Monday, September 14, 2015

Selamat pergi dan pulang

Pagi 14 september kami anak beranak menghantar ibu babah ke kompleks tabung haji kelana jaya. KT60, pesawat MH8072... bertolak jam 3 pagi dan sampai di sana jam 340 pagi..

Mengantuk. Tido hampir jam 1 pagi dan bangun jam 230pagi. Abang lah yang kuat memandu Saga mengikut teksi yang dinaiki ibu babah..

Urusan di sana alhamdulillah dipermudahkan Allah.. sempat sarapan awal pagi di gerai berdekatan, berbual dan gelak ketawa..

Ibu babah mula masuk ke pintu delegasi haji jam 640pagi.. Kami mula bercucur air mata.. syirah hanya menahan air mata.. selepas melihat ibu babah pergi, barulah dia menangis. Nasib ada abang, membawanya menangis ke badan abang.. memberi tempat untuk mengalirkan air mata

Moga ibu babah selamat pergi dan pulang.. mendapat haji yang mabrur.. keadaan di sana merisaukan dengan berita ribut pasir dan kren runtuh.. moga keadaannya baik-baik sahaja

No comments: