ingat lagi pernah pergi ke rumah mak cik su. sebelum ni aku pergi rumah dia di subang jaya kalau tak silap. and ini first time ke rumah baru dia.
mak cik su dan suami dia memulakan perniagaan batik. sama2 bersusah payah mengembangkan perniagaan demi memberi makan pada anak-anak. tapi bila dah tak larat ni, tak banyak business boleh dihandle. anak-anak dia pun tak berminat nak teruskan perniagaan ni.
dan aku bertanya, 'macam best je buat batik?'.
mak cik su jawab, ' orang macam adilah memang rasa batik ni menarik. nak buat batik ni penat, berdiri je, panas plak tu. tak ramai yang nak teruskan. anak-anak pun tak nak teruskan'.
dan aku terdiam.
pastinya, kalau aku jadi anak mak cik su mungkin aku juga tak sanggup nak teruskan kalau aku ada pilihan lain yang lebih selesa. kerja pejabat ke, kerja yang depan komputer je ke.
lalu aku terfikir, jalan dakwah juga tak mudah. kena berpenat, selalu berfikir, tak cukup tidur, kadang-kadang diuji dengan masa tak cukup dan macam-macam lagi cubaan berat. adakah aku juga akan give up macam tu je?
Rasulullah dan sahabat-sahabat juga berpenat seperti itu malah lebih hebat lagi. tapi mereka tak give up macam tu je. mereka tak pernah tau pun bila diseksa di makkah, tak diberi makan dan minum, dipulaukan, makan rumput je, mereka dapat sebuah kerajaan bila berpindah ke madinah. mereka tak pernah tau mereka akan diterima oleh orang madinah dan dibantu seperti keluarga sendiri.
namun, mereka bekerja juga untuk dakwah. bekerja juga untuk islam. bekerja juga untuk sampaikan islam di seluruh dunia.
dan atas sikap mereka yang tak give up ni la sampainya islam ke Malaysia. sampainya di dua pertiga dunia.
pengajarannya, jangan give up dalam melakukan kebaikan. Janganlah selalu mengharap segalanya akan dibalas dengan segera. seperti Rasulullah dan sahabat, mereka bekerja 13 tahun, baru dapat kerajaan. dan kerja mereka tak berhenti di situ sahaja. mereka tetap bekerja.
wallahu a'lam. :)
No comments:
Post a Comment