Thursday, March 29, 2012

the free people of world marching towards you



Very inspiring!! Bagi sesiapa yang mampu untuk bergerak ke Jordan, akan berlepas malam ni. Bagi yang tak ke Jordan, ringankanlah kaki anda dan poket anda untuk ke Stadium Melawati, Shah Alam dan tunjukkan solidariti anda pada Islam.

"Selamat datang"
"Doakan kami"
"Sesungguhnya kemenangan itu semakin dekat.."

Itu adalah kata-kata orang Palestine pada Ustaz Azmi Katiman bila beliau ke Gaza tempoh hari. So inspiring...

Malah anak-anak mereka terdidik untuk mati syahid dan bercita-cita untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Dan kita?

Ustaz cakap, kita tak mampu untuk ke sana dan berjuang. Tapi bukan bermakna kita tak boleh buat ape-ape. Sesungguhnya kita boleh memberi duit kita kepada para pejuang di sana dan doa kita... Dan perlu kita ingat bahawa kita bukan mambantu orang susah tapi kita membantu pejuang-pejuang bagi pihak kita...

Sesungguhnya di sana lahirnya huffaz dan syuhada. Wajah mereka tembam dan ceria sekali pun sehari mereka hanya makan sekali. Dan kehidupan mereka sangat stress! Bom sana sini. Belum tentu kita dapat jumpa mak ayah kita, sahabat-sahabat kita, cikgu-cikgu kita esok. Stress! Tapi mereka ceria kerana kekuatan mereka adalah al-Qur'an. Dan keseronokan mereka adalah al-Qur'an. Dan lagu-lagu di bibir mereka adalah lagu-lagu perjuangan dan al-Qur'an. Dekatnya al-Qur'an dengan mereka.

Oh ye. Pasal video di atas... "Free People of the world are coming towards you Jerusalem ", lirik lagu ini ditulis oleh: Yasser Hamad, dipersembahkan oleh penyanyi Mohammed Assaf dari Gaza, diedit dan diarahkan oleh seni dalaman dan produksi media di Gaza. Ini adalah lagu rasmi Global March to Jerusalem..


Dan bagi yang akan berangkat ke Jerusalem, musafir kalian bukanlah musafir biasa tapi keberangkatan korang  akan melakar satu lagi sejarah dunia. Moga-moga jika syahidnya kalian adalah tidak sia-sia...


Dan bagi yang akan ke Stadium Melawati esok (30 Mac 2012), jumpa di sana, inshallah..!



No comments: