Saturday, January 29, 2011

Dialah menggegarkan dunia dengan penulisan

Salam.


Pernah dengar pasal Syed Qutb (SQ)? kalau pernah dengar, baguslah. kalau tak pernah lagi, percayalah cakap saya, beliau sangat popular dalam kalangan Muslim atau non-Muslim.


Siapakah SQ?


Semasa di penjara...
SQ dilahirkan di Asyut, Mesir pada 1906 dalam keluarga yang 'alim. Pada usia 10 tahun, SQ telah menghafaz al-Qur'an di mana hal ini merupakan kebiasaan bagi orang Mesir sehingga hari ini. Sejak kecil, SQ bercita-cita untuk menjadi seorang Qari. 


Kemudian, SQ memasuki Darul 'Ulum, Mesir untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang sastera. Sama badge dengan SQ ialah Imam asy-Syahid Hassan al-Banna (ISHAB). ISHAB lahir pada tahun yang sama dengan SQ. Pada masa ini, SQ tidak mengenali siapa ISHAB. 


Semasa SQ mengambil sastera, SQ menjadi sangat pelik, bersama dengan dunianya sendiri. SQ sangat hebat menulis dan menulis dalam sebuah majalah dan mengajak orang berbogel. Pada masa itu, ada ikhwan yang ingin memprotes tulisan tersebut tapi ISHAB tidak membenarkan.Ini kerana protes seperti itu hanya akan meningkatkan populariti tentang perkara tersebut. ISHAB mengatakan bahawa SQ mempunyai potensi yang boleh digunakan dalam islam iaitu kebolehannya dalam penulisan. Namun, jika bakat itu tidak dilorongkan ke jalan yang betul, pastilah ia jadi tidak baik.


Pada tahun 1949, SQ dihantar ke US untuk study tentang study style barat disebabkan kepandaiannya dalam bidang pendidikan. Semasa SQ di US, SQ menulis kepada Taufiq Hakim, gurunya bahawa US mempunyai segalanya kecuali ruh.


Pada tahun yang sama, di New York SQ dimasukkan ke hospital. Semasa SQ di hospital, SQ melihat orang2 yahudi sangat gembira disebabkan kematian seseorang. SQ menjadi pelik, apakah yang menyebabkan mereka sangat gembira. Lalu, SQ bertanya kepada orang di situ, siapakah orangnya. Orang tersebut mengatakan Hassan al-Banna. SQ menjadi pelik lagi bagaimana nama ISHAB boleh sampai ke US sedangkan Mesir dan US itu sangatlah jauh. (Sila refer peta). Bahkan ISHAB itu sebadge dengannya. Apa yang specialnya ISHAB?


Sepulangnya SQ, SQ terus meletakkan jawatannya dalam kerajaan di mana SQ hampir menjadi menteri pendidikan. SQ mendalami fikrah ISHAB dan join Ikhwanul Muslimin (IM) dan menyambung gagasan ISHAB.


ISHAB telah meletakkan batu asas dalam masa yang sangat singkat sepanjang hidupnya iaitu lebih kurang 20 tahun perjuangannya. Namun, itu tidak mematikan dakwah. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengatur Segalanya. Allah memberi hidayah kepada Syed Qutb untuk meneruskan gagasan IM dengan penulisannya yang mantap. 


Disebabkan SQ selalu keluar masuk penjara, SQ tidak sempat untuk berkahwin.


...


Pada tahun 1952, SQ mula menulis Fi Zilalil Qur'an (FZQ) dan ada sebuah syarikat berminat untuk menerbitkan. Pada Tahun 1952 juga, revolusi mesir berlaku...


Kita flashback ke zaman bila Khilafah Islamiyah jatuh. Bila Khilafah Islamiyah jatuh, Mesir diperintah oleh keluarga Pasha, keluarga diraja di Mesir di mana pemerintahan mereka ni tak best. Lalu, Jamal Abdul Nasser (JAN) meminta IM sama2 membantunya untuk membuat revolusi. JAN sendiri telah berjanji untuk menghidupkan kembali Islam di Mesir. dan revolusi berjaya dilakukan.


Namun, janji tinggal janji. taghut JAN telah menyumbat masuk lebih kurang 20,000 orang ahli IM termasuk SQ atas tuduhan ingin membunuh JAN pada tahun 1954. Tuduhan yang melampau! fitnah belaka. Atas sebab JAN ingin memberhentikan usaha dakwah Islam, IM telah disumbat ke penjara. 


JAN si taghut sendiri telah pergi ke Moscow untuk memberi wala' atau janji setia kepada Soviet. JAN telah berjanji untuk menjadikan Mesir negara Sosialis.


Setelah 2 tahun SQ masuk penjara, syarikat yang bersetuju untuk menerbitkan FZQ menjadi marah kerana tulisan SQ tak siap. Lalu kes ini masuk mahkamah dan syarikat penerbitan itu memenangi kes dan SQ boleh menulis FZQ di dalam penjara.


Namun, rujukan sangatlah limited. bayangkan di dalam penjara. SQ hanya mengharapkan ilham daripada Allah dan ingatannya yang kuat tentang tafsir Ibn Kathir dan lain2. Apabila SQ tidak dapat ilham, SQ akan solat sunat dan tidur. Kadang kala, SQ mendapat rujukan daripada kawan penjaranya yang juga IM yang mendapat ilham daripada mimpi.


FZQ ditulis pada tahun 1954-1959.


Selepas SQ keluar penjara, FZQ telah diedit oleh syarikat. Hal ini membuatkan SQ marah dan SQ telah revise kembali FZQ namun hanya sempat sampai surah Ibrahim karana pada tahun 1964, SQ telah masuk ke penjara semula dan digantung pada 1966.


Fi Zilalil Qur'an


FZQ sendiri ditulis dalam bahasa yang tersirat dan kabur. Hanya mereka yang hidup bersama SQ atau hidup seperti SQ akan faham FZQ. apa yang SQ nak.


Lalu, apabila ada orang yang salah tafsir, timbullah golongan extremists seperti Jemaah Islamiyah di Mesir, bin Laden, Gerakan Jihad Mesir (GJM) di mana mereka menjadi FZQ sebagai bahan fikrah mereka. 


Contohnya, GJM yang diketuai Khalid Islambouli telah membunuh Anwar Sadat, pengganti JAN. JAN telah mati pada 1971. Apabila didedahkan sebab pembunuhan, GJM banyak membaca buku2 SQ. Ini menimbulkan fitnah pada SQ kerana extremists sendiri salah faham dengan apa yang SQ cuba sampaikan.


Petunjuk sepanjang jalan


Sq telah dipenjarakan pada 1964 kerana buku Petunjuk Sepanjang Jalan. SQ telah 'diadili' di mahkamah tentera di mana pastilah pesalah itu didapati bersalah walaupun mereka tidak. 


Semasa SQ tunggu digantung, JAN telah berjumpa dengan Hamidah Qutb memberi offer supaya SQ tulis surat ampun. Namun, apa jawapan SQ?


"Jari telunjuk yang diangkat ketika tasyahud ini tidak sekali2 akan menulis kata2 ampun kepada taghut"
Dr. Hassan Farahat menyatakan, "Tafsir FZQ telah menjadi begitu terkenal sebab SQ telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali. Kali pertama is ditulis dengan tinta orang 'alim dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada"


Semasa SQ hendak digantung, seorang imam datang kepadanya untuk mengajarkan syahadah. Lalu SQ mengatakan, "kerana menegakkan syahadah inilah aku berada di sini dan akan digantung."


Semoga Allah merahmati segala usaha SQ.


P/s: benarlah hadith Rasulullah, "Manusia itu seperti logam. Baiknya dia semasa jahiliyah, baiklah juga semasa islam, jika dia faham (islam)"


Sungguhpun SQ tidak pandai berkata-kata atau berucap, tetapi SQ telah menggunakan kelebihannya dalam bidang penulisan untuk membangunkan islam dan menyambung gagasan IM yang telah diasaskan oleh ISHAB.


Jadi kita? bagaimana dengan kita? Belum sampai masakah untuk kita beriman dan membantu jalan dakwah? Tidak sama mereka yang duduk sahaja dengan mereka yang bergerak demi islam. Pilihan di tangan anda...


Point to ponder:
IM mula dipenjara beramai2 semasa pemerintahan JAN pada tahun 1954. Dan mereka telah dibebaskan pada 1972 semasa pemerintahan Anwar Sadat (AS). AS konon2nya ingin menunjukkan sikap baik berbanding pemerintah dahulu, JAN (Politik sikit) dengan membebaskan baki IM di penjara. AS ingat tiada lagi IM selepas ramai IM telah diseksa dan dibunuh di penjara. Patutnya dah tak de orang ikut usrah selepas 20 tahun. Kalau kita fikir logik...


Pada tahun 1973, IM telah menang persatuan pelajar seluruh Mesir. Sejak dari itu, universiti, sekolah, pusat perguruan, professional, semua persatuan telah dikuasai IM kecuali 2. satu, persatuan penari gelek dan satu lagi saya tak ingat.


Ada orang persoalkan, kenapa IM tak pi bunuh je pemerintah Mesir dan naik sebagai pemerintah. Tapi apa pendirian IM?


IM boleh je bunuh pemimpin yang naik tapi itu bukan kerja IM. Yang penting ialah tarbiyah individu. Mereka sendiri memiliki bom yang boleh meletupkan Kaherah tapi bukan itu soalnya sekarang. Soalnya adalah... tarbiyah. Islam perlu sampai pada semua.


Wallahu a'lam. 


P/s/s: ada kurang tambahkan ye. tambahkan semangat pun boleh! Allahu Akbar!

6 comments:

fatin said...

masyaAllah...bagus dila!!
jzkk~

Unknown said...

alhamdulillah. :)

Husna Hazim said...

satu lagi persatuan tu adlh persatuan artis y x berjaya IM kuasai..

Unknown said...

aku lupe yang tu sebab gelakkan persatuan penari gelek. ingatkan akh tu gurau. rupenye betul hihi~

SyahmiFikri said...

subhanallah..

satu lagi info terbaruu yg sgt manfaat~!!
thnx yea..

Unknown said...

info lama yang baru disebarkan. harap bermanfaat :)