Berita syahidnya Mujahid besar abad 15H Usamah bin Ladin (bukan Osama Ben Laden) di Pakistan pada Ahad 1 Mei 2011, mendapat sambutan luarbiasa dari sebahagian masyarakat Amerika, Eropah, dan para bonekanya di pelbagai Dunia Islam, termasuk di Indonesia yang majoritinya adalah Muslim.
Presiden AS, Barrack Obama dan pasukan angkatan tenteranya merasa bangga kerana berjaya membunuh Usamah yang mereka rancang siang dan malam sejak 10 tahun lalu dan telah menghabiskan dana puluhan, bahkan ratusan bilion dolar AS. Pada waktu yang sama, Obama juga yakin, persoalan yang mereka hadapi belum selesai dengan kematian Usamah yang mereka tuduh sebagai pahlawan teroris kelas satu dunia.
Alasannya, Usamah telah berjaya melahirkan sekumpulan pemuda yang bersifat militan dan siap mati bila sahaja diperlukan demi melawan kekuasaan dan kejahatan politik Amerika dan boneka-bonekanya di seluruh dunia. Sebab itu, pemerintah Amerika menyerukan peningkatan penjagaan seluruh aset dan kedutaannya di seluruh dunia.
Konflik Amerika dengan Usamah bin Ladin bermula dari tuduhan Amerika atas Usamah sebagai dalang penghancuran bangunan berkembar World Trade Center (WTC) di New York dan kerosakan bangunan Pentagon 11 September 2001. Para boneka AS di dunia Islam ikut-ikutan meniru ucapan dan bebelan tuan mereka tanpa mahu menganalisa dan memberi sedikit kritikan terhadap peristiwa yang menggemparkan dunia itu. Padahal, ramai pakar arkitek dan politik, termasuk di Amerika sendiri yang merasa ragu, bahkan tidak mempercayai pelanggaran bangunan WTC dan Pentagon itu dilakukan oleh Usamah. Paling tidak, ada 2 alasan kuat yang mereka kemukakan dan sulit untuk dipertikaikan oleh orang yang bijak.
Pertama, mereka ragu dengan kemampuan kerja pasukan Usamah di sebuah negara maju seperti AS yang memiliki kelengkapan intelijen dan teknologi detector dan radar yang sangat canggih di seluruh airport dan wilayahnya, sehingga sukar bagi sesiapapun untuk melakukan pelanggaran 3 pesawat dalam waktu yang sama dan datang dari arah yang jauh dari sasaran.
Kedua, berdasarkan analisis para ahli bangunan dan architecture kelas dunia, runtuhnya, atau luluhnya bangunan berkembar WTC terbukti nyata 100% seperti bangunan-bangunan tua yang dihancurkan dengan teknologi penghancur bangunan, iaitu dengan memasang bom-bom di pelbagai sisi dan penjuru strategiknya.
Dari hasil rakaman runtuhnya 2 bangunan WTC itu, terbukti bahawa keduanya menggelembung ke arah luar seperti belon yang ditiup secara rata dan seimbang. Dan terbukti bahawa kesan ledakan-ledakan di sebahagian lantainya hancur menjadi debu dan berkeping secara teratur, iaitu dari lantai yang paling atas ke paling dasar. Para ahli tersebut membuat perbandingan dengan bangunan yang terbakar di Sepanyol kerana peristiwa kebakaran biasa. Untuk menjadikan bangunan yang terbakar itu hancur betul, memerlukan beberapa hari dan itupun kerangka besi baja dan bangunannya yang banyak tersisa. Jika dibandingkan dengan 2 bangunan WTC yang memiliki 110 lantai, boleh luluh lantah menjadi debu dalam masa beberapa minit sahaja. Tambahan pula, diketahui bahawa sekitar 4,000 Yahudi yang bekerja di 2 bangunan tersebut selamat, tak satupun masuk pejabat pada hari peristiwa tersebut.
Anyhow, kata orang sana, dari 6 bilion penduduk dunia, ternyata tidak ramai yang bijak, termasuk di negara maju seperti Amerika dan Eropah. Mereka lebih mempercayai media massa yang disiarkan sesuai dengan kepentingan politik pemerintah Amerika dan negara-negara sekutunya berbanding fakta ilmiah yang dipaparkan oleh para pakar dari pelbagai ilmu.
Sehingga saat ini, bilion manusia yang membenarkan semua polisi dan informasi dari Amerika meyakini bahawa Usamah-lah yang menjadi pelakon peristiwa WTC 10 tahun lalu yang menyebabkan korban ribuan manusia yang tidak bersalah, termasuk pelbagai pengganas bom di pelbagai penjuru dunia, tidak terkecuali di Bali dan Jakarta. Oleh sebab itu, Usamah layak mati, bahkan jasadnya akan dikuburkan oleh Amerika di dasar laut. Lalu, mereka berpesta dengan kesyahidan Usamah bin Ladin itu.
Islam Amerikani
Kenapa Amerika sangat bernafsu membunuh Usamah dan melibas habis semua kaum Muslimin yang berfikiran sama dengannya? Apakah benar kerana Usamah dan Jemaah Al-Qaidah terbukti menghancurkan aturan keamanan dunia dengan melakukan keganasan di seluruh dunia dari setaraf bom buku di Jakarta dan Syarif di Cirebon beberapa masa yang lalu sehinggalah penghancuran 2 bangunan WTC di New York 10 tahun lalu?
Kalau itu alasannya, Amerika sampai saat ini belum boleh membuktikan perkara tersebut secara fakta, kecuali hanyalah bersifat tuduhan dan cakap-cakap di media massa dan kemudian disiarkan oleh seluruh media massa dunia, khususnya yang menjadi bonekanya. Faktanya, TIADA. Apakah boleh pemerintah Amerika membantah analisis ilmiah para ilmuan seperti disebutkan di atas?
Kemudian, setelah Usamah syahid dan jasadnya akan dikuburkan di bawah dasar laut, kenapa Barrack Obama masih risau dengan lahirnya Usamah-Usamah yang baru? Jawapannya tak lain adalah "Islam Amerikani"
Apakah itu Islam Amerikani? Islam Amerikani adalah sebuah istilah yang dikeluarkan oleh Syahid Sayyid Qutb di awal tahun 60-an. Ketika itu, Sayyid Qutb melihat pemerintah Amerika itu aneh bin ajaib. Amerika ingin Islam itu berkembang di seluruh dunia, - termasuk Amerika sendiri yang dijangka CIA 50 tahun akan datang jumlah Muslimin di AS mencapai 75 juta orang - adalah Islam versi Amerika.
Apa itu Islam versi Amerika? Islam yang tidak berdaya di hadapan polisi dan penjajahan Amerika yang kuat seperti Ahlul Kitabnya (Yahudi dan Nasrani).
Islam Amerikani harus menerima penghambaan Amerika terhadap manusia lain di luar Amerika dan pemahaman yang mengakui semua agama sama serta umat Islam haram hukumnya mengatakan agama mereka adalah agama kemerdekaan, perlawanan, anti penindasan, anti perhambaan, dan anti penjajahan.
Amerika hanya membolehkan pemahaman Islam berhubung akhlak, budaya dan aktiviti sosial. Amerika ingin memusnahkan pemahaman Islam yang membolehkan bahkan dalam waktu tertentu mewajibkan perlawanan atas penindasan yang dilakukan Amerika terhadap bangsa-bangsa lain, khususnya bangsa Muslim di seluruh dunia. Setiap fenomena yang ada ke arah perlawanan, kebebasan, dan kemerdekaan politik, ekonomi, dan beragama, harus dimusnahkan dengan strategi 'stick and carrot'-nya yang terkenal itu.
Sayyid Qutb sudah melihat dengan benar kecenderungan politik Amerika sejak awal 60-an lagi, khususnya yang terkait dengan Palestin dan umat Islam di seluruh dunia, termasuk meletakkan para bonekanya menjadi pemimpin di pelbagai negara Muslim. Kerana itu, Amerika akan naik pitam jika tulisan-tulisan Sayyid Qutb mengkritik politik Amerika dan para bonekanya di negera-negara Muslim, khususnya di Mesir, tersebar luas.
Akibatnya, dendam kesumat (hasadan min 'indi anfusihim) tertanam kuat dalam lubuk hati politik pemerintahan Amerika. Dendam kesumat tersebut diwariskan secara turun temurun kepada siapapun yang menjadi Presiden AS, termasuk Obama yang pernah merasai pendidikan di Jakarta.
Meskipun Sayyid Qutb sudah syahid di tiang gantung rejim Jamal Abdul Nashir pada tahun 1965 (sekitar 46 tahun lalu), dalam lembaran politik Amerika sampai hari ini, Sayyid Qutb masih dimusuhi dan dianggap paling berbahaya dan masih dituduh sebagai sumber keganasan yang terjadi setelah puluhan tahun beliau meninggal dunia.
Alasan Amerika sederhana, semua karya ilmiah Sayyid Qutb, khususnya Fi Zhilalil Qur'an dan Ma'alim fit-Thariq tidak sesuai dengan fahaman Islam Amerikani, iaitu ia mengajarkan perlawanan terhadap semua rejim dan penguasa zalim, siapapun dia dan di manapun negerinya.
Sayang sekali, yang mengecam dan memaki Sayyid Qutb itu bukan hanya Amerika dan bonekanya sahaja, tetapi diikuti pula sebahagian kelompok atau jemaah yang menamakan diri berpegang pada Islam generasi awal, tanpa memahami pemahaman Sayyid Qutb yang sebenarnya. Sedar atau tak, mereka ini telah terjebak ke dalam senario musuh terbesar Allah SWT dan Rasulullah SAW abad ini, iaitu pemerintahan dan politik Amerika yang dikemudi Zionis internasional.
Ajaibnya, Sayyid Qutb dicaci maki habis-habisan, tanpa dasar yang kuat. Amerika dibiarkan bermaharajalela memusnahkan negara-negara Muslim bermula dari Palestin, Iraq, Afghanistan, dan sebagainya. Tak satu katapun terdengar dari mulut mereka menasihati pemimpin pemerintahan apalagi mengecamnya.
Penutup
Berdasarkan fakta-fakta di atas, Amerika tidak akan berhenti memerangi Muslimin yang memiliki semangat dan jiwa perlawanan terhadap kejahatan Amerika dengan kejayaan mereka membunuh Usamah. Pasti ada alibi dan penipuan-penipuan yang boleh dijadikan alasan atau digunakan untuk menghancurkan Muslimin yang tidak menganuti fahaman "Islam Amerikani". Buktinya, Sayyid Qutb sudah syahid 46 tahun lalu, namun tetap masih dijadikan alasan ancaman kepentingan Amerika sampai hari ini.
Istilah JIHAD yang mereka cuba palingkan pemahamannya dari perang senjata melawan musuh Allah dan Rasul gagal secara total. Jihad tetap sahaja berkobar di banyak wilayah di dunia. Tuduhan fundamentalisme dan fanatisme agama yang dituduh kepada Muslimin yang taat, kemudian ditingkatkan menjadi terrorisme juga gagal dengan sendirinya. Meredam perlawanan sebahagian Muslimin terhadap kejahatan Amerika di beberapa dunia Islam seperti Iraq dan Afghanistan juga mengalami kegagalan.
Ada petunjuk kuat, sekarang Amerika memahami sumber kekuatan umat Islam yang jika mereka menguasainya tidak akan pernah dapat dilawan dan dikalahkan. Sumber tersebut adalah al-Qur'an. Amerika sedar bahawa sumber kekuatan Sayyid Qutb, Syeikh Abdullah Azzam, Ziaul Haq dan semua tokoh Islam sejak Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali dan seterusnya adalah Al-Qur'an.
Sebab itu, mereka cuba mempermainkan Al-Qur'an. Caranya banyak, sejak dilancarkan Al-Qur'an palsu sebagaimana yang disebarkan oleh para misionaris di seluruh dunia, sehingga kepada menyalahkan terjemahan Al-Qur'an seperti yang hangat diperbincangkan para boneka Amerika di Indonesia kebelakangan ini.
Mereka menuduh terjemahan Al-Qur'an keluaran Kementerian Agama Indonesia adalah sumber dan biang kekerasan, termasuk kejadian Syarif di Cirebon beberapa waktu dulu. Tanpa malu dan segan, seorang pemerhati dari kalangan mereka di salah satu TV swasta dalam rancangan dialog beberapa hari lalu menegaskan bahawa Kementerian Agama Indonesia harus menarik semua Al-Qur'an terjemahan yang diedar kerana banyak kekeliruannya yang menyebabkan tindakan kekerasan di negara ini.
Anehnya, menurut pemerhati itu, satu-satunya terjemahan Al-Qur'an yang benar adalah yang sedang disusun oleh Kumpulan Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) yang ditinggalkan oleh pengasas dan guru spiritualnya, Ustaz Abu Bakar Ba'asyir yang selalu dibiaya oleh pihak Amerika dan bonekanya di negera ini sebahagian dari jaringan Usamah bin Ladin dan semua tindakan kekerasan yang terjadi.
Usamah bin Ladin sudah syahid, semoga beritanya benar, sepertimana sebelumnya Syeikh Abdullah Azzam, Ziaul Haq, Syeikh Yassin, Rantisi, Sayyid Qutb, Hassan al-Banna dan sebagainya.
Generasi Qur'ani pasti syahid pada waktu yang ditetapkan Allah, bukan Amerika yang menentukannya. Para musuh Al-Qur'an dan Jihad juga mati pada waktu yang ditetapkan Allah.
Namun, di antara 2 kelompok manusia itu terdapat perbezaan antara langit dan bumi. Generasi Qur'ani akan masuk syurga sedangkan musuh mereka akan masuk neraka.
Persoalannya, apakah Al-Qur'an yang menjadi sumber kekuatan umat Islam boleh terhapus? Dan Jihad yang menjadi semangat perjuangan Muslimin dalam melawan setiap kezaliman di muka bumi ini dapat dihilangkan dari lembaran-lembaran al-Qur'an dan hati Muslimin?
Sejarah umat Islam yang sudah berusia lebih 1440 tahun cukup sebagai bukti Al-Qur'an dan para pejuang Al-Qur'an tetap wujud menghadapi pelbagai konspirasi dan kejahatan musuhnya. Hal ini sesuai dengan informasi dari Allah Pencipta Alam semesta:
Sesungguhnya Kami (Allah) yang menurunkan Al-Qur’an itu dan Kami (Allah) pasti menjaganya (dari tangan-tangan jahil).
(QS. Al-Hijr [15] : 9)
Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur (dibunuh) di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan Penciptanya dengan mendapat rezki. [169] Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. [170] Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman. [171] (Yaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan diantara mereka dan yang bertakwa ada pahala yang besar. [172] (Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." [173] Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar [173].
(QS. Ali Imran [3] : 169–174)
No comments:
Post a Comment