Sunday, June 19, 2011

KeredhaanNya pada keredhaannya


Selamat hari bapa, babah..

Maaf kerana kadang kala kakak terlupa untuk menyatakan terima kasih dan penghargaan pada babah atas segala yang babah dah curahkan pada kakak dan adik-adik...

Dan...

Maaf juga kerana terlupa untuk menyatakan kasih dan rindu pada babah tiap kali kita bertemu kembali selepas berpisah...

Semoga hari-hari babah terisi dengan kebaikan dan kerahmatan dariNya...
Cinta Allah sememangnya terlalu melimpah pada kakak kerana memberikan babah sebagai ayah pada kakak dan adik-adik...

Ya Allah, limpahkanlah kasih sayangMu dan keberkatanMu ke atas babahku...
Dalam setiap yang dia lakukan, pimpinlah langkahnya agar sentiasa lurus pada jalanMu...
Berkatilah dia, ya Allah kerana Kau telah meletakkan dia sebagai babah yang terbaik buat diriku dan adik-adikku..

Ameen...

Selamat hari babah, babah! =)

5 comments:

SyahmiFikri said...

takpe.. walau tidak di nyatakan..

kita masih menunjukkan cara tersendir =)

Nur Liyana said...

betol!!! stuju ngan syahmi... :)
setiap org ada cara tersendiri..never compare ourselves with anyone..maybe ada org boleh beli benda2 mewah, keta, jam,n etc..we have our own way to express our loves towards our dad ryte??

Bintu Rafee said...

syahmi and liyana:

oh. tak de la sampai nak beli benda mahal-mahal. cuma, kadang-kadang kite jadi 'terlupa' untuk bersyukur dan berterima kasih.

=)

Nur Liyana said...

kdanag2 kita nie tebal sangat rasa malu dalam diri sampai nak cakap kita sayang dan rindu ayah kita pown susah

Bintu Rafee said...

betul tu...
teringat lagu UNIC LAfaz yang tersimpan... sedih woo...