Kadang-kadang kita perhatikan manusia dan kita belajar sesuatu
Pelik
Bila bosan, dicarinya dunia untuk menghilangkan kebosanan
Bila ada masa lapang, difikirkan dunia untuk memenuhkan masa terluang
Kadang-aku menjadi golongan itu
Aku mencari dunia
Aku memeluk dunia supaya tidak lepas dariku
tapi aku penat
dan aku menjadi bosan kembali
Lalu barulah aku mencari Allah
tujuannya untuk mencari diriku
Melangkah dengan jauh dan menyelami ke dasar hati
Rupa-rupanya hatiku ada di sana
Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
Kata-kata Allah itu benar
Tiada yang benar melainkan benar belaka
Jika ragu-ragu, itu hanyalah mainan syaitan durjana
Dan...
Maafkan aku Allah kerana menjadikanMu sebagai tempat terakhir untuk aku bertapak
2 comments:
waa.. *dush dush.*
mendoakan agar dpemudahkan sgl urusan akak.. ^_^
waa *dush* kat akak lagi teruk huhu
terima kasih Amal! hihi
Post a Comment