Wednesday, May 4, 2011

Kenaikan Yuran UIAM: Rasionalkah?

Alasan kenaikan yuran UIAM tidak rasional
Mahasiswa UIAM hari ini dikejutkan dengan kenaikan yuran pengajian yang akan bermula semester 1, 2011/2012.

Kenaikan ini disedari sendiri oleh beberapa mahasiswa termasuk pimpinan mahasiswa, SRC yang mendedahkan penyata yuran yang baru untuk mahasiswa Malaysia. Hal ini sangat dikesali oleh mahasiswa apabila diputuskan semasa cuti semester.

Dalam penyata yuran yang baru tersebut, kenaikan yuran pengajian bertambah sebanyak RM37.50 untuk setiap kuliyyah. Jumlah kenaikan yang dibuat tidaklah terlalu melampau, namun satu penjelasan yang sewajarnya mesti diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada mahasiswa.

Mahasiswa tidak rela untuk membayarnya andai kenaikan tersebut sedikit pun tidak memberi manfaat kepada mahasiswa.

Berdasarkan penyata yuran yang baru juga, peningkatan yuran dikenakan adalah untuk menampung perbelanjaan pengangkutan iaitu bas. Pihak mahasiswa membantah setegas-tegasnya kenaikan yuran ini:

1)Mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas tidak sampai 10 peratus.

2) UIAM dikenali sebagai 'walking university', tidak wajar untuk memperuntukkan kewangan yang lebih untuk bas.

3)Yuran bas dikenakan, namun sebarang penggunaan bas untuk persatuan tetap dimasukkan dalam bajet kewangan program.

3) Penyediaan bas untuk program kegunaan persatuan-persatuan adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran, tanggungan kos di bawah penyeliaan pentadbiran bukan mahasiswa.

4) Manfaat bas tidak meliputi seluruh mahasiswa UIAM
.

Mahasiswa tidak bersetuju sama sekali dengan kenaikan yuran yang dibuat oleh pihak UIAM. Pada masa yang sama, pinjaman dan biasiswa masih seperti biasa tanpa kenaikan membuatkan mahasiswa merasai sedikit bebanan untuk membuat bayaran yuran yang baru ini.

Justeru, mahasiswa menggesa seluruh organisasi mahasiswa yang berdaftar mahupun tidak berdaftar untuk lebih responsif dan proaktif dalam menjaga kebajikan mahasiswa.
Perkara sebegini tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan hak mahasiswa. Berharap pihak pentadbiran lebih cenderung untuk melihat keadaan mahasiswa berbanding kepentingan sendiri.

 

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor

p/s: What say you?

3 comments:

a.j. said...
This comment has been removed by the author.
a.j. said...

rasionalnya bergantung kepada

1) kenaikan harga minyak
2) pola interpolation penggunaan bus dari tahun ke tahun
3) Kenaikan demand penggunaan club dan persatuan.

saya setuju dengan hafizuddin bahawasanya peruntukan club adalah tanggungjawab admin. kalau kami di Curtin, setiap club diberi quota mileage. jikalau terdapat keaikan yuran atas dasar demand bus oleh club bertambah, kami expect quota bus bertambah.

yang penting tahu dimana perginya duit2 tersebut.

atau jika pelajar tidak setuju akan kenaikan harga, kekalkan bilangan trip bus sperti sediakala dan juga quota mileage club.

simple as that. student council/rep perlu berbincang dengan admin untuk pendetailan yang lebih.

Power of student kuat. Kalau di curtin, student adalah asset dan investment terbesar curtin dan juga suara majority. Client always right.

wallahu a'lam ...

Unknown said...

pasal kenaikan yuran tu, SRC kami akan bertemu dengan pihak atasan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

dan setakat ni sedang menunggu perkembangan terbaru.