semakin lama dalam hidup, bergaul dengan kawan-kawan yang baik, berada dalam tarbiyah, aku belajar untuk melihat kebaikan orang. aku belajar mencari kebaikan orang. aku belajar tentang manusia. aku belajar manusia itu pelbagai. dan aku belajar setiap orang ada perbezaan.
betullah. kalau nak kawan dengan orang, cari persamaan dengan dia dan terima perbezaan yang kita ada. aku belajar itu. dan itu dipanggil berlapang dada. berusaha untuk bersenang hati dengan sahabat kita. dengan siapa sahaja kita berukhuwwah.
itu adalah tingkatan paling bawah dalam berukhuwwah islamiah.
paling tinggi itulah ithar. atau melebihkan keperluan sahabat kita lebih daripada keperluan kita. tentang tu, aku malu kerana banyak perkara yang aku melebihkan diriku daripada sahabatku.
maafkan aku sahabat.
mungkin kau tak sedar detik-detik tu. tapi aku ingat. terlalu banyak hakmu yang tak aku tunaikan. aku kurang meluangkan masa untukmu, wangku, perhatianku, ingatanku, doaku...
maafkan aku sahabat
terimalah aku kembali kerna kita sama-sama nak menuju syurgaNya..
No comments:
Post a Comment