Sunday, October 30, 2011

Tongkat





Hari ini insya Allah kita tadabbur ayat Quran. Ayat yang sangat indah.

       
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?" (surah Taha: 17)



Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". (Surah Taha: 18)


Pernah berfikir tentang ayat ini? Apa yang kamu dapat dari ayat ini? Kenapa Allah rakamkan dialog ini? Kenapa perbualan ini dirakamkan di dalam Quran dan akan dibaca sehingga hari kiamat? Apa relevannya ayat ini dengan kita yang hidup di zaman ini? Apa yang ada pada tongkat? Adakah ayat ini mahu menceritakan faedah-faedah tongkat? Apa yang ayat ini cuba sampaikan pada kita sebenarnya?

Ayat ini menceritakan betapa excitednya seorang hamba saat dapat berbicara pada RabbNya. Adakah Allah tidak tahu apa yang ada di tangan Nabi Musa? Allah knows everything. Tapi Dia masih bertanya, mahu mendengar segala cerita hambaNya.

Dan Nabi Musa terlalu excited dengan Allah. Allah cuma tanya dia apa yang ada di tangannya. Cukuplah dengan jawapan tongkat. Tapi sebab dia nak memanjang-manjang perbualannya dengan Allah, dia ceritakan kegunaan tongkatnya. Dia menghargai setiap saat bersama Rabbnya. Ayat ini sangat kelakar juga. Sebabnya Nabi Musa berfikir dan berfikir tentang kegunaan tongkatnya sampai sudah tiada idea. Dan dia pun berkata - ada macam-macam lagi kegunaan tongkat ini. Pernah rasa excited sebegitu saat berdialog dengan Allah?

Dan Allah tidak menyampuk sedikit pun segala cerita Nabi Musa. Allah tidak kata pun,"Aku cuma tanya apa yang ada di tangan kananmu, Aku tidak tanya pun apa yang kau buat dengannya". Allah tidak cakap macam itu pun. Dia Maha Mendengar. Best kan?

Fikirkan lagi, apa yang berlaku dalam kehidupan kita? Contohnya, kita baru beli beg baru. Adakah kita nak cerita dengan Allah perihal beg kita? Macam rasa tak logik kan? Tapi Nabi Musa ceritakan hatta tentang tongkatnya.

Bagaimana pula dengan kita? Masalah kita banyak kan? Pernah cerita dengan Allah? Dia Maha Mendengar. Dia tahu semua kelemahan kita. Dia tahu betapa fragilenya hati kita. Dia tahu Nabi Musa pernah membunuh, dan Dia masih mendengar malah melantik Nabi Musa untuk misi yang lebih besar.

Semua benda dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, ceritakan pada Allah. Allah tidak akan sesekali meremehkan apa jua masalah kita. Allah yang paling tahu kelemahan dan kekuatan kita. Dan hanya Allah sahaja yang mampu menyelesaikan segalanya buat kita
.



Source: Inqilaab

2 comments:

a.j. said...

Allah Maha Mendengar. Bersyukur jadik hamba pada Yang Maha Mendengar.

Unknown said...

Semoga kekal momentum iman dan semakin baik :)