Wednesday, August 17, 2011

17 Ogos

Hari ni 17 hb Ogos...

Bila difikir balik, cepatnye masa berlalu. Rasa baru cuti bulan 6 hari tu. Sekarang dah bulan 8. Bulan 8. Masuk Kuantan semula awal bulan 9. Kurang 3 minggu je lagi.

Muhasabah. Muhasabah.

Apakah peningkatan yang sudah dilakukan setakat ni?
Apakah Qur'an sudah dikhatamkan sepanjang cuti ni?
Berapa kali solat dhuha dilakukan dalam seminggu?
Qiyam tinggal tak?
Ada tak kata-kata kita yang menyakitkan hati ibu bapa kita?

etc...etc... masing-masing boleh cek sendiri.

Kita? Malula nak cakap. Jauh panggang dari api.. [sesuai ke peribahasa ni? suka suka je... rosak bahasa ibunda..hehe]

Tapi patutnya genggam bara api, biar sampai jadi arang. Muslim kan bangsa yang berjaya lagi bergaya. Buat semua benda yang terbaik punya. Yela, target hidup kan nak SYURGA.

Dan SYURGA adalah tempat kembali yang terbaik dan bukan semua orang dapat.

Tapi muhasabah je tak dapat apa-apa. Dapat penyesalan tapi tak de perubahan tak de makna juga.

Jadi, bila buat checklist, problem ada, TINDAKAN SUSULAN pun kena ada juga. Menyesal, menyesal juga. Tapi syarat taubat kan ada juga tindakan.

Sekarang. Tindakan. Tindakan.

Biar sikit-sikit tapi istiqamah...

Istiqamah. Istiqamah.

Adilah: Now or Never. Just do it. Impossible is nothing. Terbaik...

No comments: