Thursday, December 23, 2010

Hujan, sampaikan salamku padanya...

everyday is different.


sekarang ni sangat dingin dengan suasana hujan jatuh membasahi bumi. hidup dan bersih. seperti kasih ibu pada anak.


bila diperhatikan hujan, kita tak perasan pun dah brape titis hujan telah jatuh dan membasahi bumi. sama juga dengan seorang ibu. kita tak perasan pun brape banyak dah kasih sayangnya telah dicurahkan pada kita. bermula dengan dia mengandungkan kita, menyusukan kita, menjaga kita, menyayangi kita, risau dengan keadaan kita, mendoakan kita, melindungi kita...


bersahabat dengan ibu adalah lebih afdhal berbanding kepada Ayah. tidak bermakna kita perlu menyayangi ibu sahaja tapi menyayangi ibu itu perlu 3 kali ganda lebih berbanding kepada ayah. 


sungguhpun kita punya ramai kawan, kita punya ramai teman sekeliling, kita hanya ada seorang ibu kandung. tak kira dia masih hidup atau tak, dia punya nilai yang tinggi di sisi Allah. menjadi seorang ibu yang pernah memikul beban demi beban lantas membesarkan kita agar kita mampu menjadi seorang manusia yang berguna.


tak kira apa pun appearance kita, ape pun rupa kita, dia pasti ada di sisi untuk mengatakan kita hebat dan kita mampu. tak kira ape pun pencapaian kita, dia seorang yang pertama yang memujuk kita bahawa pasti saat lain kita mampu melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. dia seorang yang mula-mula menguatkan semangat kita untuk meneruskan hidup dan 'memaksa' kita untuk bangkit dan tidak leka dengan kegagalan.


tapi... selama mana aku hidup, aku tak pasti jika aku ada mengatakan bahawa aku sayang padanya. maafkan aku ibu...


aku sayang ibu kerana Allah. bukan kerana aku terpaksa untuk menerimamu atas apa yang Allah dah beri sejak azali tetapi ia lahir dari hatiku.


aku tersenyum sendiri bila membayangkan ibu tersenyum. kemudian, aku menangis. 


doakan aku di sini. aku di sini juga atas doamu yang menginginkan aku berjaya dan menjadi orang berguna.


semoga Allah memberkatimu selalu. semoga kita berkasih sayang hingga ke syurga Allah... :)

6 comments:

aidil idura said...

mm...btul tu..kasih ibu tak ada tolok bandingnya...tak dapat diganti dgn ap2 pun..jasanya xdpt diganti dgn seluas lautan sekalipun..tak dpt dibanding sekalipun dgn sebentang langit..mesti berusaha jd anak yg solehah..rindu umi..

Adra Rafee said...

=) saya pun rindu jugak.
rasa nak balik je. tapi kerja dakwah membutuhkan tenaga kita. semoga mereka diberi rahmat kerana menyerahkan anak2 mereka ke jalan Allah

a.j. said...

salam adilah. XD saya baru sedar. awak ada site faisal tehrani dkt blog roll.

awak sependapat dgn syiah ke? =) pertanyaan sahaja. No pun intended

Adra Rafee said...

a.j: tak. sunnah wal jamaah. letak kat situ untuk ada input ilmiah. nampak macam saya syiah ke kalau letak? kalau macam tu, saya buang je. :)

a.j. said...

well. for me. baca sendiri ok. tapi provide publisiti. tak appropriate. unless follow up with statement or clarification.

Takut ada first timer yang ter-salah faham ini sebahagian dari apa yang kita perjuangkan =)

saya flexible, tapi conservative. kalau adilah ade reason nak letak, saya ok je.

takut adilah tak tahu je k. tapi mmg berilmiah pun tulisan F.T, cuma tak kena sasaran. Moga di beri petunjuk hidayah. insyaAllah

Adra Rafee said...

ada juga baca Dr. FT punye blog tu. tapi jadi takut. ok. nanti saya buang k.