Wednesday, August 17, 2011

Sembunyikan keselebetanmu

Sebelum tu, nak mengucapkan TAHNIAH!!!! kepada adik perempuanku yang comel lagi baik, Amal Insyirah kerana berjaya menyelamatkan beberapa hari bulan puasamu daripada 'diselamatkan'.

Usaha Syirah semoga menjadi contoh yang mendalam bagi mereka-mereka di luar sana yang masih mencari kelebihan puasa dan akhirnya tak puasa disebabkan tak mendapat sebab yang cukup kukuh untuk berpuasa.

Melalui lisan insan yang agung, Allah azza wa jalla menitipkan;

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa,  (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Sesungguhnya akak dan juga ibu dan semuanya tak mampu nak membalas puasa Syirah melainkan Allah semata-mata. Ibu beli susu strawberry tu untuk memotivate Syirah tapi tidaklah mampu membalas pahala puasa Syirah.

Hanya Allah.

...

Hanya tiba-tiba terfikir:

Sembunyikanlah keselebetanmu, dan serlahkanlah kematangan dan kelebihanmu
Bukanlah mengajak anda hipokrit
Tapi sekadar mahu menyelamatkan nama ISLAM yang terdapat pada namamu

Tapi, apa salahnya hipokrit?
Kalau itu adalah untuk Allah.
Tidakkah redha Allah itu cukup mengiurkan?

Adilah: Bukankah kita ini pelakon dan Allah itu Directornya yang maha Agung?





4 comments:

Husna Hazim said...

Bagusnya syirah..safuan kat rumah puasa setengah hr..kite hauslah,macam sedap je bau tu, dia cakap..x larat..tp semangat nak raya je..hehe..

a.j. said...

kuat belakon rupenye dilah ni.

Unknown said...

@Husna Hazim

ala... safwan tu terlalu comel la untuk tolak permintaan dia. hehe

alhamdulillah syirah dapat la most of days. itu sebab dia dapat kakak yang 'garang' kot... hehe ^^

Unknown said...

@a.j.

uhuk. i receive it as a compliment. :)

kadang-kadang bila muhasabah kita jadi tak kenal dengan diri kita. berdosa...

dan diri kita sebenarnya adalah fitrah. menginginkan kembalinya pada Allah.