Sunday, October 7, 2012

Jalan ni sumpah panjang


Allah, hari ni penuh sangat. Penat badan tak terkata. Tapi... alhamdulillah masa terisi dengan benda-benda yang ingin kujadikan saham di akhirat kelak... Apa sangatlah kebaikan yang telah aku lakukan. Berbanding dengan masa lampauku yang telah tersisa dan terabaikan begitu sahaja, aku bersyukur masih lagi berada di jalan ini walaupun baru je belajar bertatih...

Jalan ni sumpah panjang. Sesiapa sahaja yang berada di jalan ini, sememangnya memang Allah lah yang meletakkan dan mengekalkan juga Allah punya kuasa. Dan semangat yang terbina dan terkekal, semuanya adalah nikmat dari Allah..

Betapa tarbiyah telah mengubah diriku yang suatu masa dahulu tak terfokus hidupnya, kini jadi lebih fokus. Kalau dulu diri ini tak tahu apa yang diingini, kini diri ini tahu apa yang terbaik adalah datangnya dari Allah..

Dulu aku tidak mengenali tokoh-tokoh yang menginspirasi. Kini, terlalu ramai mereka yang memiliki aura yang hebat dan aku berazam untuk menjadi seperti mereka.

Subhanallah... di jalan ini, aku mula mengenali Allah. Dan tiada perasaan yang lebih asyik daripada ini.

Jalan ini sumpah panjang.. dan aku berharap aku dan sahabat lain yang berjuang tetap juga berada di jalan ini  dan mendambakan kesudahan juga di jalan ini...

Wallahu a'lam..

p/s: moga pimpinan IKRAM Siswa IIUM mantap memimpin kami :)

No comments: