Thursday, April 5, 2012

Makbulkah Doa™ (Shortfilm)



Sinopsis :
Mengisahkan tentang kehidupan umat manusia di dunia ini. Setiap manusia di dunia ini, akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan oleh-Nya dalam kehidupan kita seharian. Setiap kali ditimpa masalah atau diuji dengan dugaan, samada berat atau ringan, pelbagai ragam yang akan kita temui. Ada yang sabar, tabah dan redha. Ada juga yang mengeluh dan merunggut. Pada yang sabar, mereka akan menerima ujian tersebut dengan redha dan tabah disamping memohon pada Yang Maha Esa untuk memberi petunjuk, dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang diberi. Dan pada yang mengeluh, mereka akan sentiasa merunggut pada kesulitan yang dialaminya. Ada juga akan menyalah diri, tidak kurang menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi.
Sememangnya ada insan yang baik, yang menjaga amal ibadah beliau dan tidak ketinggalan insan yang alfa dengan dunia. Kebanyakan masyarakat umum, akan melihat seseorang itu pada zahirnya. Tanggapan demi tanggapan akan keluar di hati dan mulut mereka. Pada yang baik rupa parasnya, pasti mendapat tanggapan yang baik. Pada yang buruk rupa parasnya, pasti mendapat tanggapan yang buruk. Apabila seseorang itu yang melakukan kesilapan, dan ingin kembali ke jalan yang benar, pasti ada yang memandang sinis dan mengutuk mereka. Seolah-olah mereka ini tidak layak untuk bertaubat atau membaiki kehidupan mereka. Apabila mereka berdoa, dia berharap agar Yang Maha Pengasih untuk memakbulkan doa mereka. Tetapi pada yang melihat, mereka akan menganggap doa mereka mustahil untuk dimakbulkan.
Ada doa yang akan dimakbulkan,dan ada doa yang tidak akan dimakbulkan. Bergantung pada niat, kesungguhan dan kesabaran kita dalam bermohon. Lambat atau cepat doa itu dimakbulkan terserah pada Yang Maha Esa. Dan jika dimakbulkan tidak semestinya apa yang kita pinta, tetapi Dia memberi apa yang diperlukan oleh kita. Sesungguhnya Allah itu lagi Maha Mengetahui dan Mengasihi. Wallahualam...


CREW - CREW :Penulis SkripMohammad Fariz Bin Ahmad


PengarahMohammad Aminuddin Bin Ahmad





Sengalnya hati...rasa berat sangat ujian...
Itu tandanya kita ada masalah dengan hati...

Antara rahsia hati yang sihat adalah dengan banyak bertaubat...
Maafkan aku, ya Allah..

No comments: