas untuk persatuan tetap dimasukkan dalam bajet kewangan program.

3) Penyediaan bas untuk program kegunaan persatuan-persatuan adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran, tanggungan kos di bawah penyeliaan pentadbiran bukan mahasiswa.

4) Manfaat bas tidak meliputi seluruh mahasiswa UIAM
.

Mahasiswa tidak bersetuju sama sekali dengan kenaikan yuran yang dibuat oleh pihak UIAM. Pada masa yang sama, pinjaman dan biasiswa masih seperti biasa tanpa kenaikan membuatkan mahasiswa merasai sedikit bebanan untuk membuat bayaran yuran yang baru ini.

Justeru, mahasiswa menggesa seluruh organisasi mahasiswa yang berdaftar mahupun tidak berdaftar untuk lebih responsif dan proaktif dalam menjaga kebajikan mahasiswa.
Perkara sebegini tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan hak mahasiswa. Berharap pihak pentadbiran lebih cenderung untuk melihat keadaan mahasiswa berbanding kepentingan sendiri.

 

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor

p/s: What say you?

Monday, March 21, 2011

Pesan kakak


Adik...
Pertemuan pertama ini kakak mulakan dengan salam...
Apa khabar dirimu?
Apa khabar kandunganmu?
Senyumku disulami tangisan
Sambutlah tangan ini yang ingin memimpinmu
Mendakapmu dengan kasih sayang
Menyembuh lukamu yang masih berdarah

Adik, 
Jika hati mempersoalkan takdirNya,
Persoalkan juga pilihan hidup kita
Jika hati mempersoalkan kasih sayangNya,
Persoalkan juga ke mana tumpahnya cinta kita
sesungguhnya segala yang ternoktah
pasti ada hikmahnya

Adik,
Belajarlah membaca al-Quran
kerana setiap helaian ada kalimahNya
Jika rindu pada kebaikan syurga
Jika alpa pada azabnya neraka
Jika jauh dari keberadaanNya
Jika sakit di dalam dada
Jika hidup mengundang lara
Al-Quran menjadi penyembuhnya
Kalam itu mengandungi segalanya

Adik,
Tiba masanya untuk berpisah
Ingatlah pesan kakak sepanjang pertemuan kita
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu
Ingatlah Allah kerna Allah itu ada untuk membelamu
Lindungi hatimu dari perkara-perkara membinasakanmu
Bentenglah dirimu dari nafsu serakah manusia 
yang acapkali memburumu

Hiasilah dirimu dengan akhlak islami
Tuntunlah dirimu kepada jalan Ilahi
Semoga kita bertemu di Jannati
Di sana tiada ragu dan susah hati...

19 Mac 2011
Jejak Sunnah dengan Cinta
Taman Seri Puteri Cheras
Semoga Allah perpanjangkan limpahan hidayah pada kita

Thursday, February 3, 2011

block 3 year 2 bakal berakhir... tapi... T.T


salam.


Musim sejuk di UIA Kuantan bukan penghalang bagi mereka2 yang nak exam seperti saya dan sahabat2 13th Legacy. Exam endblock yang akan menemui kami sama ada kami sedia atau tak semakin terasa bahangnya. Selepas exam ni, berakhirlah sesi year 2 block 3 kami. Exam yang hanya 3 hari bermula 7hb Febuari hingga 9hb Febuari menuntut kami mujahadah dalam revision week selama seminggu ni. tapi... ada juga yang selalu tewas seperti saya. hehe


Wow! cepatnya masa berlalu. hanya tinggal beberapa hari sebelum menjengah 7hb. Block ni, kami belajar topik endocrinology and reproductive systems. mula2 masuk block ni seriau jugak sebab akan selalu tengok gambar2 yang censored, real pictures atau lukisan. Tapi bila belajar, rasa sangat bersyukur dan selalu mengucapkan alhamdulillah atas kesempurnaan ciptaan Allah atas diri sendiri dan sahabat2 yang lain sebab selain belajar yang normal punye, kami juga belajar yang defected punye. oh...


Ape2 pun...

Wassalam...

p/s: sambung study na... Ingatlah, Allah sentiasa melihat usaha kita. semoga setiap kita peroleh kejayaan... inshallah :)

Friday, December 24, 2010

Campro 2011

everyday is different.


nanti UIA akan menganjurkan Campro atau campus da'wah project bagi tahun 2011. bagi yang berkesempatan, join the program as committee atau participants. support usaha da'wah di UIA. kalau bukan kita siapa lagi.

kalau nak tau ape yang ada dalam Campro ni, bleh klik sini. :)

semoga Allah membalas kebaikan atas segala usaha yang kita lakukan untuk membangunkan islam kembali. wallahu a'lam