Saturday, December 18, 2010

Jatuh

kejadian yang tak disangka-sangka. terjatuh depan pintu masa nak masuk ke Multipurpose Hall (MPH). Masa tu tangan penuh dengan bekas air selepas dicuci di luar hall yang hujan lebat. Dengan tak semena-mena, badan jadi tak stabil ditambah dengan selipar asadi yang dah hilang bunga, aku terjatuh.


sisters yang masih berbaki, yang tak balik lagi selepas program terkejut dengan bunyi menjerit aku. Ouch! Aku ketawa lepas terjatuh tu. kuat plak tu gelak. aiyo! ingat tak de brothers, rupenye ada 2 3 orang lagi. tak pela. dah terjatuh. nak buat ape.


Pengajarannya, kalau musim hujan, pastikan kasut anda berbunga kembang dan lebat. kalau jatuh, jangan sedih, gelak je. inshallah orang akan gelak sekali dan anda tak stress.


pastinya kejadian aku terjatuh tu menandakan diriku banyak dosa dan perlu dibersihkan secepat mungkin. maybe aku ada membuka aib orang lalu Allah membuka aibku di depan orang lain. Maafkan aku ya Allah! aku tahu kadang2 aku tak sedar dengan perbuatanku yang jahat. aku tak sedar mulutku yang satu ni terlalu diberikan kelebihan masa sampai aku terlupa menyebutkan yang baik2 dan memujiMu.


wallahu a'lam


selamat menjaga lidah! :)

No comments: