Selamat hari bapa, babah..
Maaf kerana kadang kala kakak terlupa untuk menyatakan terima kasih dan penghargaan pada babah atas segala yang babah dah curahkan pada kakak dan adik-adik...
Dan...
Maaf juga kerana terlupa untuk menyatakan kasih dan rindu pada babah tiap kali kita bertemu kembali selepas berpisah...
Semoga hari-hari babah terisi dengan kebaikan dan kerahmatan dariNya...
Cinta Allah sememangnya terlalu melimpah pada kakak kerana memberikan babah sebagai ayah pada kakak dan adik-adik...
Ya Allah, limpahkanlah kasih sayangMu dan keberkatanMu ke atas babahku...
Dalam setiap yang dia lakukan, pimpinlah langkahnya agar sentiasa lurus pada jalanMu...
Berkatilah dia, ya Allah kerana Kau telah meletakkan dia sebagai babah yang terbaik buat diriku dan adik-adikku..
Ameen...
Selamat hari babah, babah! =)
